KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

SUDAH KENA !!!

The image “http://buletinonline.net/images/banners/satu.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Tambahan ‘deposit’ SATU, Selepas isytihar Bandaraya Kuala Terengganu
Buletinonline

Kuala Terengganu, 17 Jan – Keresahan rakyat Terengganu khususnya warga Kuala Terengganu dan ‘mimpi ngeri’ akan naiknya kos hidup setelah di isytiharkan sebagai Bandaraya kini menjadi ‘realiti’

Orang ramai dan para peniaga ‘amat terkejut’ apabila menerima Bil Air terbaru yang bercetak ‘deposit (cagaran) tambahan’ samada berjumlah RM100 ataupun RM 170. Beberapa premis perniagaan dan kediaman di kawasan Wakaf Beruas Kuala Terengganu, telah pun dikesan menerimanya.

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), adalah syarikat pengendali bekalan air bersih milik kerajaan negeri Terengganu yang diletakkan dibawah tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh,

Sumber Buletinonline memberitahu bahawa tujuan menaikkan kadar cagaran itu adalah untuk meningkatkan pendapatan SATU. Perlaksanaan kutipan cagaran tambahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan warga Kuala Terengganu, kemudian akan diperluaskan ke seluruh negeri.

Sebelum dari ini, SATU pernah menguatkuasakan caj meter air sebanyak 80 sen setiap bulan keatas setiap pengguna diseluruh negeri Terengganu. Bagaimanapun setelah ianya didedahkan oleh Buletinonline pada 17 Jun, 2007, ia menjadi satu isu yang besar. Walaupun jumlah kutipan caj tersebut hanyalah 80 sen setiap pengguna, SATU dianggarkan telah berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM800,000.00 sehingga ianya ‘diarahkan’ supaya dihentikan pada bulan November 2007.

The image “http://buletinonline.net/images/banners/publication1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Hanya baru-baru ini melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, dengan rasminya membatalkan caj sewa meter air sebanyak 80 sen itu. Kelegaan hati rakyat hanya sementara waktu. Selepas caj 80 sen dibatalkan, timbul pula bayaran ‘deposit (cagaran)’ tambahan.

Dari semakan yang dibuat oleh Buletinonline, rumah-rumah kediaman sebelum ini telah pun membayar cagaran atau ‘deposit’ sebanyak RM100, manakala premis perniagaan telah meletakkan cagaran RM30.00 kepada SATU.

Tambahan sebanyak RM100 bagi rumah kediaman dan RM170 bagi premis perniagaan, yang akan dilaksanakan oleh SATU menjadikan setiap pengguna samada rumah kediaman ataupun premis perniagaan dipaksa membayar cagaran sebanyak RM200 seorang. Justeru, dengan itu sekiranya terdapat 200,000 pengguna SATU, maka SATU telah mendapat tabungan hasil dari kutipan cagaran itu sebanyak RM40 juta.

Apa rasionalnya Kerajaan Negeri Terengganu mengutip wang dari rakyat sebanyak itu? Sedangkan didalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Negeri Terengganu Tahun 2006, mukasurat 22, Jadual 5, mencatatkan Pungutan Hasil Bekalan Air Negeri Terengganu meningkat sebanyak RM30 juta !

Apa perlunya kerajaan Terengganu mahu mengambil wang rakyat ? Sedangkan pada tahun 2005, Terengganu menerima sebanyak RM1.015 bilion dan pada tahun 2006, sebanyak RM1.3342 bilion wang royalti Petroleum yang diberi nama “Dana Khas Persekutuan”!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive