KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 10, 2008

Sah SPR: Suruhanjaya Penipu Rakyat

n32.blogspot.com

Terpampang di muka depan akhbar NST hari ini wajah Setiausaha SPR Kamaruzaman Mohd Nor yang menegaskan kononnya tidak ada pengundi hantu di dalam negara. NST hari ini memuatkan wawancara dengan beliau berhubung SPR dan proses pilihanraya di Malaysia.



Soalan pertama yang dikemukakan oleh pemberita NST:

How do you deal with a complaint that 70 people are claiming to live in one address

Bagaimana anda menangani aduan bahawa terdapat 70 nama (yang didaftar) dalam satu alamat


Lalu jawab Kamaruzaman:

Seribu orang boleh tinggal (dalam satu alamt) disitu. Semua orang ada alamat tetapi bukan semua ada nombor rumah. Di kawasan-kawasan dimana pihak PBT tidak menyediakan perkhidmatan, anda tidak diberi nombor rumah. Di kampung saya di Pengkalan Petah, Kelantan, kami menggunakan (alamat) sebuah kedai, "Kedai Deraman". Semua orang menggunakan alamat kedai tersebut sebagai alamat (rumah)mereka. Terdapat lebih 30 rumah dalam kampung tersebut. Jadi bila seseorang menulis (surat) kepada anda, mereka meletakkan nama (anda) dan nama kampong. Itulah alamatnya.


Sekali imbas macam logik dan masuk akal penjelasan Setiausaha SPR itu, lantas ia terpapar di muka hadapan akhbar berkenaan untuk dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia dan dunia yang mana sempat.

Tetapi adakah beliau jujur menjawab soalan tersebut?

Saya rasa soalan NST itu spesifik dan tidak merujuk kepada kes di luar bandar umpama Kampung Pengkalan Petah, kampung Kamaruzaman. Memang kita akui walaupun Malaysia ini dikatakan negara maju, namun masih ada kampung-kampung yang berkongsi alamat seperti dalam kes kampung Kamaruzaman itu. Tetapi soalan NST itu pada saya tidak merujuk kepada kes di luar bandar, “70 people claiming to live in one address” saya rasa merujuk kepada kes-kes di kawasan tadbir PBT ataupun kawasan-kawasan bandar.

Kamaruzaman tidak perlu berdolak-dalik, saya difahamkan berpuluh aduan telah dikemukakan kepada pelbagai pihak termasuk SPR darihal kehadiran pengundi yang tidak dikenali yang didaftarkan dalam satu-satu alamat di kawasan bandar (bukannya di “Kedai Deraman”!)

Saya sendiri pernah dimaklumkan oleh seorang penghuni di kawasan Bandar Sunway dalam Parlimen Kelana Jaya (bukan Pengkalan Petah) bahawa menurut daftar pemilih terdapat beberapa pengundi yang tidak dikenali berdaftar menggunakan alamat rumahnya. Anehnya beliau membeli rumah berkenaan sejak siap dibina dan sehingga kini adalah pemilik tunggalnya dan tidak pernah menyewakannya kepada mana-mana pihak!

Pada 23 Januari lalu Penasihat Ekonomi DAP, Tony Phua telah mendedahkan dalam Malaysiakini betapa:

Terdapat 21 alamat di kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara (dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya MBPJ) yang mempunyai 20 pengundi berdaftar yang berdaftar di masing-masing alamat berkenaan.

Terdapat 1,358 pengundi berdaftar di kawasan parlimen yang sama yang tidak memiliki alamat tetap (rumah beralamat penuh) dan oleh itu tidak dapat dikesan

Dan setakat ini banyak lagi kes seumpama ini.

Sesungguhnya kita akur yang setiap warganegara Malaysia berhak mengundi dimana-mana tempat pilihannya dimana ia tinggal atau berdaftar, masalahnya adakah pengundi tadi boleh “mencuri” alamat (iaitu menggunakan alamat orang lain tanpa pengetahuan atau izin tuannya) untuk mendaftarkan dirinya di satu-satu kawasan? Tidakkah ini menipu dan jika dilakukan secara besar-besaran sehingga 20 atau 70 orang dalam satu alamat tidakkah ia merupakan satu konspirasi jahat untuk memenangkan satu-satu pihak dengan cara penipuan?!

Malah kalau kita ambil contoh Kg Pengkalan Petah sekalipun yang kata Kamaruzaman tidak mempunyai alamat bernombor kecuali menggunakan "Kedai Deraman", jika Pairin dari Sabah atau Maniam dari Ijok atau Tajem dari Sarawak tiba-tiba berdaftar di sana sebagai pengundi sedangkan mereka tidak pernah tinggal atau bermastautin di situ, tidakkah ia satu penipuan? Dan jika SPR mengiakannnya tidakkah SPR juga menipu?

Daftar yang tidak bersih seperti inilah yang diperjuangkan BERSIH untuk menjamin pilihan raya yang bersih dan adil. SPR janganlah bertindak sebagai perkakas mengizinkan konspirasi dan penipuan jahat seperti ini, ia sepatutnya bebas dan bertindak terhadap kes-kes seumpama ini. Jangan perbodohkan rakyat dengan melonggokkannya sama bagai kes di Pengkalan Petah!

Seuluruh kenyataan Kamaruzaman dalam NST hari ini sungguh memualkan dan terus menghilangkan keyakinan dan kepercayaan kita pada ketelusan dan keadilan SPR. Makin mereka buka mulut (macam Rashid) makin banyak bau bangkai yang dihidu rakyat.

Apa pun kita sudah tidak ada banyak masa lagi. Siang tadi Presiden PAS memberi amaran kepada pengundi-pengundi yang sengaja diimpot seperti ini yang namanya berada dalam daftar undi di Terengganu semata-mata untuk memenangkan Umno dan BN di sana agar berhati-hati kerana rakyat Terengganu akan bertindak jika mereka didaftar semata-mata untuk tujuan jahat itu dan sanggup turun mengundi juga.

Kalau benar Umno dan BN kuat dan disokong rakyat, bertempurlah dalam gelanggang sama-rata, jangan menipu dan arahkan pula perkakas mereka seperti SPR untuk menipu!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive