KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 10, 2008

TIADA MISKIN TEGAR?


Tiada miskin tegar di kawasan Parlimen Sg.Besar, kata Noriah
Mstar

SABAK BERNAM: Tidak ada lagi golongan miskin tegar di kawasan Parlimen Sungai Besar pada masa ini hasil daya usaha kepimpinan Barisan Nasional dalam mengubah kehidupan masyarakat, kata anggota Parlimen kawasan itu Noriah Kasnon.

Noriah yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan berkata penduduk di kawasan itu yang rataratanya terbabit dalam bidang pertanian telah dapat menambah pendapatan menerusi pelbagai bantuan dan projek yang dijalankan oleh kerajaan.

"Tidak ada di bawah paras miskin tegar, miskin ada," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai keadaan sosio ekonomi penduduk di kawasan itu selepas menyerahkan surat tawaran membina rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Osman Wahab, 42, di Kampung Parit 16, Binjai Jaya di sini hari ini.

Osman menerima bantuan sebuah rumah bernilai RM20,000.

Selain daripada kerajaan, katanya Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga menghulurkan bantuan kepada golongan Asnaf (mereka yang layak menerima bantuan zakat) di kawasan itu.

Noriah berkata melalui Dana Pertanian yang bernilai RM100,000 setahun yang diperuntukkan kepada setiap anggota Parlimen, lima orang penduduk di Kampung Parit 16 diberikan bantuan RM10,000 seorang bagi memulakan projek penternakan keli di dalam kanvas.

Melalui projek sampingan seperti itu, para peserta mampu menjana sebanyak RM600 sebulan sebagai tambahan kepada pendapatan daripada sawah padi atau kebun kelapa sawit, katanya.

Beliau berkata sebuah masjid bernilai RM5.2 juta sedang dibina di Binjai Jaya dan dijangka siap Mac 2009.

No2umnO - Nak dijadikan cerita, hari ini wak turun ke Sungai Besar, Sabak Bernam. Rata rata penduduk di Sungai Besar, jarang temui Noriah Kasnon ni. Ramai juga penduduk Sungai Besar yang tidak kenal siapa dia Noriah. Menurut mereka, pemimpin ini tidak rajin jenguk kampung kecuali waktu pilihanraya. Maka, apa logiknya kenyataan Noriah tentang ketiadaan rakyat miskin tegar kalau pemimpin tidak turun padang dan bertanya sendiri dengan rakyat, memandangkan orang bawahan BN sendiri pun tidak rajin bertanya khabar.

Bila waktu pilihanraya, semua nama keluar. Sejak 4 tahun lepas Noriah tidak memberikan sebarang kenyataan pun ....... Tapi tak heran kalau masih ada yang menyokong kerana UMNO tegar di Selangor, undi parti dan bukan undi pemimpin. Kalau diletakkan tunggul pun, mereka akan undi kerana sikap mereka. Dengar cerita pun Noriah tidak disenaraikan pun untuk pilihanraya tahun ini.

Kalau nak jumpa Noriah, kena cari jamuan makan anjuran UMNO. Pasti ada dan kalau makan tu, siap sengseng lengan. Kuat makan beb ......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive