KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 13, 2008

Setiausaha LINGAM urus cuti Eusoff Chin


Kejutan besar -- Lingam draf penghakiman Mokhtar Sidin, setiausahanya urus cuti Eusoff Chin
Utusanmeloya

HAKIM Mokhtar Sidin (gambar fail) dan gambar kanan, bekas setiausaha Lingam, Jayanti L. Govindarajulu Naidu selepas memberi keterangan pada prosiding siasatan klip video pelantikan hakim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Jayanti L. Govindarajulu Naidu, bekas setiausaha Datuk V. K. Lingam, hari ini membuat pendedahan yang mengejutkan mengenai institusi kehakiman di negara ini.

Ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-19 prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja di sini, wanita berusia 45 tahun itu mendakwa beliau bersama dua setiausaha lain Lingam dikurung semalaman di pejabat peguam itu untuk menaip penghakiman satu kes saman sivil membabitkan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun pada 1994.

Dalam kes itu yang didengar oleh Hakim Datuk Mokhtar Sidin, Vincent Tan diberi ganti rugi RM10 juta. Ketika itu Lingam mengendalikan kes tersebut mewakili ahli perniagaan berkenaan.

Jayanti mengaku beliau turut menguruskan tempahan tiket penerbangan dan jadual perjalanan bagi percutian Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin di New Zealand pada Disember 1994. more..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive