KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 31, 2008

Sistem hapus kuota tanding jawatan Umno tidak mungkin tahun ini?

Cadangan penghapusan sistem kuota untuk melayakkan seseorang anggota Umno bertanding bagi jawatan parti di semua peringkat tidak mungkin dapat dilaksanakan pada tahun ini, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana usul bagi perkara itu perlu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di peringkat cawangan dan bahagian, dan ianya perlu dibuat sebelum Mei ini, katanya.

"Setakat ini saya tidak nampak mana-mana bahagian mengadakan EGM untuk mendapatkan resolusi tersebut," kata Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita selepas melawat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) di sini, Isnin.

Mesyuarat Agung Umno peringkat cawangan perlu diadakan antara 17 Julai dan 24 Ogos ini manakala persidangan perwakilan bahagian perlu diadakan antara 9 Okt dan 9 Nov. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive