KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 24, 2008

GMI dakwa tahanan ISA dipindah

malaysiakini - "Tahanan disyaki dikurung di pusat reman polis (PRC) di sekitar Kuala Lumpur tanpa sebab-sebab yang jelas," kata Setiausaha GMI, Nalini E dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mengikut sumber maklumat yang diperolehi dari peguam tahanan, lapan orang tahanan telah dibawa ke PRC untuk tempoh seminggu, bermula 19 April hingga 27 April, tanpa sebab-sebab yang jelas.

"Malah, menurut sumber berkenaan, tahanan kemungkinan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak Kuala Lumpur.

"Apa yang menghairankan ialah keluarga dan isteri tahanan tidak tahu menahu tentang perkara ini.

"Sudah hampir seminggu mereka dibawa ke PRC, namun isteri-isteri mereka tidak diberitahu tentang ketiadaan mereka di KEMTA," katanya sambil menambah lapan tahana terbabit telah ditahan di bawah ISA selama hampir atau lebih enam tahun.more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive