KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 24, 2008

PAS sudah lama protes projek keretapi laju ke Singapura

harakahdaily - Katanya, ini kerana masalah pengangkutan awam di bandaraya Kuala Lumpur dan di bandar lain di negara ini belum lagi sempurna.

Beliau berkata sewajarnya kerajaan perbaiki jalan-jalan berkenaan daripada membangunkan projek mega tersebut.

"Yang penting bagi PAS setiap projek yang hendak dibangunkan boleh memberi manfaat kepada rakyat tetapi projek keretapi laju itu bukan untuk dapat dinikmati semua orang," katanya semasa diminta mengulas mengenai pembatalan projek berkenaan oleh kerajaan semalam.

Media dipetik melaporkan, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan projek pembangunan sistem keretapi laju yang menghubung Kuala Lumpur - Singapura kerana projek itu memerlukan kos yang terlalu tinggi.

Ini kata, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Sulaiman Mahbob, kerajaan membatalkan projek tersebut kerana berdasarkan model kewangan yang dibentangkan syarikat konsesi, kita perlu menanggung beban kos kewangan besar.

Sementara itu, Dr Hatta berkata, adalah wajar projek kereta api itu dibatalkan kerana kemudahan untuk berulang-alik ke kota Singapura sudah wujud umpamanya lebuh raya Johor - Singapura.

Beliau berkata, apa yang perlu dilaksanakan kerajaan ialah perbaiki sistem pengangkutan awam negara ini dengan lebih sempurna. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive