KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 27, 2008

PESTA BERAHI DI BESUT !!!

Hmetro - Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya. Yang perlu dilakukan untuk menikmati ‘hidangan’ itu hanyalah mendapatkan tiket ‘kebebasan’ berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau peranginan popular negara ini.

Penganjuran pesta liar di pulau menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.

Ikuti pengalaman wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti eksklusif sempena menyambut bulan mengambang di sebuah resort di Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

WARTAWAN Metro Ahad mendapat maklumat mengenai satu parti eksklusif menerusi laman web pada pertengahan Mac lalu.

Secara asasnya, berdasarkan maklumat di laman sosial terbabit, penganjur pesta itu sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di ibu negara, dipercayai ada latar belakang industri hiburan.

Dalam laman sosial itu, Pengarah Kreatif syarikat penganjur turut memberi peringatan berikut: “Ini adalah parti TERTUTUP yang dipelawa pada anda dan rakan anda yang berasakan mereka benar-benar ‘kool’ untuk menyertainya. Peserta mesti berusia 21 tahun ke atas dan bersemangat tinggi untuk berparti.” more...

Rujuk: Tiada pohon lesen ... polis kata jangan

No2umnO - Isu macam ni meletihkan .... nak cakap pun malas, sebab yang pegang tanggung jawab macam tak tau je.... Dulu lagi dah ada yang cerita, tapi buat buat tak tau. Kalau setakat keluar dalam blog, pihak berkuasa tak caya. Yang HARAM di Terengganu adalah perhimpunan ceramah, yang lain ..... semua ok.

2 comments:

Anonymous said...

Besut ni kwsn pok yeh (idris jusoh) n the gang bn..... mmmmmmm paham2 jela. islam hadhari, time solat, solat...time wat maksiat ade gak?

Anonymous said...

haa..kt cni la tmpt bebas nk raba punggung.baek sruh xmenteri tu pi parti kt cni...

Posting terkini

Blog Archive