KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 20, 2008

GILA TALAK DALAM POLITIK

http://www.legaljuice.com/insane%20insanity%20plea%20straight%20jacket%20crazy%20nuts.jpgRadenjowo
Meriah....suasana politik kat negara kita ni terlalu banyak cerita. Setiap hari ada sahaja berita yang mengejutkan. Banyak masalah tak boleh nak tepis tepis. Kalau nak siarkan semua, boleh gila dibuatnya. Tak payah lah buat kerja lain selain dari mengadap komputer.

Semalam dan hari ini orang kecoh tentang kisah Mahathir yang meninggalkan parti. Dalam pada itu ada banyak isu lain yang kita terlepas pandang. Kalau nak cerita tentang masalah di dalam UMNO, tak habis habis. Tak per....untuk kali ini, kita lari kan sedikit perhatian kepada PKR. Sebelum itu kita rujuk kenyataan Menteri Besar Perak tentang saranan kepada blogger .....

Dalam satu majlis meraikan para blogger dan pemacu laman web yang di adakan anjuran Lajnah Pas Pusat, Datuk Seri Ir Nizar telah menyarankan kepada para juru blog (bloggers) agar terus mengkritik walaupun kerajaan Pakatan Rakyat bagi tidak melupakan tanggung jawab mereka kepada rakyat.
Dan merujuk kepada usul tersebut, No2umnO berbesar hati untuk turut memantau pergerakan parti pakatan rakyat. Bukan marah, tapi sayang. Bukan berhasrat untuk merosakkan parti tetapi untuk mengikis budaya UMNO yang terbawa bawa ke Pakatan Rakyat. Ramai yang tidak sedar, lain padang, lain belalang.

Sebelum kita bercerita panjang tentang kisah gila talak ini, wak nak rujuk kepada kenyataan tahun lepas ....
Ezam Mohd Nor pada Selasa, 27 Jun 2007 dulu telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. (amskeadilan) Pelbagai spekulasi yang timbul tetapi selepas itu beliau menggerakkan NGO yang di gelar GERAK.
Di dalam tindakan pengunduran Ezam, berberapa individu penting turut membuat keputusan yang sama. Ini soal simpati dan solidariti. Kononnya ...... (Rujuk: Keluar parti)
Kandungan di dalam UMNO-REFORM pada tahun 2007.
SMS - Bekas Ketua AMK PKR Johor Nasir Tasrip dan Ketua Bahagian Kota Tinggi umum keluar PKR dihadapan Ezam menandakan solidariti mereke terhadap Ezam Mohd Nor serta perjuangan dan pengorbanan Ezam Mohd Nor selama ini.

Berita KLPOS
Sementara itu klpos.com juga diberitahu bahawa bekas Ketua AMK Johor Nasir Tasrip mengumumkan keluar parti di hadapan bekas Ketua AMK Mohamad Ezam Mohd Noor sebagai tanda solidariti.
Dalam kita asyik mendengar dan mengesan puak puak UMNO yang bertukar kulit, ketua Angkatan Muda Keadilan Johor ini lain pulak caranya. Kulit nya tak tukar, tapi disiat dan kemudian pakai semula. Macam kain lampin zaman dulu. Pakai, kotor, cuci, buang dan kutip semula. Kain yang berwarna putih, bertukar kekuning kuningan.

Maklumat yang diperolehi memberitahu bahawa Nasir ini dikesan sedang berada di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Beliau telah meninggalkan KEADILAN kemudian bersama GERAK dan akhirnya pulang ke kampung. Kini cuba untuk berjinak semula dengan Keadilan. Kalau sekadar datang sebagai penyokong dan bantu, tak per.... ucapan terima kaseh kerana pengalaman sangat berharga. Demi untuk perpaduan penduduk setempat, usaha ini di puji. Tapi ini bukan ceritanya. Menurut sumber .... beliau sedang cuba untuk melobi menjadi Ketua Bahagian PKR Sungai Besar. Tak tahu lah benar atau tidak, tapi pokok dan bergoyang kerana angin bertiup kencang.

Bila ada gula, adalah semutnya. Semut tertarik dengan gula dan sejauh mana pun gula, sesunggut tergerak gerak mengesan untuk mencari makan. Disebabkan kerajaan Selangor ini sekarang sudah bertukar tangan kepada Keadilan, maka ramai lah yang mengendeng ngendeng mencuba nasib untuk meminang semula jawatan penting di negeri lain. Usah cerita tentang parti lain yang cuba melompat lompat, tapi ini tentang individu yang sudah buang Keadilan kelongkang dan kini cuba mengutip kembali. Kalau aku....tak tau nak letak muka di mana.

Menurut cerita, beliau ini sudah pun melantik proksinya sebagai Ketua Bahagian Team B di satu kawasan. Mereka ini akan menyokong sekiranya beliau mendapat tempat untuk bertanding.

Nama Nasir ini kalau di kampung tak lah sehebat mana, tapi akibat tindakan dia yang cuba untuk menjatuhkan pihak lain menyebabkan PKR Negeri terpaksa menghantar wakil untuk menemui dan menasihatinya. 'Prevention is better than cure', maka sebelum keadaan menjadi diluar kawalan, elok benar lah di tegur tegurkan.

Pengajaran kepada anak anak muda. Jangan biasakan kawin cerai. Kalau nak bercerai, fikir baik baik kerana bila janda mula berhias, hati tak senang, jiwa tak tenteram. Berulang alik di depan rumah tersiul siul terjengkit jengkit. Harap harap janda menoleh untuk rujuk semula. Bila Janda dah dapat buat hati baru, baru lah nyesal nyanyi pun tak berlagu. Ini lah dia gila talak di dalam politik.

Pengajaran tu. Masa nak kawin bersunguh sungguh, bila nak cerai tak bagi tempoh .....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive