KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

KHAIRY ENGGAN ULAS TENTANG 'BERUK'

umno 2007 khairy jamaluddin 061107 01malaysiakini - Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini enggan menjawab bila diminta komennya terhadap cabaran supaya beliau memohon maaf kerana memanggil peserta perhimpunan Bersih November tahun lalu sebagai beruk.

"Tiada komen, terima kasih," kata Khairy selepas berulangkali diminta mengulas cabaran tersebut, ketika ditemui di luar dewan Parlimen hari ini.

Minggu lalu, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mencabar Khairy memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu pada 7 November tahun lalu di perhimpunan Pemuda Umno.

Khairy membuat kenyataan tersebut ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum," kata Khairy ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC. more...

1 comments:

Anonymous said...

lu tu yang beruk khari..!!! beruk pakai songkok..!!!

Posting terkini

Blog Archive