KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

Shabery kata media perdana telus

Langkah menyiarkan persidangan Dewan Rakyat secara langsung tanpa tapisan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM1) mulai Rabu lepas membuktikan sifat keterbukaan kerajaan dan ketelusan media arus perdana, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata siaran langsung 30 minit pada sesi soal jawab itu turut disiarkan melalui Radio Klasik Nasional dan laman web kementerian itu.

Shabery berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS Kuala Krai) yang bertanyakan bila waktu sebenar siaran langsung Dewan Rakyat dan rasional pemilihan waktu tersebut.

Sementara itu, DAP dalam kenyataan di sini berkata Kementerian Penerangan hendaklah meluaskan siaran langsung dari kini 30 minit kepada satu setengah jam semasa soal jawab, ini menjadikan proseding itu lebih bermakna dan selaras dengan norma antarabangsa.

Liew Chin Tong (DAP Bukit Bendera) berkata "semua anggota Parlimen seperti di United Kingdom, Kanada, Australia dan Afrika Selatan menyiarkan keseluruhan masa soal jawab di televisyen ...... MStar

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive