KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 19, 2008

'Siapa kata saya akan letak jawatan?'

Utusmeloya - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas-desus mengatakan beliau akan meletak jawatan selepas kembali dari menunaikan umrah di Mekah pada 26 Mei ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perkara tersebut tidak timbul kerana beliau masih sihat dan mampu menjalankan tugas mentadbir Kelantan dengan baik.

''Perkara itu (letak jawatan) tidak timbul lagi, umur saya ada lagi, insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan kerajaan negeri Perak di Kota Darulnaim di sini petang ini.

Rombongan seramai sembilan orang termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, V.Sivakumar itu diketuai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun mengakui bahawa beliau telah menghantar surat cuti kepada Sultan Kelantan bagi menunaikan umrah ke tanah suci pada 26 Mei ini dan bukannya surat peletakan jawatan.

... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive