KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 13, 2008

Jika ditangkap - Anwar mahu PAS, KeADILan dan DAP teruskan perjuangan

Imageharakah | ...Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu PAS, KeADILan dan DAP untuk meneruskan agenda perjuangan Pakatan Rakyat sekiranya apa-apa terjadi kepada beliau.

Beliau juga mahu agar rakyat turut sama meneruskan agenda perjuangan bersama pemimpin Pakatan Rakyat seandainya kemungkinan beliau dipenjara semula.

Perkara itu ditegaskannya semasa menyampaikan ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' bersama-sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah di sini semalam.

Menjawab pertanyaan media bahawa wujud khabar angin yang mengatakan pihak keselamatan akan melakukan sesuatu ke atasnya, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

"Kita tidak tolak kemungkinan itu sebab kita pernah lalui dan watak yang sama juga masih main peranan, saya tidak tahu. Tetapi saya tidak tolak kemungkinan.

"Dulu kita tolak kemungkinan perkara itu berlaku, jadi kemungkinan itu ada. Saya cuma harap harap kali ini mereka hormat proses undang-undang,"ujarnya pada sidang media selepas ceramah tersebut. ... selanjutnya.

2 comments:

mangchikla said...

dari bodi language nampak abang Nuau n Abang Ad macam tensyennnnnnn je.. Aisey bang jgn la camtu.. nampak sgt phsycological warfare diorang dah menang. Chill la bro...

Anonymous said...

Abang Nuau tension? Pleaselah
perhatilah betul2. DSAI senyum
dan rasa senang dengan Uztaz Azizan
dan Uztaz Hadi. Suka tengok ketiga-tiga pejuang rakyat, mereka ini bak kata pepatah Inggeris, a fresh of breath air...

Posting terkini

Blog Archive