KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 28, 2008

Pandu Proton, jangan ada silap

KEADAAN kereta Proton Wira yang merempuh belakang  trailer membawa besi paip gas di Kilometer 265, berdekatan Plaza Tol Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam. Dalam kemalangan itu, pemandu kereta, Ng Choo Sing, 39, parah di muka. Kejadian berlaku ketika mangsa dari Taman Mega, Seremban 2,  dikatakan tidak sempat mengelak trailer. Mangsa diselamatkan oleh anggota bomba dan pengguna lebuh raya berkenaan.

Kalau nak pandu kereta Proton .... jangan ada silap. Silap sikit, kita kena. Orang langgar pun hancur, di langgar pun remuk. Nyawa 50:50. Kerajaan kata Ciri keselamatan bukan letak pada kereta, tapi pada kepala otak pemandu. Sebab itu, kalau baca katalog proton, yang ada hanya acessories dan harga. Kalau kereta luar negara katalog di penuhi dengan ciri ciri keselamatan, tapi di Malaysia penuh dengan cara pembayaran. Deposit sekian, ansuran sekian, installmentnya sekian dan jumlahnya sekian. Yang lain ..... tak payah ada.

Cuba sebelum korang beli kereta Proton....tanyakan 'safety test' nya. Salesman nak jawab apa? Di luar sana ....kereta kecik pun ada test tau ..... [klik gambar untuk berita]. Nyawa di hujung tanduk, tu sebab beli kereta jadi jadi pak kaduk. Bersorak gembira, nyawa tergadai. Pandu Proton kalu ... everybody MUST BE PERFECT.

6 comments:

Anonymous said...

pandu proton macam main meriam buluh. Dah tahu bahaya, masih nak pakai. Polis tak marah pulak. Kenapa tak beri amaran, merbahaya naik proton.

Anonymous said...

mentaliti rakyat kita dah di asah dengan panduan keselamatan. Salahkan pemandu kerana punca kemalangan. Rakyat yang bodoh, terus terpesong.Tak pernah cuba salahkan kerajaan dan industri kereta malaysia.

Anonymous said...

agak2 laa.. jgn laa compare keta proton langgar trailer 40 kaki ngan smartfor 2 langgar kete sedan kat controlled test mechanism

Anonymous said...

org msia pakai kereta mewah tapi mentaliti rendah. kelau pakai proton lagi teruk. kadang2 lawak tengok pemilik proton pi tukar jenama proton ke mitsubishi. lawak sungguh.....

radenjowo said...

gambar di bawah bukan untuk di bandingkan dengan gambar di atas. Ianya untuk di KLIK bagi mengetahui bahawa kereta luar di hantar ke 'safty test' bagi membuktikan kenderaan mereka selamat di pandu. Oraiiitttt

Unknown said...

Nak buat lagu mana. Itu saja kereta yang mampu dibeli oleh rakyat marhaen.

Sudahlah mahal, buruk pulak. Ciri keselamatan sifar, zero, ziltch, nol! Aku lagi suka proton bangkrap, kemudian kereta import dibawa masuk tanpa sebarang tax yang tak munasabah.

Kalau proton tak ada. Aku dah bawak Audi TT agaknya..sial punya proton.

Posting terkini

Blog Archive