KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 22, 2008

Kenapa mereka di tahan?



Aku cuba mencari alasan kenapa Naib Ketua AMK DUN Batu, Mohd Noor Kamil Abd Samad di tahan oleh polis . Dia yang datang berikutan gambarnya yang di paparkan di dalam akhbar terus berkunjung ke balai polis Sentul dengan penuh keyakinan kerana beranggapan dia berada di pihak yang benar. Malangnya, beliau telah di tahan pada hari tersebut sehingga hari ini. Rujuk SINI

Menurut Pemberita asing yang terlibat di dalam pergaduhan antara sekumpulan manusia yang hadir pada hari penamaan calun itu, memberitahu bahawa pemimpin PKR dari DUN Batu yang ditahan itu adalah orang yang cuba menyelamatkan beliau. Rujuk berita SINI. Namun, menurut polis pula, mereka itu di tangkap berdasarkan imej dan video yang diambil.

Hari ini aku di beritahu seorang pemimpin AMK turut di tahan polis ketika memasang banner di Permatang Pauh.

Saravanan, adalah seorang pemimpin AMK, Seksyen 7, Shah Alam yang terkenal dengan kerja keras dan bertanggung jawab. Menurut sumber yang diperolehi, Polis telah kaitkan beliau dengan kes yang berlaku di Shah Alam dan dengan itu beliau telah di tahan. Sehingga hari ini, dia masih di bawah kawalan polis dan pagi ini di beritahu bahawa beliau sudah dibawa pulang ke Shah Alam untuk di tahan di sini.

Saravanan di beritakan telah berada di sana sejak hari penamaan calun lagi dan di jadualkan akan hanya kembali selepas Pilihanraya. Tugas beliau adalah membantu jentera Pakatan Rakyat Permatang Pauh untuk berkempen dan memasang sepanduk.

Merujuk kepada dua kes yang serupa ini, kelihatan bahawa penahanan ketua jentera jentera PKR yang dihantar oleh kepimpinan masing masing telah di rancang sejak awal. Mereka mereka yang sudah di kenal pasti itu mampu melicinkan proses berkempen Pakatan Rakyat dan menahan mereka di anggap boleh menggagalkan usaha tersebut.

Menurut khabar yang diterima lagi, mereka mereka yang di tahan akan hanya di lepaskan setelah selesai hari mengundi yang dijadualkan pada hari Selasa, 26/8/2008 nanti.

TERKINI
Saravanan telah di bebaskan dengan Jaminan Petang tadi. Beliau telah di sabitkan dengan kes Pergaduhan pada tahun 2005 dahulu. Persaoalannya, beliau di tahan di Permatang Pauh, di lepaskan di Shah Alam. Apa tujuannya?

4 comments:

Putra IJ80 said...

Subhanallah......

Kesihan nya,sekadar melakukan kerja sukarela,untuk parti pilihan,pun bole kena.

Apa lah daya mereka untuk menentang pihak berkuasa,yang dah mengila.

Mudah mudahan lah hati mereka tabah,dan kita?

Tak kan nak tengok saja.

Ada kah mana tabung untuk membantu mereka dan yang lain juga.

Sila berikan No Akaun,biar lah saya orang pertama menderma.

Mr Joker said...

Pulis bongok...sebab dengaq kata pemimpin bongok...

Anonymous said...

wartawan tu yang cari pasal dulu duk maki n tunjuk isyarat lucah kat penyokong PKR yang duk kibar bendera dekat org umno yang tgh jalan kaki kelur.dia nak ambik gambar org umno yang tgh berjalan tu..tp org2 umno tu terlindung dengan bendera PKR yang dikibarkan oleh penyokong.lepas tu p maki n tunjuk isyarat lucah kat penyokong PKR kena belasah ar..saja cari penyakit...agaknya dia terima arahan suruh buat mcm tu kut..

Anonymous said...

lain kali kalu dia orang tujuk isyarat lucah
janganla pukul.....
pengintip ada dimana mana

Posting terkini

Blog Archive