KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 25, 2008

UMNO tawar wang di kedai kopi

klpos | BEBERAPA pengundi didakwa cuba dipikat dengan ganjaran wang di sekurang-kurangnya empat kedai kopi di seluruh kawasan undi Permatang Pauh.

Ini bagi membantu 'pihak lawan' mengurangkan jumlah undi majoriti yang bakal diraih calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh esok.

Jika mereka dapat membantu menggagalkan cita-cita Datuk Seri Anwar, maka ganjaran mereka akan lebih besar lagi, demikian pendedahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, berkata bakal pengundi ditawarkan RM200 jika Datuk Seri Anwar meraih majoriti kurang 10,000 undian, RM500 jika Penasihat PKR itu meraih majoriti kurang 5,000 undian dan RM1,000 jika Penasihat PKR itu kalah.

Beliau sudah ada bukti berhubung dakwaannya itu - satu senarai kira-kira 200 nama dan nombor kad pengenalan (I/C) yang dirampas daripada seorang lelaki di sebuah kedai kopi di Penanti kelmarin.

'Semua nama orang yang ditulis merupakan pengundi atau penduduk yang tidak mengundi. Mereka dijanjikan akan dapat RM200 kalau undi Anwar kurang daripada 10,000.

'Dan, kita dapati sekurang-kurangnya empat tempat. Kerja ini dibuat di kedai kopi tetapi atas keselamatan pemiliknya saya tidak dedahkan kepada pihak media identiti kedai-kedai kopi itu,' kata Tian Chua, pada satu sidang media di Yayasan Aman, dekat Pekan Penanti, Pulau Pinang.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive