KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 11, 2008

Berita baik untuk UMNO

Melayu paling ramai berpendapatan bawah RM1,000"
harakah | Jabatan Perdana Menteri mendedahkan orang Melayu paling ramai yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan berbanding dengan kaum lain di negara ini.

Perkara ini diperolehi melalui perangkaan yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terkini tahun 2007 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany di Persidangan Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah.

Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain - 78,800.

Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 di mana daripada jumlah tersebut 976,500 adalah (Melayu),300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (orang Asli) dan lain-lain 89,9000," katanya yang menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan - Sungai Siput) dalam sesi soal jawab.

Keseluruhan bilangan isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 Melayu juga paling tinggi iaitu 614,700, berbanding Cina 300,800 dan India 121,500 daripada jumlahnya keseluruhan isi rumah iaitu sebanyak 1,144,700.

Manakala, kumpulan pendapatan RM3,001 hingga 4,000 kaum Melayu berada di tempat teratas iaitu 380,500 daripada keseluruhan isi rumah 734,000.

Beliau berkata, bagi julat pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 yang melibatkan 914,200 isi rumah Melayu sebanyak 419,200 berbanding Cina sebanyak 368,400.

Sementara itu beliau berkata, kumpulan berpendapatan RM10,001 -RM20,000 dengan melibatkan 235,300 isi rumah kaum Cina menguasai pendapatan tersebut iaitu sebanyak 118,700 berbanding Malayu 85,700 dan India 23,400.

"Kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 Cina, 3,600 India dan 1,500 dari lain-lain kumpulan etnik," katanya.
Soalan cepumas - Selama ni UMNO buat apa? Goyang telur atau penuhkan poket sendiri?
Kalau berebut kontrak dan projek bukan perjuangan tapi itu muntahkedarah namanya.
Nak berlakun apa lagi? Kita tak cakap kosong, cerita gunakan fakta bukan auta.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive