KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Aziz Shamsuddin. Show all posts
Showing posts with label Aziz Shamsuddin. Show all posts

Mar 6, 2008

Feb 28, 2008

Aziz alone in Shah Alam

Price up.
hard-t.blogspot.com

That are the issues being debated in Shah Alam as the political campaign swept through the nation. I got a chance to talk with a few voters and operatives about how their campaigns progressed.
And I read the coverage, which was fascinating, especially the question of how past campaign tactics may have played into this year's campaign.

And they said maybe the turnout was down among Barisan Nasional voters in Shah Alam. What did that mean? Was it the nasty weather or the nasty tone? That was a question that will probably be asked this weekend.
As I said before most of Shah Alam residents are middle-class Malays, including academics, government officers and pensioners. SHAH ALAM RESIDENTS AND VOTERS WE DEMAND AND 'DESERVE' TO BE GRANTED WITH GENUINE 'FACTS,' NOT TAINTED PROPAGANDA EXTRACTS - WRAPPED IN THE SOILED SHEET OF SHAM RESPECTABILITY!

BN put so many tainted manifesto as propagandas. What are they doing? This is terrible! Nobody wants to hear this propaganda. This is Malaysia. The stupid thing that some BN leader and candidates says is the opposition manifesto does not represent reality and how opposition can manage this country? This is silly statement lah.

I cannot wait to hear what the Shah Alam voters are saying (by vote) about all BN manifestos. I think we all have to be honest - how we react to all this depends so much on who we are, what we care about, how our loyalties and sensitivities shake out. And politics at this level is a matter of strategic guessing about all that.
THE big question now is is the Shah Alam leadership (UMNO and BN) going in a different direction than the grass roots? after Pak Lah reject memorandum by Umno division regading candidates for Shah Alam parlimentary seat? Hard-hitting politics and "dirty tricks" are nothing new in Shah Alam Umno division and BN. Remember how Solomon topple Abu Sujak Mahmud.

Last few days, the demonstration, it was learnt, was set by Salamon’s supporters who wanted him to replace Abdul Aziz to contest the parliamentary seat. Salamon, who is Shah Alam Barisan Nasional chairman and former Shah Alam Mayor, is the incumbent Batu Tiga State assemblyman.

And now Aziz Shamsuddin is in dilemma. Do Shah Alam Umno division support him in his campaign? Aziz, who is re-contesting the seat, said he was no longer hurt by the division's calls for a local candidate to replace him. HE NO LONGER HURT... HOW UMNO DIV HEART? "They will do as what happened to Abu Sujak" said veteran politician. Where is Mat Tyson?

Aziz on the other hand, distanced himself from Shah Alam people. And his campaign posters were torn down.

Feb 25, 2008

AZIZ SHAMSUDDIN: UPAYA TIADA , NAFSU ADA


Aziz Shamsuddin hanya angan-angan kosong
Jamin
harakahdaily.net

Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,

Saya nak bercerita mengenai Aziz Shamsuddin di kementeriannya. Tak 'perform' langsung. Dia 'blur' dan tak tau nak cakap apa. Dia akan tunggu orang suap, kalau dia cakap pun hal yang sama. Beliau tidak seperti Tan Sri Muhyiddin. Tegas, berwawasan dan ada kesungguhan untuk memajukan pertanian.

Kalau jemput hadir ke majlis kementerian susah sangat nak pergi. Sampai KSU kena pujuk dia. Kalau majlis KEMAS dan agensi FELCRA, RISDA dia pergi.

Kalau pergi majlis kementerian perkara sama yang dia cakap. Bangun pagi gerak-gerakkan tangan. Ucapkan syukur, kerjalah dengan baik. Tiada ketegasan langsung. Seperti pakcik-pakcik yang sedang memberi nasihat kepada anak-anak secara umum, tapi beliau tidak fokus mengenai kerja.

Kalau kita siapkan sampai berhari-hari teks ucapan yang penuh dengan fakta dan maklumat dan beri kepada dia untuk dibacakan, dia tidak pernah baca. Beliau asyik cakap mengenai Kempen Mari Belajar 2 Jam 3 Jam yang dia buat saja. Tak relevan langsung dengan kementeriannya. Itu bidang Kementerian Pendidikan. Letihlah orang tua tu.

Wartawan pun bosan dengan dia. Tidak ada apa-apa nak diceritakan. Asyik cakap benda sama. Nak masuk akhbar pun isu yang sama saja.

Bersopanlah sikit ketika di pejabat

Anda pergilah pulang ke rumah dan jaga baik-baik isteri muda anda. Jangan leka bermesra dengan pekerja di pejabat. Anda perlu sedar diri dengan usia anda, tapi selalunya anda pantang melihat pekerja yang cantik-cantik. Siap salam lama-lama.

148 buah kawasan Parlimen, adalah di luar bandar dan mereka ini perlu dijaga dengan baik oleh kerajaan. Perdana Menteri amat mengharapkan anda wahai Aziz untuk menjaga hati mereka sahaja.

Ini kerana, anda orang tua yang pandai beri nasihat dan pujuk orang luar bandar. Tapi, dari segi apa yang kena dibuat dia tidak boleh buat. Aziz tidak tegas, sehingga KSU boleh pijak kepala dia.

Apa dasar yang dia boleh buat? Hanya mengharapkan orang Kementerian buatkan untuk dia. Cuba lihat dalam 60 minit Bersama Menteri di RTM, banyak benda yang dia boleh cakap. Tapi, Aziz hanya bercakap hal yang sama dan tiada fakta-fakta yang meyakinkan dan kukuh.

SUSK dia pun diam, tidak pandai bercakap apa-apa. Harapkan pengampu yang buat kerja. Anda makan gaji buta sajalah. Sepatutnya dia beritahu menteri apa dasar-dasar baru yang kementerian sudah lakukan untuk membantu orang luar bandar. Selepas itu umumkan kepada akhbar, barulah nampak beliau itu bekerja dan ambil berat tentang peranan dia.

Itu sajalah. Saya nak cakap banyak lagi. Aziz ini orang tua yang kuat merajuk, letih kami mahu jaga hati dia saja. --- aba.

Feb 23, 2008

Protes ke atas Aziz Shamsuddin makin panas


Abd. Wahid
harakahdaily.net

Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,

Berikut adalah suatu bahan yang saya dapati daripada internet untuk bacaan umum …

Tidak sampai empat jam senarai nama calon Barisan Nasional Selangor diumumkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Umno Shah Alam telah mengadakan protes bagi menolak pencalonan Dato' Abdul Aziz Shamsuddin sebagai wakil Parlimen kawasan itu.

Malah, mereka bertekad tidak akan menaikkan poster-poster Abdul Aziz di Parlimen Shah Alam, apatah lagi berkempen untuk wakil berkenaan yang dianggap telah mengecewakan penduduk Shah Alam.

Apa yang lebih dahsyat dan seolah-olah menjadi satu ugutan kepada pucuk pimpinan parti ialah mereka menutup hampir semua pusat daftar mengundi di kawasan berkenaan, jika bantahan mereka tidak dilayan.

Abdul Aziz yang berasal dari Gopeng, Perak pertama kali bertanding di Parlimen Shah Alam pada tahun 2004 lalu.

Bagaimanapun, rata-rata penduduk melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap pemimpin terbabit yang didapati tidak turun padang, menemui dan beramah mesra dengan penduduk.

Sebelum ini, Umno bahagian itu telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN negeri agar tidak mencalonkan lagi wakil dari luar kerana ia menyukarkan keberkesanan sesuatu program.

Mereka telah mengemukakan tiga nama calon bagi menggantikan menteri berkenaan iaitu Dato' Salamon Selamat, Kamaruddin Ahmad dan Zulkifli Saleh.

Dalam satu sidang akhbar di Seksyen 11, Shah Alam pemimpin peringkat cawangan dan jawatankuasa bahagian itu meminta pucuk pimpinan menukar calon lain yang lebih sesuai dalam tempoh dua hari ini.

AJK Bahagian Shah Alam, Yahya Abdul Hamid berkata, mereka terlalu kecewa kerana pemimpin atasan tidak mendengar luahan dan rintihan anggota parti di kawsan parlimen terbabit.

"Kami telah dikecewakan selama empat tahun dan Dato' Abdul Aziz jarang pulang ke kawasan yang diwakilinya untuk bersama-sama kami menjayakan sesuatu orogram," katanya.

Menerusi poster yang tulis, ternyata Bahagian Shah Alam kini akan melalui satu keadaan yang amat kritikal walaupun pihak terbabit tetap menyatakan sokongan kepada Umno dan BN.

Umno seharusnya berbuat sesuatu untuk menjernihkan semula keadaan apatah lagi untuk menentukan masa depan rakyat dan ibu negeri Selangor ini.

Bagaimanapun, langkah memburuk-burukkan pemimpin atasan bukanlah amalan parti dan ia sedikit sebanyak telah menjejaskan keharmonian pengundi sambil memberi ruang kepada parti lawan untuk memancing undi.

Ketua Cawangan Umno Seksyen 24, Zulhelmi Kassim pula menyatakan bahawa Abdul Aziz tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna dan lebih banyak menyerahkan tanggungjawab kepada pembantunya yang gagal berkomunikasi dengan baik.

"Kami telah puas berusaha dan bekerja keras, tetapi kenapa diberikan kepercayaan kepada orang luar. Banyak lagi pemimpin tempatan yang berkeupayaan untuk menerajui Shah Alam," katanya dengan nada keras.

Ketua Cawangan 17 Bandar, Razali Safar pula tidak akan memberi jaminan kerusi Parlimen Shah Alam menjadi milik Barisan Nasional, jika Abdul Aziz dikekalkan untuk bertanding kali kedua 8 Mac ini.

Sambil menyatakan mereka tetap berdiri teguh di belakang Umno dan Barisan Nasional, beliau meminta supaya pucuk pimpinan mendengar keluhan mereka bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk. --- aba.

Posting terkini

Blog Archive