Rakyat Tidak Akan Terpedaya Dengan Hasutan Pembangkang - Zam
SUNGAI PETANI, 7 Feb (Bernama) -- Usaha parti pembangkang terutama DAP menghasut rakyat supaya membantu parti itu menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-12 akan datang tidak akan mendapat sokongan rakyat, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
Beliau berkata rakyat negara ini tidak mudah dihasut apatah lagi untuk menukar kerajaan yang berjaya memerintah sehingga semua kaum dapat hidup dengan aman, makmur, bersatu padu dan maju.
"Pembangkang begitu terdesak sehingga mereka sanggup memperalatkan rakyat," katanya kepada pemberita pada program bersama masyarakat dan penyampaian bubur Asyura di Flet Paya Nahu, di sini, hari ini.
Beliau mengingatkan rakyat mengenai muslihat parti pembangkang yang sanggup menggunakan apa saja peluang untuk menarik rakyat menyokong mereka walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) tidak pernah menindas mana-mana kaum di negara ini.
Mengenai peranan Kementerian Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam hal ini, Zainuddin berkata agensi di bawah kementerian itu sentiasa menjelaskan kepada rakyat isu semasa yang diputarbelitkan oleh pembangkang.
Katanya RTM akan terus tegas sebagai stesen penyiar yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara dengan menyiarkan berita benar dan bukan bercorak propaganda.
Deyyy Thambi Zam, ini apa?
Feb 8, 2008
ZAM CAKAP BERBELIT BELIT MACAM HAPRAK
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 26, 2008
RTM DIKUTUK DAN TERKUTUK
RTM pemberi maklumat yang 'tepat, padat dan mutakhir' ?
M Star
Ada lagi yang saya nampak di siaran berita Warta Perdana di RTM1 pada jam 8 malam semalam, Jumaat, 25 Januari.
Bukan saja-saja nak cari silap RTM tapi dah ternampak dan terpanggil pula untuk kasi tau pada semua yang RTM ni selalu sangat dok puji diri, canang sana canang sini, jaja sana jaja sini, heboh sana heboh sini habis keseluruh negara yang saluran Inforia RTM ni cukup berprestij dan berprestasi tinggi dengan maklumat infomasi yg begitu tepat, padat dan mutakhir.
Tapi ini yang jadi pelik. Sama ada ini adalah satu tamparan kepada Menteri Penerangan a.k.a Menteri RTM sendiri ataupun satu 'info' yang begitu 'meriakan' kalangan puak-puak RTM dan kakitangan kementerian sendiri dan seluruh anggota 'Angkasapurapura' kesemuanya.
Boleh buat analisa sendiri kepada mereka-mereka yg terbabit atau yang berkenaan.
Kalau saya tak kasi tau, tentu anda sekalian pun tak tahu punya tentang kesilapan walau nampak kecil tapi bukan kecil anak punya kesilapan nak habag bagi.
Kesilapan ini terdedah selari dengan penyampaian berita jam 8 malam dimana RTM dengan serentak memaparkan 'footage' berita ringkas dibawah skrin dimana beberapa berita melibatkan 'event' atau peristiwa yang sedang berlaku atau akan berlaku menyusul dengan bergerak bertali arus seperti biasa yang kita selalu lihat dan mendapat maklumat dengan serentak bersama penyampaian berita yang di sampaikan oleh pembaca berita.
"Footage" tersebut memaparkan lebih kurang begini (saya tak dapat membuat paparan yg betul-betul sama seperti apa yang dibentangkan pada skrin kerana berita itu tidak statik - sebab sentiasa bergerak untuk memberi ruang pada berita-berita yang lain yg menyusul kemudiannya).
Maksudnya pada berita tersebut adalah: Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan membuka kaunter pada sekian sekian hari (kalau tak salah saya hujung minggu (Sabtu/Ahad) bagi memudahkan untuk kutipan cukai jalan, cukai perkhidmatan, duti-eksais ....).
Jika diterjemahkan ianya bermaksud [Road-Tax, Service Tax & Excise Duties]dalam bahasa Inggeris. Road Tax atau Cukai Jalan bukan ka bawah kelolaan JPJ? Itu yang menjadi hairan ni.
Yang menjadi tanda soal disini yang ini lah cukai jalan? (dah dipindahkan kepada Jabatan Kastam pula?). [Soalan memperli] Apa sudah jadi pada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) ???? Mungkin JPJ pula mengambil-alih kutipan cukai jualan pulak kot ????
Macam mana yg dikatakan RTM pemberi 'maklumat' yang 'tepat, padat dan mutakhir' ?
Maklumat sebegini boleh bikin penonton keliru? mungkin tidak bagi mereka yg tidak mudah terima bulat-bulat secara membabi-buta atau yang bukan jenis 'buta-kayu'.
Namun ini 'amat memalukan' pihak RTM sendiri dan juga Kementerian Penerangan kerana dgn slogan RTM sendiri tentang informasi atau maklumatnya yg terkini itu sudah pasti tepat dan mutakhir (terkini atau latest update) kini sudah tercemar dek kecuaian, kelalaian dan kelalian pihak kakitangan RTM sendiri.
Kalau tak keliru pun, penonton akan memperlekehkan kewibawaan RTM sebagai penyebar maklumat atau Infomasi melalui saluran Inforia yang di heboh-hebohkan bagaikan tiada tandingan oleh mana-mana pihak. Ini betul-betul 'masuk bakul angkat sendiri' lagaknya.
Walaupun kesilapan ini nampak kecil tapi ianya memberi gambaran perbezaan yg cukup besar. Jauh beza jaraknya antara cukai jalan dengan cukai jualan.
Saya fikir pihak kakitangan KDRM dan JPJ tentu gelak besar atau gelak sakan (kira sakan punya gelak ketawa berdekah-dekah hingga terbahak-bahak) antara sesama mereka bila mendapati kesilapan yang tak sepatutnya terjadi dan dilakukan pula oleh badan yang sudah begitu berpengalaman dan cukup punya matang lagi dengan budaya beretika yang menjadi contoh dimata dunia dan lagi berprestij sebagaimana yg diheboh-hebohkan oleh mereka sendiri.
Kita yang tak ada kena mengena dengan kedua-dua jabatan itu pun tahu dan sedar akan perbezaan antara cukai jalan dengan cukai jualan.
Inikan pulak bagi mereka yang terlibat atau yang terbabit secara langsung dalam pengendalian tentang cukai-cukai tersebut.
Oleh itu 'moral of the story' jika tak mampu menunjukkan prestasi yang terbaik dengan sempurna dan terpuji yang kononnya berprestij dalam segenap bidang dalam apa saja persembahan atau penyampaian maklumat atau infomasi, jangan uar-uarkan kepada seluruh pelusuk negara akan slogan-slogan seperti 'memuji-muji diri sendiri', 'mengangkat-diri sendiri' bak kata orang 'masuk bakul angkat sendiri' saja lagaknya.
Nanti RTM dan sekutu-sekutunya akan diperlekeh-lekehkan, diperkecil-kecilkan dan diperbodoh-bodohkan begitu sahaja.
Tiada siapa akan hormat. Tiada lagi keyakinan dan kepercayaan pada RTM sebagai badan penyebar maklumat yang tepat atau lebih senang dipanggil penyebar maklumat palsu. Info atau maklumat yang hanya pakai main hentam keromo saja. Info yang hanya 'auta' semata.
Kita sebagai penonton juga tidak sanggup dibohongi, ditipu dan dikelentong oleh penyebar maklumat palsu dan tidak tepat.
CONTRAVISI ONISME
Labels: Belit media, Belit RTM
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 15, 2008
Surat pelayar kepada MStar
ADA satu lagi yang ketara iaitu kesilapan yang paling terkini atau lebih afdal yang termutakhir iaitu dalam siri program terbaru RTM1 yang bertajuk ‘Skrip ke Skrin’ pada setiap Isnin jam 3:00 ptg dan kini baru masuk Episode ke 2, pada hari Isnin 14-01-08 lalu.
Mungkin para penonton yg buta kayu tak nampak atau simply tak perasan, bila tajuk asal semasa paparan pembukaan (introductory opening) terang-terang membentangkan akan tajuk ‘Skrip ke Skrin’ agak lebih besar dan jelas sekali akan tetapi pihak RTM sendiri dengan slot kecil akan diikuti memaparkan sama serentak dengan background berwarna merah akan judul atau tajuk yg menunjukkan Skrin ke Skrin??
Apa ni? Sampai tak faham apa yang dibuat ke? Buat kerja main hentam keromo saja ke? Apa sudah jadi? Dari Episode 1 hingga ke Episode 2 pun dok macam tu jugak? Tak ada siapa yang nak perbetul.
Kan tema atau isu yg diperkatakan dlm program tersebut adalah mengenai Skrip dimana beberapa siri peraduan antara karyawan penulisan skrip filem pendek sedang dilancarkan untuk memilih calun-calun terbaik dan seterusnya tokoh yg berjaya dlm hasil penulisan skrip menjadi pilihan terbaik menyusul diakhir rancangan nanti.
Apa sudah jadi? Saya perhatikan dari Episode 1 lagi. Masih tidak dibuat pembetulan hingga ke tamatnya program untuk episode 1 itu. Saya agak kemungkinan akan memperbetulkan di episode akan datang iaitu Episode 2 nanti. Haram tidak ada pembetulan langsung. Masih tidak berubah.
Mustahil semua dekat RTM buta kayu? Maknanya R T M boleh diterjemahkan sebagai “Rancangan Tersilap Memanjang” atau “Rangkaian Temberang Memanjang”. Kedua-duanya boleh diterima pakai.
SURATMAN
Labels: Belit RTM
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 11, 2008
RTM: Surat kepada MSTAR
APA nak di hairankan?
dipetik: mstar
Kakitangan Kementerian sendiri pun tentu tahu apa yang di hidangkan oleh suku-sakat kaum puak (RTM) dari kalangan mereka juga.
Termasuklah kakitangan2 RTM sendiri, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Filem Negara semuanya memang 'aware' atau sedar yang segala apa yang dipaparkan oleh RTM, dibawah naungan Kementerian Penerangan hanyalah Info Auta semata-mata.
Jadi takkan mereka sendiri hendak melihat akan hidangan yg rata-rata mereka sendiri tahu apa kontennya. Bodohlah kalau mereka sendiri menjadi penonton hasil dari penipuan dari kalangan mereka sendiri. Betullah, Saluran Infotainmen RTM penuh dengan sampah sarap.
Kenapa jadi begitu? Why? Agaknya kemungkinan besar adalah disebabkan dari beberapa faktor:
- Well-known facts that all are really trashy stuff from RTM channels. Therefore, they know too well and simply refused to watch these.
- Sabotage (direct as well as indirect) towards their own boss (the DKK minister), who is so 'loghat' & 'menyibuk lebih.' The way they did or made it to appear as if it is 'unintentional' i.e. without intention (tak disengajakan- inadvertently) by making mistakes or blunders, whether stupid mistake or not. So the stupid 'loghat & menyibuk lebih' boss got played out by that kind of excuses.
- Silent protest is another ways and means to make most programs from RTM to be of low class category to the standard of garbage.
- They know very very well where their real 'standard' is actually. When they (RTM) always mentioned 'berprestij' or something of 'masuk bakul angkat sendiri' - when in it is really means the opposite.
- Too much of favouritism among those 'who-know-who' - using the qualification of 'technical-know-who' rather than 'technical-know-how'. That's why technically all RTM presentations are so damned lousy technically (even in this modern state-of-the-art technology already here years ago) as well RTM has no taste at all in their arts and performance.
SAM SEMAUN
Labels: Belit RTM
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments