Zainuddin Mydin replied, "Ee...eee..e...eee..you can ask Utusan...ee.....eee.e.ee.eeooo..oo.. people buy Newspaper more....ee...oo..e.ooo..during pilihanraya."
Mar 21, 2008
Did online media, blogs & smses influenced voting?
Labels: Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mar 12, 2008
Zam: Ada pakatan ambil alih negara
Malaysiakini
Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin mendakwa wujud segolongan muda yang cuba mengambil alih pucuk kepimpinan negara secara terurus dan terancang menerusi pilihanraya umum lepas untuk perubahan politik secara mendadak.
Rancangan itu bagaimanapun gagal kerana dipatahkan oleh tsunami politik yang berlaku, tambahnya hari ini seperti laporan Bernama.
"Tsunami politik" merujuk pada ketewasan besar-besaran BN sehingga hilang lima negeri dan juga gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihanraya Sabtu lepas.
Zainuddin tidak menyebut nama kumpulan, individu atau modus operandi "golongan muda yang cuba mengambil alih pucuk kepimpinan negara secara terurus dan terancang menerusi pilihanraya umum" dalam dakwaannya itu.
Bagaimanapun, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dipercayai sedang membariskan bakat-bakat baru untuk memastikan sokongannya semakin kuat dalam Pemuda Umno apabila lebih 40 peratus calon BN baru-baru terdiri daripada pergerakan itu.
Penyusunan barisan pemimpin baru ini penting sebagai persiapan pemilihan Pemuda yang diadakan serentak dengan pemilihan pucuk pimpinan Umno tahun ini.
Khairy, kini naib ketua Pemuda, disebut-sebut sangat berminat merebut jawatan ketua pergerakan itu.
Kelmarin mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab ringkas isu kekalahan calon-calon muda BN dengan mengaitkannya dengan Khairy.
"Memang ada khabar-khabar angin bahawa sebahagian calon-calon ini (orang) Khairy dan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir apabila diminta mengulas tentang calon-calon muda BN yang tewas.
Beliau malah menyalahkan Khairy sebagai punca ketewasan besar BN akibat pengaruhnya pada Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah hari ini dilaporkan menafikan Khairy mempengaruhinya.
Bercakap kepada media di Angkasapuri pagi tadi, Zainuddin dilaporkan berkata tsunami politik itu ada hikmahnya kepada Umno dan memberi pengajaran besar kepada kepimpinan negara.
"Setiap tragedi politik yang menimpa Umno dan rakyat, ia membawa hikmah, membuka fikiran dan penggemblengan semula kepimpinan Umno dan kesedaran rakyat bagi muhasabah diri.
"Ia juga untuk meletakkan semula kepimpinan Umno kepada jalan yang dihasratkan oleh rakyat, sekalipun ia adalah suatu yang amat berat untuk dilakukan," Zainuddin dipetik sebagai berkata
Zainuddin tewas di kerusi parlimen Sungai Petani. Pada 2004 beliau menang di kerusi Merbok.
No2umnO - ZAM ... cuba terus terang sikit
Labels: Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bad political advice and bad advertising
wangsamajuformalaysia
Keng Yaik hits the spot by commenting in The Star that bad political advice was partly the cause to BN's losses. Whilst this pointed a lot to Khairy's fault, it was clear that Keng Yaik was either holding back his horses or missed the main point. Read on.
One cannot deny that this Elections hold one of BN's worst advertising campaigns. Billboards proclaim loudly of BN's 'proven delivery mechanism'; BN's 'manifesto' of 'security', 'peace' and prosperity; and the 'safety promise'. The public knows these are all akin to lies and the billboards became a big joke in our everyday life. Thanks for entertaining us, PM. Yes, the political advice was bad and the advertising campaign was the worst. The advertising was self-defeating- it highlighted all the promises that failed to be delivered under the Badawi administration during the last 4 years. The billboards, TV and radio adverts reminded the public the undelivered deliverables for a solid 2 weeks.
Badawi should kick himself in the head for operating in a vacuum and allowing such an advertising campaign be launched. It was not just bad political advice, but bad judgment and leadership on Badawi's part for allowing this to happen. So Keng Yaik missed the big picture- it wasn't just bad advice, it was bad leadership as well. It's quite expected for BN and BN component parties not to be holistic anyway.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 23, 2008
BODOHNYA MAMAT NIHHH .....
Zainuddin sangkal media berat sebelah
MStar
ALOR STAR: Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyangkal dakwaan parti pembangkang bahawa media membuat laporan yang berat sebelah sedangkan mereka juga menggunakan media sebagai saluran untuk mempromosikan diri masing-masing.
Katanya senario itu menunjukkan keyakinan mereka terhadap media tetap wujud walaupun pada masa sama mendakwa media tidak memberi peluang dan keadilan yang saksama kepada mereka.
"Apa yang boleh kita agak, selepas pembangkang kalah mereka akan kata pilihan raya berjalan tanpa amalan demokrasi yang sewajarnya dan tidak adil.
"Sebaliknya kerajaan akan terima apa jua keputusan kecuali yang menyalahi undang-undang," kata Zainuddin kepada pemberita selepas mengisi borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar "Sri Mentaloon" di sini hari ini, Sabtu.
Labels: Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 22, 2008
SETELAH DI DESAK, RTM HENTIKAN TAYANGAN CLIP PROPAGANDA
RTM Stops Video Clip On Anwar Ibrahim
SUNGAI PETANI, Feb 22 (Bernama) -- Radio Television Malaysia (RTM) has stopped airing the video clip on the demeanours of Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim beginning last night.
Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin said the decision to stop showing the video clip followed the protest made by a group of PAS members.
He said RTM had received a memorandum from the group led by PAS Central Committee member Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali and had given appropriate consideration in stopping the airing of the video clip.
"Besides receiving the memorandum, we had stopped the showing of the video clip because we believe the people had seen it and knew about the various demeanours of the opposition party advisor," he told reporters after attending a `tahlil' at Masjid Bedong, near here today.
The video clip showed Anwar's demeanours in delivering sermons at the mosques as well as showing him performing his singing and dancing skills.
Zainuddin said, however, the video clips showing the violence occurring at street demonstrations would be shown until the nomination day.
"After the nomination day, we will not use the television to show all his demeanours because the people had already seen them," he said.
He said PAS should not be angry at the showing of the video clips because staging street demonstrations was one of the activities carried out by the party.
"We only show what they want and PAS itself supports the street demonstrations," he said.
Zainuddin said almost 90 per cent of the viewers, especially the Chinese community, were angry at the demonstrations which they described as inconveniencing the public.
Labels: Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 16, 2008
MAHU GADAI NEGARA ATAU GADAI BN?
Jangan Gadaikan Masa Depan Negara, Kata Zainuddin
SUNGAI PETANI, 16 Feb (Bernama) -- Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum bukan bumiputera memainkan peranan yang amat berkesan dalam membela nasib kaum masing-masing di dalam kerajaan, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
"Peranan parti-parti seperti MCA, MIC dan Gerakan selama ini sudah terbukti mampu mewakili suara masyarakat Cina dan India di dalam kerajaan BN," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini malam tadi.
Sehubungan itu, Zainuddin menasihati rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dengan menyokong parti-parti pembangkang.
Katanya suara rakyat pelbagai kaum sentiasa didengar oleh kerajaan BN.
No2umnO - Kita sudah lama gadai negara pada BN. Hasilnya .... minyak mahal, barangan dapor naik harganya, yuran sekolah bertambah tambah, pemimpin semakin kaya, tanah kerajaan jadi milik pemimpin, pembahagian kekayaan tidak sama rata, rasuah menjadi jadi, jenayah semakin meningkat, keselamatan tidak terjamin, anak kecil di dalam bahaya, bangsa tergadai sama, bahasa Melayu semakin pupus.
Apa lagi mau? Mahu gadai negara pada BN atau kita gadai BN? Kalau aku ..... dari gadai negara lebih baik gadai BN pada Yahudi agar disana BN boleh buat jalanraya, masjid kristal, tamaddun Islam, RTM, TV3, Utusan Malaysia. Tengok apa boleh BN buat di ISRAEL ...... Cukup la tu. ..... Tak cukup kaya lagi ke? Ingat ini Malaysia lu orang punya ka?
Labels: Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 8, 2008
ZAM CAKAP BERBELIT BELIT MACAM HAPRAK
Rakyat Tidak Akan Terpedaya Dengan Hasutan Pembangkang - Zam
SUNGAI PETANI, 7 Feb (Bernama) -- Usaha parti pembangkang terutama DAP menghasut rakyat supaya membantu parti itu menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-12 akan datang tidak akan mendapat sokongan rakyat, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
Beliau berkata rakyat negara ini tidak mudah dihasut apatah lagi untuk menukar kerajaan yang berjaya memerintah sehingga semua kaum dapat hidup dengan aman, makmur, bersatu padu dan maju.
"Pembangkang begitu terdesak sehingga mereka sanggup memperalatkan rakyat," katanya kepada pemberita pada program bersama masyarakat dan penyampaian bubur Asyura di Flet Paya Nahu, di sini, hari ini.
Beliau mengingatkan rakyat mengenai muslihat parti pembangkang yang sanggup menggunakan apa saja peluang untuk menarik rakyat menyokong mereka walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) tidak pernah menindas mana-mana kaum di negara ini.
Mengenai peranan Kementerian Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam hal ini, Zainuddin berkata agensi di bawah kementerian itu sentiasa menjelaskan kepada rakyat isu semasa yang diputarbelitkan oleh pembangkang.
Katanya RTM akan terus tegas sebagai stesen penyiar yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara dengan menyiarkan berita benar dan bukan bercorak propaganda.
Deyyy Thambi Zam, ini apa?
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 26, 2008
Kenapa Mamak Zam Cak Kun Cak?
The Antics of Husin Lempoyang
Bernama melaporkan Zam menafikan lagu M Nasir, Seloka Cak Kun Cak, yang mengandungi perkataan "BERSIH" diharamkan. Ia menjawab tuduhan Lim Kit Siang di Parlimen.
Masaalahnya, apabila lagu atau lakunan artis kena "gam", mana ada surat rasmi atau pengumuman rasmi dikeluarkan oleh sesiapa? Kadang-kadang agak susah nak percaya penafian rasmi ini. Berapa banyak Si Dolah menafi dan menyatakan sesuatu yang terang-terang pembohongan? Kalau Si Dolah kuat bohong, inikan pula si Zam yang bukan ulamak macam Si Dolah...
Pada Husin, kalau lagu dan macam-macam bahan media mahu diharamkan pasal dalam lirik ada perkataan "BERSIH", itu kira tidak matang, tak masuk akal dan ketinggalan zaman. Pilih mana satu.
Hari minggu ni, ada pulak kumpulan PROTES nak tunjuk perasaan di KLCC petang, adakah akan digam perkatan "PROTES" dari buku-buku, majallah, drama dan wayang? Nasib baik jarang tak banyak cerita dan lagu Melayu pasal cerita protes.
Bayangkan perkataan melePAS diharamkan. Berapa banyak falem P Ramlee yang lucu-lucu kena gam. Video itu mustahak nak melalaikan anak-anak dari merengek nak ikut, bila mak bapak nak keluar rumah atas urusan.
Macam mana pula kalau DAPat diharamkan? Tiga suku bahan-bahan media, multimedia, buku-buku dan laporan-laporan kerajaan dalam bahasa Melayu kena gam.
Jika USAh sensitif untuk didegamra, semua drama TV Melayu yang mendapat tajaan dari Fab dan Breeze akan digam. Mak ai ... itu lembu tunai (cashcow) untuk RTM.
Sekarang ni, orang peka politik pantang sebut SINGAPURA. Selagi Dolah, Khairy dan Kalimullah bermaharajalela, tidaklah digam bahan-bahan yang tertulis nama negara itu. Kalau digam juga, hampir semua wayang hitam putih klasik Melayu tutup di buat di Studio Shaw Brother di Jalan Ampas, Singapura. Astro kena tutup satu channel Melayu dan tak ada lagi "cerita Melayu" di stesyen TV RTM.
Janganlah jangan jadi bodoh bangau, Zam. Apa sebenarnya yang menjadi sensiviti telinga Zam atau bosnya si Dolah? Mari kita dengar dulu lagunya
Labels: Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 20, 2008
ZAM MAMAK TAK KISAH ARTIS BUKA BAJU
dalam pada itu, berlainan pula dengan Menteri MAMAK ZAM,Buka baju: 8TV sekat royalti Faizal
Utusan Meloya
SHAH ALAM 19 Jan. – Pengurusan stesen 8TV mengambil keputusan menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas penyanyi Faizal Tahir yang mencetuskan kontroversi aksi buka bajunya pada konsert stesen televisyen berkenaan, Ahad lepas.
Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, segala pendapatan yang diterima oleh Faizal menerusi syarikat rakaman yang dinaunginya, Monkey Bone Records Sdn. Bhd., serta syarikat pengurusan kerjaya seninya, 8 Unit akan disekat untuk tempoh masa yang akan ditetapkan.
Tiga rancangan hiburan 8TV yang digantung dari bersiaran secara langsung sepanjang tempoh itu ialah One In A Million 2, American Idol 7 dan Project Superstar
Selain 8TV yang dikenakan hukuman itu, Faizal juga digantung daripada muncul dalam sebarang program siaran langsung berbentuk hiburan di stesen televisyen itu selama tiga bulan bermula tarikh yang sama.
RTM tidak gam Faizal Tahir
Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Penyanyi kontroversi yang menanggalkan baju pada konsert stesen televisyen 8TV Ahad lalu, Faizal Tahir tidak akan dihalang untuk tampil mengadakan persembahan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, tindakan menghalang Faizal adalah tidak wajar kerana penyanyi itu telah pun dihukum dengan pengharaman persembahan secara langsungnya di stesen-stesen TV swasta selama tiga bulan.
“Kita tidak menghalang Faizal untuk membuat persembahan di RTM asalkan mematuhi etika yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Di dalam ZAM MAMAK berlembut dengan Faizal, Zahid hamidi pula mengambil kesempatan memberi ingatan
Artis Dan Stesen Televisyen Perlu Ambil Iktibar, Kata Ahmad Zahid HamidiNo2umnO - 8TV Marah kerana gara gara sifat tidak bermaruah Faizal, mereka telah dikenakan hukuman. Lantas sebarang royalti turut ditahan. Jesteru itu, Zahid Hamidi pula memberitahu bahawa tindakan penggantungan tersebut memberi pengajaran kepada artis dan syarikat penyiaran yang lain. Dan yang pelik, ZAINUDDIN MAIDIN, menteri penerangan Malaysia, membenarkan Faizal untuk membuat persembahan di dalam RTM. Anda nilaikan sendiri bagaimana berceranggahnya tindakan semua pihak dan nilaikan sikap Double Standard MAMAK ZAM. Benar lah, Di RTM, Penceramah mengajar agama pun boleh di GAM, tapi yang berbogel separuh tubuh masih boleh terus ditonton. Ini lah akibatnya sikap menteri yang membuat keputusan dipengaruhi pemikiran POLITIK. Musuh politik walaupun tutup aurat dan tubuh tetap kekal musuh. Biar pun berbogel atau separuh telanjang, selagi tidak keji kerajaan, mereka tetap kawan.
SHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) -- Stesen televisyen 8TV dan penyanyi Faizal Tahir perlu menerima hukuman yang dikenakan dengan fikiran terbuka kerana ia bukan bertujuan menzalimi mana-mana pihak, sebaliknya untuk memberi pengajaran.
Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan yang terhadap kedua-dua pihak itu bertujuan bagi memastikan agar perkara tersebut tidak berulang di masa hadapan.
"Apa yang dilakukan oleh Faizal Tahir adalah melampaui budaya dan tatasusila ketimuran," katanya dalam sidang media selepas majlis Simposim Usahawan Asnaf Selangor anjuran bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMNS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di sini, Sabtu.
Labels: Belit media, Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 19, 2008
ZAM MERAPU LAGI
Kesal pihak salah guna kebebasan media
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin kesal terhadap sesetengah pihak yang didapati menyalahgunakan kebebasan media untuk memburuk-burukkan negara.
Menurut beliau, pihak terbabit terutamanya media milik pembangkang dilihat lebih gemar melakukan pembohongan daripada melaporkan segala usaha kerajaan dalam memartabatkan negara.
“Apa yang kita (kerajaan) lakukan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat tidak dilaporkan.
“Sebaliknya, mereka melakukan pembohongan dengan memburuk-burukkan negara,” katanya pada majlis sepetang bersama media di sini, malam ini.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan beberapa ketua pengarang kumpulan media.
Zainuddin berkata, segala pembohongan yang dilakukan bukan sahaja merendahkan imej negara tetapi menghakis nilai kewartawanan dan media.
Jelasnya, lebih memburukkan keadaan, selain menyalahgunakan kebebasan akhbar, ada juga yang dilihat dipengaruhi pemikiran Barat sehingga ingin mengikis nilai budaya setempat melalui penulisan masing-masing.
“Ini satu perkara yang tidak wajar dilakukan kerana media sememangnya mempunyai pengaruh tersendiri,” tambahnya.
Labels: Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments