KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

MAHU GADAI NEGARA ATAU GADAI BN?

Jangan Gadaikan Masa Depan Negara, Kata Zainuddin

SUNGAI PETANI, 16 Feb (Bernama) -- Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum bukan bumiputera memainkan peranan yang amat berkesan dalam membela nasib kaum masing-masing di dalam kerajaan, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.

"Peranan parti-parti seperti MCA, MIC dan Gerakan selama ini sudah terbukti mampu mewakili suara masyarakat Cina dan India di dalam kerajaan BN," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Zainuddin menasihati rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dengan menyokong parti-parti pembangkang.

Katanya suara rakyat pelbagai kaum sentiasa didengar oleh kerajaan BN.

No2umnO - Kita sudah lama gadai negara pada BN. Hasilnya .... minyak mahal, barangan dapor naik harganya, yuran sekolah bertambah tambah, pemimpin semakin kaya, tanah kerajaan jadi milik pemimpin, pembahagian kekayaan tidak sama rata, rasuah menjadi jadi, jenayah semakin meningkat, keselamatan tidak terjamin, anak kecil di dalam bahaya, bangsa tergadai sama, bahasa Melayu semakin pupus.

Apa lagi mau? Mahu gadai negara pada BN atau kita gadai BN? Kalau aku ..... dari gadai negara lebih baik gadai BN pada Yahudi agar disana BN boleh buat jalanraya, masjid kristal, tamaddun Islam, RTM, TV3, Utusan Malaysia. Tengok apa boleh BN buat di ISRAEL ...... Cukup la tu. ..... Tak cukup kaya lagi ke? Ingat ini Malaysia lu orang punya ka?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive