KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

UTUSAN MALAYSIA BERBOHONG LAGI !!!

Berita Harian menjelaskan tentang lapuran TIDAK TEPAT ... atau BERBOHONG Utusan Malaysia tentang lawatan kerja YAM AGONG.


Penjelasan dari Istana Negara
bharian

KUALA LUMPUR: Istana Negara semalam menjelaskan laporan Utusan Malaysia, kelmarin mengenai Kisah Di Sebalik Pembubaran yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berlepas bercuti ke luar negara sebagai tidak tepat.

Dalam satu kenyataannya, Istana Negara menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong bukannya bercuti ke luar negara, sebaliknya berangkat melakukan lawatan kerja ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Dimaklumkan bahawa Seri Paduka sudah berangkat melakukan lawatan kerja ke Abu Dhabi bagi menyambut jemputan Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan untuk menyertai pertandingan The President of United Emirates Endurance FEI pada 16 Februari (hari ini).

“Keberangkatan Seri Paduka baginda ke UAE adalah sebagai memenuhi syarat bagi melayakkan baginda menyertai World Endurance Championship 2008 yang akan diadakan di Malaysia, tahun ini,” kata kenyataan itu.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asalnya bercadang untuk membubarkan Parlimen, minggu depan.

Namun, disebabkan Tuanku Mizan dijadual berlepas ke luar negara, cadangan itu diubah bagi membolehkan Perdana Menteri mendapatkan perkenan Seri Paduka, kelmarin.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive