KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

BIMBANG BERSAING, ANNUAR TOLAK TENGKU RAZALEIGH DARI SENARAI

Tengku Razaleigh Hamzah gugur dari calon BN?
Harakahdaily
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Hrkh) - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dijangka digugurkan dari senarai calon Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Sumber yang rapat dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa memberitahu, dalam senarai yang dihantar kepada Presiden Umno, nama Tengku Razaleigh tidak disenaraikan.

Kelazimannya Perhubungan Umno Kelantan akan membincangkan senarai calon-calon yang diangkat oleh Umno Bahagian, bagaimanapun kali ini tiada langsung perbincangan mengenai calon.

"Yang kita tahu, hanya pengumuman Annuar yang mengatakan senarai calon BN Kelantan sudah disubmit kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Bila mesyuarat pun kita tak tahu," kata seorang Ketua Bahagian yang namanya bakal digugurkan.

Antara yang sudah pasti digugurkan ialah Dato' Zaid Ibrahim, Ahli Parlimen Kota Bharu yang didakwa terbabit dalam politik wang dan digantung tugasnya sebagai Ketua Bahagian sebelum ini.

Menurut sumber, Umno Gua Musang hanya mengangkat satu sahaja nama sebagai calon Parlimen, namun keputusan mutlak ditentukan Abdullah Badawi.

Bagaimanapun, ada desas desus sebelum ini dikatakan, Tengku Razaleigh akan dibawa bertanding ke kerusi Dewan Undangan Negeri, kononnya hendak dipergunakan sebagai umpan rakyat Kelantan memilih BN menggantikan PAS.

Khabarnya, Annuar Musa sendiri tidak pernah bersetuju dengan cadangan pihak tertentu dalam Umno, kerana jika BN menang, sudah tentulah Sultan Kelantan akan memilih Tengku Razaleigh sebagai Menteri Besar.

"Kami diberitahu, Tengku Razaleigh tidak berminat kerusi Dun, kerana beliau lebih banyak meluangkan masa di Kuala Lumpur," kata seorang AJK Umno Bahagian.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh dikatakan tidak diberikan peluang bertanding kali ini kerana pemimpin veteran Umno itu merupakan satu-satunya pemimpin yang berani menjadi calon Presiden menentang Abdullah.

Antara alasan lain dikatakan, Tengku Razaleigh sudah 40 tahun mewakili kawasan tersebut, dan sudah sampai masanya beliau digantikan.

"Rakyat Kelantan lebih menghormati Tengku Razaleigh dari Annuar Musa, sebab itu Annuar gagal menjalankan tugasnya kerana dibayangi ketokohan Tengku," kata seorang bekas Ahli Parlimen dari Umno. - mr/wann.

No2umnO - Begini lah sikap UMNO. Di dalam berperang dengan pembangkang, dalam UMNO pun bergolak. Bimbang jawatan MB di sapu Tengku Razaleigh, maka nama TEngku di gugurkan. Tamak dan galoba, gila kuasa ..... memang UMNO lah jaguhnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive