KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

RAMAI TENTERA SENGAL TANGAN KETIKA MUSIM PILIHANRAYA

Anggota komando dari Rejimen Renjer Diraja (10 Briged Para) dengan karbin Colt M4A1 yang dilengkapi dengan sistem SOPMOD.

FAKTA PILIHANRAYA KE 12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Feb. (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Jumlah pemilih 10,922,139
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik 30
Kos pilihan raya RM200 juta
Jumlah pekerja SPR149,000
Pekerja sokongan 50,000

Jumlah undi pos adalah 2.024% dari jumlah yang layak mengundi. Nampak tak ramai tetapi memang ramai apabila jumlah ini boleh membantu mana mana kawasan yang dirasakan tidak selamat buat BN untuk menang. Lokasi tumpuan taburan undi pos adalah ke kawasan 'favourite' kepimpinan Barisan Nasional.

Undi pos digunakan ketika hutan negara terdapat ramai komunis. Tentera darat mengundi di dalam hutan, tentera Udara mengundi kat atas udara dan tentera laut mengundi di lautan luas sekeliling Malaysia. Dan sekarang pun masih ada saki baki komunis yang tidak keluar dari hutan menyebabkan undi pos masih terus digunakan lagi.

Pada musim pilihanraya, tiada tentera di jalanraya atau pejabat kerna semua nya berada di hutan. Mereka mencari komunis sampai dapat di dalam hutan.

Ramai antara kakitangan dan anggota tentera yang tidak pernah melihat kertas undi kerana mereka mengundi ketika tidur. Tidak percaya? Tanya saudara saudara kita yang terdekat dan soal, "PERNAH KAH MEREKA MENGUNDI?"

Ramai juga kakitangan dan anggota tentera yang bertugas di pejabat mengalami sengal sengal tangan ketika musim pilihanraya. Tak tau apa puncanya. Kena tanya mereka sendiri.

Negara sudah maju. Sistem pilihanraya kita masih ditahap yang lama. Kononnya untuk mengembalikan nostalgia ketika musim kemerdekaan dulu. Kalau BN memerintah, biar pun 20 tahun lagi, sistem undi POS akan terus digunakan kerana ia penting. Kalau tidak susah anggota tentera nak keluar dari hutan tebal di negara kita. Berdoa lah agar negara kita maju dan hutan semuanya sudah ditebang dan ketika itu lah undi pos tiada lagi ..... mungkin.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive