KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

HANYA 2 MELAYU? Ramai lagi kotttt.....

Dua Melayu dalan senarai 10 paling kaya di Malaysia
klpos.com
Sabtu, 16 Februari 2008

HANYA ada dua orang Melayu dalam senarai 10 paling kaya di Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhkary dan Tan Sri Azman Hashim.

Manakala Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, T. Ananda Krishnan, demikian menurut majalah Malaysian Business.
Majalah itu dalam keluaran 16 Februari meletakkan kekayaan Kuok sebanyak RM58.11 bilion, yang menyumbang hampir 36 peratus daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya.

Taikun itu menambah RM25.7 bilion ke dalam kekayaannya tahun lepas, berikutan harga ekuiti meningkat.

Bagaimanapun, ia berkata, kekayaan Ananda Krishnan mencatatkan penurunan sedikit kepada RM19.63 bilion.

Sementara itu Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Corporation Bhd, buat pertama kalinya memahat nama dalam tiga kedudukan teratas dengan harta RM14.94 bilion.

Biarpun hanya ada dua orang Melayu, secara keseluruhannya, Syed Mokhtar membaiki kedudukannya dari tempat ke tujuh ke tempat kelima manakala Azman Hashim kali pertama memasuki senarai 10 orang paling kaya di Malaysia.

Tahun lepas, hanya Syed Mokhtar orang Melayu yang tersenarai.

No2umnO - Sejak zaman Mahathir lagi bangsa Melayu sudah ramai yang kaya. Sekarang mungkin sudah ada yang bergelar billionaire. Bukan seorang tapi pasti ramai lagi. Senarai yang tertera adalah senarai billionaire Melayu yang berniaga. Kalau dicampur dengan senarai "AHLI POLITIK yang BILLIONAIRE" mungkin lebih ramai lagi ..... Ada yang takut nak masuk nama tu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive