KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label PKR bergolak. Show all posts
Showing posts with label PKR bergolak. Show all posts

Jun 26, 2008

Bukti wang S'gor masuk akaun PKR

selangor 100 days stadium 210608 anwarmalaysiakini - [...] Mohd Yahya Mat Sahri, yang meletakkan jawatannya itu Isnin lepas, dikatakan membuat pendedahan itu dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

"Beliau (Yahya) juga mengakui membawa wakil PAS dalam mesyuarat (tentang akaun tersebut)," kata beberapa pemimpin parti yang turut hadir kepada Malaysiakini.

Wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor, kata sumber-sumber, "dipindahkan kepada akaun PKR negeri kerana Pakatan belum mempunyai akaun tersendiri."

Akaun itu dipercayai wujud sejak kempen pilihanraya umum Mac lalu sebelum parti itu, bersama DAP dan PAS, berjaya merampasnya daripada BN.

Cara PKR mengendalikan wang derma itu dilaporkan dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, khususnya exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang mengetuai jawatankuasa sambutan tersebut.

Menurut menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mengakui wujud pemindahan wang tersebut Isnin lalu, jawatankuasa sambutan itu turut disertai oleh Yahya dan beberapa pegawai kerajaan negeri.... selanjutnya.

no2umno - memang dah di jangka, semua ini ada kaitannya .....

Adik Anwar letak jawatan 24 jam

anwar ibrahim pc 120508 01malaysiakini - [...] Saudara kandung Anwar, yang tidak dinamakan, menyerahkan surat meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam, kata sumber-sumber PKR.

Tindakan adiknya dibuat setelah ditegur oleh penasihat PKR itu bagi mengelakkan tugasnya di syarikat itu "mencemarkan imej" beliau dan parti, kata mereka.

Sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini hari ini, Anwar tidak tahu-menahu mengenai pelantikan adiknya itu sehinggalah beberapa hari lalu.

Selain memaksa adiknya meninggalkan tugasnya di KDEB, menurut sumber-sumber lagi, Anwar juga memaklumkan perkara itu kepada menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka bagaimanapun tidak mengetahui jawatan atau tugas sebenar adik Anwar di syarikat senaraian awam itu.

"Beliau diambil bekerja dan tidak salah untuk bekerja (di KDEB) tetapi Anwar tidak mahu ia merosakkan imej parti," kata sumber-sumber sewaktu diminta mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor semalam. ... selanjutnya.

KUASA GHAIB PKR

bebaskutu - Hari Ahad yang lalu Saudara Yahya Sahri telah digantung tugas beliau. Menurut pembacaan politik saya yang dangkal dan tidak pernah dipandang oleh mana-mana pucuk pimpinan, perkara ini ada seseorang yang mempengaruhi TS Khalid Ibrahim. Beliau adalah seorang yang rapat dengan Saudara. Saya rasa tuduhan saya ini tidak terlalu melulu kerana mengenali beliau dan cara politik beliau dan bagaimana beliau mencincang Kabilah ABIM di Kemaman, saya tak syak lagi bahawa insan yang terlibat di belakang pemecatan ini adalah Saudara Azmin Ali.Bukan tuduhan melulu, tetapi ada beberapa fakta yang boleh mengaitkan Saudara Azmin dalam hal ini.

1. Saudara Azmin memang sangat kecewa apabila tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Ini sangat diketahui oleh kami yang berada di dalam Bahagian Gombak.
2. Saudara Yahya Sahri adalah satu-satunya watak yang dapat mengimbangi Saudara Azmin di dalam negeri Selangor.
3. Saudara Yahya Sahri adalah antara satu-satunya survival dalam penyembelihan anggota ABIM di Mesyuarat di Kemaman.
4. Saudara Azmin Ali memang mencuba untuk menyusun oang-orang beliau di dalam Keadilan dan juga dalam pemerintahan negeri. Pengganti Yahya Sahri adalah org beliau yang telah lama tidak aktif dalam Keadilan dan cuma muncul selepas kemenangan KeADILan di dalam PRU 12.... selanjutnya.

Anwar dah basuh semuanya?

Gelora PKR Selangor: Ada cahaya di hujung terowong
klpos - Ada cahaya dihujung terowong; begitulah kata sumber KLpos.com, mengenai hasil mesyuarat Biro Politik PKR dengan Ketua-Ketua Bahagian PKR Selangor.

Menurut sumber tersebut, semuanya selesai dalam keadaan aman damai.

Dalam kata lain, desakan untuk meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan ditarik balik.

"Anwar dah basuh semua, nampaknya sehingga kini okay, tidak tahu la kalau esok lusa ada cerita baru," kata sumber terbabit.

Sementara itu, Mstar melaporkan, Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula pukul 9.00 malam semalam dipercayai membincangkan kemelut kepimpinan yang dihadapi parti itu di Selangor.

Menurut sumber, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat tertutup itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Kira-kira 45 minit selepas mesyuarat itu bermula, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat meninggalkan bangunan Pejabat PKR.

Bagaimanapun jurucakap PKR memberitahu media bahawa ahli mesyuarat PKR menetapkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang dibincangkan.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR serta ketua-ketua Bahagian PKR.

Krisis Kuasa Selangor

gelanggangjebat - [...] Masing-masing berhujah bahawa mereka sama-sama berjuang dari era 98 hingga kini, sama-sama disembur gas pemedih mata, dipukul dengan belantan dek kerana mempertahankan perjuangan. Dan bilamana berjaya, mereka ini ibarat di lupakan. Jebat ingin bertanya, apa motif kalian berjuang? Untuk mendapat jawatankah atau untuk keadilan, ketelusan rakyat? Jika untuk jawatan, maka sia-sialah perjuangan kalian. Tidak ada bezanya kalian dengan anjing-anjing pengampu BN dan UMNO. Bila diberi jawatan, setia tidak bertempat; bila tidak diberi jawatan, maka akan menyalak malahan akan menggigit tuan. Adakah semua orang politik begini? Hanya retorik dalam perjuangan.

3) Penyaluran duit sumbangan ke akaun PKR
Ini harus disiasat, walaupun Ezam yang menyalak, namun PR harus bertindak. Jangan dibiarkan anjing baru UMNO ini menyalak. Seharusnya kerajaan negeri menubuhkan satu akaun khas yang mengumpulkan dana-dana ini. Tidak salah bagi Jebat jika digunakan untuk PKR namun, ia harus menjurus kepada kemaslahatan rakyat Selangor. Atas nama kerajaan negeri. Jebat tahu bahawa MB akan berbuat yang terbaik untuk rakyat kerana Jebat masih yakinakan ketulusan MB, namun jangan biarkan keyakinan ini terhakis dek keseronokan dan kealpaan dalam memimpin.... selanjutnya.

Jun 25, 2008

So UMNO Ma!

kickdefella - 22 PKR Division Heads or Representatives gathered from noon until 7pm to voice dissatisfaction to Dato’ Seri Anwar Ibrahim but failed to do so. The reason is only one and they want to voice their dissatisfaction of as some members do not made the selection for local councillors by Tan Sri Khalid, the Selangor MB


.... selanjutnya.

Setiausaha 3 PKR Selangor digugurkan

marhaen - Timbalan Setiausaha 3 Badan Perhubungan PKR Selangor, Arijan Osman digugurkan dari Jawatannya berkuatkuasa hari ini.

Arahan SMS dari Khalid Ibrahim

"Salam, minta keluar notis pengerusi perhubungan selangor panggil mesy perhubungan tergempar khamis 26 jun 8 mlm kediaman rasmi mb. Jgn sertakan hj yahya dan arijan krn mrk dah letak jawatan - arahan mb"
Berita ini disahkan oleh Arijan Osman ketika dihubungi melalui telefon bimbit dan berita ini sudah tersiar di website keadilan selangor.

Menurut Arijan, beliau belum menghantar surat perletakan jawatan. Khalid mendahului saya", jelas Arijan yang juga Setiausaha PKR Bahagian Kuala Selangor.

Terdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan PKR Selangor, Hj Yahya Saari meletakkan jawatan berikutan penggantungan kerja sebagai Pegawai Khas MB Selangor dan sebagai S/U Perhubungan.

Jun 24, 2008

PKR buka pekung, siapa yang untung?

Radenjowo
Sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional keseluruhannya. Sedang berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. PKR pula sedang usaha untuk menjatuhkan parti nya sendiri. Baru berusaha untuk merubah pemerintahan kepada yang lebih telus, ada pihak yang mahu mengembalikan bentuk pemerintahan UMNO di Selangor. Sila rujuk pendedahan berikut dari orang yang mungkin terlalu bijak berpolitik.

 KONSPIRASI JATUHKAN YAHYA: KHALID TIADA WIBAWA [ibnukhuzaimah]
tranungkite - [...] Beberapa persoalan perlu dijawab oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengapa dia sendiri tergopoh gapah mengambil tindakan kepada Yahya Sahri?

Ini bermakna tidak ujud langsung collective concencus dalam membuat keputusan. Khalid sendiri sering berkata, dia membuat keputusan. Biasanya keputusan Khalid tidak boleh diubah. Dari dulu hingga sekarang.

Jelas, dan nyata, cara pengurusan CEO Negeri Selangor ini adalah “Self Centered”, autokratik dan memaksa. Dalam jangkamasa yang panjang, kaedah pengurusan Khalid dalam menguruskan negeri ini akan makan dirinya sendiri. Ini sudah terbukti dalam beberapa keputusan yang dibuatnya sebelum ini.

Mengapakah tidak didedahkan siapa sebenarnya disebalik laporan yang berjaya memangsakan Yahya Sahri?

Pelapor Utama : Remy Iskandar – Pekerjaan : Tarik kereta Rosak/kemalangan – Kadar literasi : Tidak tahu menulis dan membaca. Hubungan dengan TSKI : Anak saudara (mengikut pengakuan Remy Iskandar dan disahkan oleh Hajiman Ibrahim, adik Tan Sri Khalid.

Tok Dalang : Haji Hajiman Ibrahim – Pekerjaan : Akauntan. Ahli PAS yang kini melompat masuk PKR. Tersenarai sebagai calon Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan Ketua Kampong.

Hajiman telah memanggil Remy dan mengarahkannya membuat laporan BPR apabila mendapat salinan kepala surat dari pejabat Menteri Besar. Siapa yang berikan surat kepada Hajiman?

Sebelum peristiwa ini berlaku Remy beberapa kali memberitahu bahawa Hajiman ada dokumen termasuk dokumen penyelewengan kawasan pasir di Daerah Hulu Langat yang melibatkan seorang lagi Pegawai Khas MB, Haji Mustafa.

Baru-baru ini dilaporkan seorang lagi pegawai Menteri Besar di Ijok terlibat dengan pengeluaran pasir di kawasan Kuala Selangor.

Mengapa Hajiman tidak tampil kehadapan membuat laporan akan perkara ini.

Apakah pemberatan yang diambil oleh Khalid, berapa kali kah Biro Politik PKR bersidang untuk membuat keputusan menggantong Yahya dari tugas. Apakah keputusan ini keputusan perkhidmatan, keputusan politik, atau keputusan peribadi atau satu konspirasi?... selanjutnya.
Umno jatuh kerana UMNO. UMNO tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kejatuhannya. Tapi sekurang kurangnya UMNO berjaya memerintahan selama 51 tahun. Kerana itu aku memuji kerajaan PAS negeri Kelantan yang berjaya menghadapi semua masalah dengan tenang. Semuanya kerana niat. TEringat aku ketika pemergian Menteri Besar TG Nik Aziz ke UMRAH baru baru ini. Berdesas desus berita angin tentang pengganti dan kalau tidak ditangani dengan sempurna dari semua pihak, sudah pasti masalah lebih besar bakal berlaku. Kononya HUsam Musa marah. Itu cuma berita angin dan semuanya selesai dengan sempurna sehingga kepulangan TG Nik Aziz ke tanah air ....

Merujuk kepada artikel di atas, jelas menunjukkan penulis mempunyai tugasan yang cukup hebat untuk membongkar semua perkara. Tapi terlupa ... siapa yang beruntung dari pendedahan ini? Adakah Khalid, ,Yahaya Shaari, rakyat Selangor ataupun UMNO? Korang pikirkan betapa ceteknya tindakan diorang bila berhadapan dengan masalah dalaman. Sedangkan semua perkara boleh ditangani dengan baik. Kenapa tidak bertemu dengan DS ANwar sebelum sebarang tindakan protes di buat? Sungguh kasihan. PAS berjuang selama lebih 50 tahun, PKR berjuang baru 10 tahun. Susah untuk berjaya, mudah untuk kecewa. So .... PKR korang ada otak, pakai. PKR tak jatuh kerana UMNO atau MIC. PKR akan jatuh kerana ahlinya sendiri. Jangan salahkan orang lain. Ubah sebelum parah.

Apa apa pun. pujian untuk PAS dan TG Nik Aziz ....... Takbir !!!

Posting terkini

Blog Archive