KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Yahaya Shaari. Show all posts
Showing posts with label Yahaya Shaari. Show all posts

Jul 2, 2008

Penjelasan Yahya Shaari

Di dalam blog nnora75reform, menerusi artikel DESAKAN MB SELANGOR LETAK JAWATAN, Yahya Shari memberikan penjelasan tentang perletakan jawatan beliau ... korang baca ...

ysp said...

Sdr serta teman-teman yg dikasihi, beberapa penjelasan perlu saya berikan kerana semua yg sdr berikan komen banyak tidak kepada fakta yg tepat.

1.Keputusan TSKI gantung tugas saya telah diumumkan kepada mesy Biro Politik PKR pada 18 Jun 2008(maklumat ahli biro politik)TSKI juga telah mengumumkan penganti Pegawai Khasnya yg baru (iaitu Sdr Zahir Hasan)

2.TSKI telah hantar SMS pada saya 22 Jun 2008 jam 9.45 pagi nyatakan saya digantung tugas.Kenyataan telah dibuat dalam Malaysia kini telah menyatakan Yahya Sahri digantung tugas bagi memudahkan siasatan BPR dibuat.(BPR telah menyiapkan siasatan pada 11 jun) kenyataan TSKI juga telah keluar dlm beberapa Media menyatakan tiada Isu yg berbangkit mengenai soal Rasuah.(utk makluman pihak SUK telah dimaklumkan oleh pihak BPR mengenainya)

3.Mengenai perjumpaan di DSQ pd 22 jun 2008,pertemuan ini diatur oleh teman-teman saya yang bertalu-talu inginkan penjelasan maka saya kata saya sedia buat penjelasan, cuma saya semua mohon tiada media, sebab kesan akan terlalu burok.(saya nyatakan ini hanya sesi penjelasan bukan sesi meraih simpati, sebab saya jelaskan isu saya boleh pertahankan sendiri)

4.Utk makluman pejabat SUK menghubungi saya sendiri menyatakan terkejutnya tindakan TSKI mengantung tugas saya sedangkan sepatutnya SUK melalui satu jawatankuasa perlu dibentuk bagi membincangkan apakah tindakan yg perlu diambil sekiranya ada kes yg melibatkan saya.(menurut pej SUK tindakan TSKI silap, lebih-lebih lagi SUK dah terima penjelasan drp pihak BPR)

5.Ada yg tanya Yahya Sahri tu pernah ikut demo, jadi reformis..yg tanya rasanya...Nora, Husband Nora..ahli persatuan Usaha, ahli Ikrar takada yg saya tak kenal..dan tak ada yg tak kenal Yahya Sahri rasanya lah..., cuma saya bukan orang yg keluar masuk lokap macam yg lain...sebut mana demo yg saya tak ikut..dan demo mana yg saya tidak terlibat..saya tak ditangkap sebab saya masa kecil dulu dah diajar..BUAT APA SAHAJA..TAPI JGN SAMPAI KENA TANGKAP..KLU KENA TANGKAP MAKANYA KURANG CERDIK.

6.Sebelum dan semasa saya dipejabt MB ramai reformis datang mohon pelbagai pertolongan...tanya husband Nora(hairi), tanya Said, tanya Sdr Ramlan, Tanya Abu Mirdad, tanya Abg Jalil..serta ramai lagi le (klu sdr Omar Tan masih hidup dia boelh jawap banyak).(jgn kata saya tidak bantu sebelum saya duduk pejabt MB pun saya bantu ramai reformis, cuma saya bukan jenis bising-bising,(ramai yg katanya pinjam duit tapi sampai sekarang tak bayar pun ramai - tapi saya dah halalkan)saya orang buat kerja bukan banyak cakap, boleh tanya semua Ketua Bahagian, Ketua AMK, Ketua Wanita, juga Ahli PKR Selangor).

6.Wah ada juga yg pandai cakap macam ahli MPT tahu saya baling fail, itu kenyataan yg salah (saya hanya pernah meninggalkan mesyuarat kerna kurang bersetuju dengan keputusan) saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti
pada tahun 2001-2003 kerana saya dah mohon cuti drp Presiden dan Setiausaha Agunng kerana saya sambung belajar)

7.Ramai ahli PKR yg telah saya bantu utuk peroleh lesen niaga, lesen, kontrak, kewangan serta juga tak kurang yg dpt pinjaman bank serta pelbagai lagi itu sebelum saya ada jawatan di Pej MB.

8.Sdr Jamil Kuching kertas cadangan sdr masa saya di pej MB saya dah baca, tengah tunggu giliran untuk dibentangkan pada pertemuan dgn MB.(ada lebih 300 kertas cadangan yg sampai utk dibentangkan)
8.Saya akur dan sangat menghormati DSAI maka saya setuju untuk tidak bertindak diluar lingkungan parti.Maka pertemuan dgn DSAI pada 24 Jun 2008 seterusnya mesyuarat perhubungan selangor pada 25 jun 2008 menjelaskan segalanya. Saya bersam TSKI setuju dengan saranan DSAI.

9.Sdr serta para reformis, sekiranya ada apa-apa isu adalah lebih baik kita rujuk serta dapatkan penjelasan..seandainya ada yg ingin bercakap tel saya 019-2576397 atau email ysp3737my@yahoo.com.

Derma: Ada kes terhadap Yahya

malaysiakini - Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini terdapat kes prima facie terhadap bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri berhubung usaha memungut wang derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat kes itu diperolehinya daripada pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Ja'afar Mahad dalam satu pertemuan petang semalam.

"Pengarah BPR Selangor ... melaporkan terdapat kes prima facie berkaitan salah guna kemudahan pejabat menteri besar untuk meminta derma sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Dalam sidang medianya petang ini, Abdul Khalid berkata penggunaan kepala surat pejabat menteri besar berada di luar pengetahuannya.

Tambahnya, pengarah BPR juga memberitahunya, pegawai tugas-tugas khas itu menggunakan modus operandi yang sama dalam dakwaan awal berhubung isu pengagihan kontrak dan tender pembuangan sampah di Petaling Jaya.... selanjutnya.
no2umno - Gua di beritahu ... ramai antara ahli PKR yang ditemui menyatakan bahawa Yahaya Shari adalah pemimpin PKR yang jujur dan boleh di percayai. Ramai yang terkejut apabila perkara ini berlaku. Ada antara sebab di terima adalah terdapatnya pengaruh luar. Diberitahu bahawa beberapa makhluk pelik berada bersama pemimpin ini dan antara nya adalah usahawan dan kontraktor kontraktor UMNO yang dahulunya bersama UMNO dan tiba tiba berubah menjadi PKR. Berubah parti bukan kerana ikhlas tapi kerana peluang. Kelibat manusia manusia pelik ini jelas kelihatan ketika ahli ahli PKR berkampung di Quality Hotel, baru baru ini. Benar atau tidak, Itu gua tak tau, tapi patutnya sendiri mau pikir la.

Jun 27, 2008

Semuanya tidak benar - Yahya Shaari

malaysiakini - [...] "Tidak ada akaun kedua yang dibuka untuk tujuan itu, tiada transaksi dan tidak ada pungutan wang,” katanya, yang meletakkan jawatan tersebut dan setiausaha perhubungan PKR negeri, Isnin lalu.

"Kenyataan menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Datuk Dr Hassan Ali dan (bekas pemimpin kanan PKR) Ezam (Mohd Nor) tidak benar," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas dakwaan pesuruhjaya PAS itu bahawa partinya tidak diberitahu mengenai pungutan wang daripada syarikat swasta untuk menjayakan majlis sambutan tersebut, 20 Jun lalu.

Kelmarin, Ezam mendakwa pejabat menteri besar Selangor telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

"Ada syarikat yang beritahu saya mengenai perkara tersebut dan saya akan tunjukkan surat itu," katanya ketika berceramah di Sungai Besi di ibu negara, Rabu lalu.

Yahya berkata, majlis sambutan 100 hari itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, urusan kewangan untuk program tersebut juga tanggungjawab kerajaan negeri.

"Memang pada peringkat awal, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan program tersebut tetapi ia dibatalkan dan diberikan kepada kerajaan negeri.... selanjutnya.

berita terdahulu - Dr Hassan tidak tahu 'tabung politik'

Muafakat Dicapai, Kepimpinan Khalid Terus Didukung

anwaribrahimblog

Malam tadi saya, Syed Husin Ali, Azmin bersama dengan Tan Sri Khalid, ketua bahagian dan ahli perhubungan, Ahli Parlimen dan DUN Selangor mengadakan mesyuarat khas.

Alhamdulillah mesyuarat berakhir dengan muafakat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor, menghargai jasa dan khidmat Sdr Yahya.

Sementara difaham keperluan Yahya membersihkan namanya, sumbangan beliau kepada KeADILan khususnya di Selangor masih diperlukan.

Saya kagum dengan semangat dan komitmen rakan-rakan di Selangor. InshaAllah segalanya akan lebih lancar kelak.

ANWAR IBRAHIM

PKR,Siasat Hubungan Yahya & Ezam SEGERA!

perisikrakyat - [...] Yang pertama ialah laporan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan terbabit,susulan dari laporan tersebut,pihak BPR telah melakukan siasatan dipejabat MB Khalid & dalam masa tak sampai seminggu siasatan pun selesai.bagaimanapun laporan hasil siasatan tersebut masih belum dibentangkan sampai sekarang.

Mengikut kenyataan media dari "sipembuat laporan",laporan dibuat berdasarkan "bukti-bukti kukuh & dokumen-dokumen berkaitan disertakan sekali dalam semasa laporan dibuat...sekarang masih tak selesai lagi...kenapa???tak cukup bukti atau tak ada bukti???

Individu yang terlibat pulak digantung tugasannya oleh MB Khalid selama 1 bulan tetapi individu tersebut bertindak meletak jawatan serta merta.alasannya - "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".kenapa alasannya begitu???

Fikir balik...Yahya yang dituduh salahguna kuasa tetapi kenapa pulak Yahya yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan Khalid?sepatutnya kalau dikira lojik - Khalid gantung tugasan Yahya kerana hilang keyakinan terhadap kreadibiliti Yahya!betul tak?semacam ada "twist in" dalam hal ni...siapa yang "twist"?Yahya atau Khalid?... selanjutnya.

Jun 26, 2008

Bukti wang S'gor masuk akaun PKR

selangor 100 days stadium 210608 anwarmalaysiakini - [...] Mohd Yahya Mat Sahri, yang meletakkan jawatannya itu Isnin lepas, dikatakan membuat pendedahan itu dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

"Beliau (Yahya) juga mengakui membawa wakil PAS dalam mesyuarat (tentang akaun tersebut)," kata beberapa pemimpin parti yang turut hadir kepada Malaysiakini.

Wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor, kata sumber-sumber, "dipindahkan kepada akaun PKR negeri kerana Pakatan belum mempunyai akaun tersendiri."

Akaun itu dipercayai wujud sejak kempen pilihanraya umum Mac lalu sebelum parti itu, bersama DAP dan PAS, berjaya merampasnya daripada BN.

Cara PKR mengendalikan wang derma itu dilaporkan dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, khususnya exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang mengetuai jawatankuasa sambutan tersebut.

Menurut menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mengakui wujud pemindahan wang tersebut Isnin lalu, jawatankuasa sambutan itu turut disertai oleh Yahya dan beberapa pegawai kerajaan negeri.... selanjutnya.

no2umno - memang dah di jangka, semua ini ada kaitannya .....

Gantung Yahya bukan konspirasi - MB

mohd yahya mat sahri pc ceramah 230608 01malaysiakini - [...] "Saya tidak tahu ada konspirasi tapi kalau konspirasi maknanya tak adalah fakta yang boleh dinyatakan. Ini adalah satu fakta yang jelas.

"Kalau macam tu BPR (Badan Pencegah Rasuah) termasuk dalam konspirasi ini," katanya mengulas dakwaan berhubung penggantungan Mohd Yahya selama dua bulan mulai Isnin lalu.

Pemimpin PKR itu, yang digantung tugasnya sebagai pegawai tugas-tugas khas Abdul Khalid susulan siasatan dakwaan salah guna kuasa, telah meletakkan jawatan pentingnya itu.

Beliau juga melepaskan jawatan sebagai setiausaha badan perhubungan PKR negeri.

Menurut laporan Bernama semalam, Abdul Khalid berkata pegawai itu digantung tugas bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan dalaman secara tertib dan teliti.... selanjutnya.

Jun 25, 2008

ACA forwards probe report to prosecutors

Yahya Sahri is alleged to have written supporting letters for cleaning and garbage contracts to be awarded to certain companies.

Yahya Sahri is alleged to have written supporting letters for cleaning and garbage contracts to be awarded to certain companies.

nst - The Anti-Corruption Agency has yet to decide whether to charge Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's special officer, Yahya Sahri, with alleged abuse of power in the awarding of cleaning contracts.
Selangor Anti-Corruption Agency director Jaafar Ma'ahad said investigations had been completed into the matter with a report forwarded to the agency's prosecution division.

"It's up to them to charge him or not," he said.

It had earlier been reported that the ACA probe had discovered Yahya had been guilty of "improper conduct" and not of involvement in wrongdoing.

Yahya had been alleged to have written supporting letters for cleaning and garbage collection to be awarded to several companies in Petaling Jaya.
Meanwhile, Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Nazri Aziz, said in Parliament yesterday that the ACA had not completed investigations in the matter.

"I understand that the case is still under investigation and that there is no official statement from the agency that investigations to the matter had been completed," he said in a response to Rembau MP Khairy Jamaluddin.... selanjutnya.

Kleptocrats in PKR too

maverickysm - Whether it is Umno or keADILan, they are still the same.

In Malaysia, we citizens must come to accept the reality of a thing, and have self-consciousness in that simple thing.

This elite group of people, they are in Umno and they support Umno, for just one reason - the 3Ps: Power, Position, & Projects.

They don't get it, they will turn the table on their leaders. It is their core values, pure culture, and the very essence of the thing they call ketuanan; it wasn't intended to make others slaves; it was only objectively intended that they must be bestowed with the 3Ps.

The same people from Umno, is also the same people in keADILan, albeit some.

The day Khalid Ibrahim becomes MB is also the same day his machais had presumed that they had been bestowed with the 3Ps. They start to become the new demi-gods; they start to act in hole-liness; they start cari makan, cari lubang, and cari agent; they start to sell projects, giving supporting letters in the name of the Minister so as to apply undue influence in the name of efficiency and necessity.... selanjutnya.

Terlajak kata buruk padahnya

Kita tengok apa kata Yahaya Shaari selepas ini ... rujuk berita awal


MSTar - [...] Yahya yang dihubungi lewat petang memberitahu mStar Online, beliau tidak akan menarik balik pendiriannya yang tidak percaya dengan kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Selepas meletakkan jawatan sebagai pegawai petugas khas, saya akan tumpukan jentera parti sahaja.

"Hasil perbincangan saya dengan Anwar petang ini adalah positif," kata beliau sambil menambah, Anwar juga telah mengadakan pertemuan dengan Khalid selepas pertemuan itu.

Yahya yang digantung tugas selama dua bulan meletakkan jawatan melalui suratnya yang telah dikirim melalui faks kepada Khalid semalam.

Sementara itu, di pekarangan pejabat PKR di sini, kira-kira 17 Ketua Bahagian PKR Selangor hadir bagi menyerahkan tuntutan berkaitan rasa tidak puas hati mereka berhubung soal pengagihan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri oleh Khalid.

“Tidak dinafikan bukan hanya masalah pengagihan jawatan yang dipertikaikan, tetapi mereka mahu kebajikan ahli-ahli PKR yang setia dengan parti sejak mula ia ditubuhkan dibela,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrul Amin Bahron ketika ditemui pemberita.... selanjutnya.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kerusi roda, pun masih boleh diundur, tapi kalau terlajak kata ... buruk padahnya.

Ribut PKR dah reda

Anwar nampaknya berjaya menyejukkan suhu yang panas di dalam PKR. Pada wak ini semua kerja budak budak kecil. Otak ada kalu .... kena pakai..

kanyataan dari DS Anwar ...

anwaribrahimblog
KeADILan Selangor Tidak Tergugat Dengan Dakyah Media Umno-BN

Maka bertebaranlah desas desus kononnya KeADILan Selangor dilanda kemelut. Media Umno-BN terus memainkan peranan mereka.

Alhamdulillah saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah al Munawwarah. Kemudian saya turut ngobrol panjang dengan Sdr Yahya Sahri sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik.

Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai. InshaAllah saya akan turut hadir dalam mesyuarat KeADILan Negeri Selangor malam nanti.

ANWAR IBRAHIM
berita lain
Sekilas Isu Yahya Shaari [becok]
Anwar Usah Layan Yahya Shaari [msomelayu]
Lanjutan Isu Pegawai MB Selangor Mungkin Digantung Tugas [mindakembara]
Remy Iskandar ahli PKR? [lagiberita]
News of thrills and confusions. [ramlidap]

Dua jam pertemuan Anwar-Yahya

malaysiakini - [...] Dalam pertemuan itu, katanya dalam sidang media selepas itu, beliau turut mengemukakan beberapa tuntutan bahagian PKR hasil satu mesyuarat beberapa hari lalu.

Beliau juga mengemukakan cadangan untuk menambahbaikkan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, Yahya menjelaskan tiada keputusan dicapai dalam pertemuan empat mata dengan Anwar.

Keputusan berhubung tuntutan-tuntutan itu akan dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri, yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid, dalam masa terdekat.

Yahya, yang telah meletakkan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan PKR negeri dan pegawai tugas-tugas khas menteri besar semalam, akan hadir bersama Anwar di mesyuarat tersebut.

Tarikhnya bagaimanapun tidak dimaklumkan.

Sebelum itu, kira-kira 3 petang, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Dr Badrul Amin Baharom mengumumkan kepada orang ramai termasuk wartawan bahawa pertemuan Anwar dengan Yahya tidak diadakan di pejabat itu.

Beliau, yang juga ketua bahagian Sabak Bernam, berkata Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid selepas berjumpa Yahya.... selanjutnya.

no2umno - Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya. Jangan sangka orang berjanggut cukup dewasa. Don't judge a book by it's quality paper. Judge it by the salesgirl. Yang aku peliknya, boleh lak si Yahaya tutup mulut selepas jumpa Anwar. Kalau dia buat cam ni awal awal lagi, tak der la rosak nama PKR.

Bila surat letak jawatan dah bagi....sekarang satu jawatan kosong kat SUK. Aku tengah siapkan resume. Tok Khalid ... ni wak nak interview. Kah kah kah ..... Yang !!! Tolong gosok baju abang !!!

Jun 24, 2008

PKR buka pekung, siapa yang untung?

Radenjowo
Sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional keseluruhannya. Sedang berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. PKR pula sedang usaha untuk menjatuhkan parti nya sendiri. Baru berusaha untuk merubah pemerintahan kepada yang lebih telus, ada pihak yang mahu mengembalikan bentuk pemerintahan UMNO di Selangor. Sila rujuk pendedahan berikut dari orang yang mungkin terlalu bijak berpolitik.

 KONSPIRASI JATUHKAN YAHYA: KHALID TIADA WIBAWA [ibnukhuzaimah]
tranungkite - [...] Beberapa persoalan perlu dijawab oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengapa dia sendiri tergopoh gapah mengambil tindakan kepada Yahya Sahri?

Ini bermakna tidak ujud langsung collective concencus dalam membuat keputusan. Khalid sendiri sering berkata, dia membuat keputusan. Biasanya keputusan Khalid tidak boleh diubah. Dari dulu hingga sekarang.

Jelas, dan nyata, cara pengurusan CEO Negeri Selangor ini adalah “Self Centered”, autokratik dan memaksa. Dalam jangkamasa yang panjang, kaedah pengurusan Khalid dalam menguruskan negeri ini akan makan dirinya sendiri. Ini sudah terbukti dalam beberapa keputusan yang dibuatnya sebelum ini.

Mengapakah tidak didedahkan siapa sebenarnya disebalik laporan yang berjaya memangsakan Yahya Sahri?

Pelapor Utama : Remy Iskandar – Pekerjaan : Tarik kereta Rosak/kemalangan – Kadar literasi : Tidak tahu menulis dan membaca. Hubungan dengan TSKI : Anak saudara (mengikut pengakuan Remy Iskandar dan disahkan oleh Hajiman Ibrahim, adik Tan Sri Khalid.

Tok Dalang : Haji Hajiman Ibrahim – Pekerjaan : Akauntan. Ahli PAS yang kini melompat masuk PKR. Tersenarai sebagai calon Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan Ketua Kampong.

Hajiman telah memanggil Remy dan mengarahkannya membuat laporan BPR apabila mendapat salinan kepala surat dari pejabat Menteri Besar. Siapa yang berikan surat kepada Hajiman?

Sebelum peristiwa ini berlaku Remy beberapa kali memberitahu bahawa Hajiman ada dokumen termasuk dokumen penyelewengan kawasan pasir di Daerah Hulu Langat yang melibatkan seorang lagi Pegawai Khas MB, Haji Mustafa.

Baru-baru ini dilaporkan seorang lagi pegawai Menteri Besar di Ijok terlibat dengan pengeluaran pasir di kawasan Kuala Selangor.

Mengapa Hajiman tidak tampil kehadapan membuat laporan akan perkara ini.

Apakah pemberatan yang diambil oleh Khalid, berapa kali kah Biro Politik PKR bersidang untuk membuat keputusan menggantong Yahya dari tugas. Apakah keputusan ini keputusan perkhidmatan, keputusan politik, atau keputusan peribadi atau satu konspirasi?... selanjutnya.
Umno jatuh kerana UMNO. UMNO tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kejatuhannya. Tapi sekurang kurangnya UMNO berjaya memerintahan selama 51 tahun. Kerana itu aku memuji kerajaan PAS negeri Kelantan yang berjaya menghadapi semua masalah dengan tenang. Semuanya kerana niat. TEringat aku ketika pemergian Menteri Besar TG Nik Aziz ke UMRAH baru baru ini. Berdesas desus berita angin tentang pengganti dan kalau tidak ditangani dengan sempurna dari semua pihak, sudah pasti masalah lebih besar bakal berlaku. Kononya HUsam Musa marah. Itu cuma berita angin dan semuanya selesai dengan sempurna sehingga kepulangan TG Nik Aziz ke tanah air ....

Merujuk kepada artikel di atas, jelas menunjukkan penulis mempunyai tugasan yang cukup hebat untuk membongkar semua perkara. Tapi terlupa ... siapa yang beruntung dari pendedahan ini? Adakah Khalid, ,Yahaya Shaari, rakyat Selangor ataupun UMNO? Korang pikirkan betapa ceteknya tindakan diorang bila berhadapan dengan masalah dalaman. Sedangkan semua perkara boleh ditangani dengan baik. Kenapa tidak bertemu dengan DS ANwar sebelum sebarang tindakan protes di buat? Sungguh kasihan. PAS berjuang selama lebih 50 tahun, PKR berjuang baru 10 tahun. Susah untuk berjaya, mudah untuk kecewa. So .... PKR korang ada otak, pakai. PKR tak jatuh kerana UMNO atau MIC. PKR akan jatuh kerana ahlinya sendiri. Jangan salahkan orang lain. Ubah sebelum parah.

Apa apa pun. pujian untuk PAS dan TG Nik Aziz ....... Takbir !!!

'Panas' di Pejabat Anwar...

klpos - KLpos.com dimaklumkan perbincangan antara Ketua-Ketua Bahagian PKR Selangor bersama Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim 'panas'.

Menurut sumber perbincangan yang diadakan di pejabat Anwar Ibrahim di Seksyen 16 Petaling Jaya itu dipenuhi dengan suasana 'seram-sejuk'.

Antara yang hadir adalah bekas pegawai kanan kepada Menteri Besar Selangor, Yahya Shahri yang dikatakan masih 'keliru' dengan beberapa perkembangan berhubung kes pengantungan beliau.

Pagi semalam, Khalid mengumumkan penggantungan jawatan Yahya selama dua bulan berkuat kuasa serta-merta berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Pada sebelah petangnya, Yahya mengirimkan surat perletakan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Selangor kerana hilang keyakinan terhadap Khalid.
no2umno - Selesai lah cara baik. bukan menentang UMNO, ini sesama parti. Belum apa apa ...dah buat protes, siap banner dan poster.. Semangat reformasi tak habis lagi ke? Kalau berbincang cara baik, nama pun boleh jaga, maruah pun terpelihara. Ada otak pakai .....

Anwar Usah Layan Yahya Shaari

yahya sahrimsomelayu - KEJADIAN Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shaari disiasat oleh BPR kerana dikatakan telah menyalahgunakan kuasa meluluskan tander punggut sampah dalam Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) bakal menimbulkan masalah kepada PKR Selangor jika ianya tidak diselesai dengan baik.

Semalam pegawai berjanggut renggah ( jarang) itu telah pun melepaskan jawatan sebagai Pegawai Khas selepas beliau menerima surat penggantungan jawatan itu. Beliau nampaknya tidak puas hati dengan tindakan penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu.

Tindakan beliau melepas jawatan itu betul, kerana mesej pengganggung itu sendiri ialah untuk memberi isyarat agar beliau melepas jawatan dengan baik apabila beliau disiasat oleh BPR. Dan nampaknya beliau peka dengan isyarat berkenaan.

Namun perkembangan selepas itu nampaknya kurang sihat dan tidak mencerminkan tindakan mereka yang pernah menimba pengalaman dari gerakan Islam.

Ahli PKR harus memahami sebaik-baiknya mengenai isu ini. Ada dua isu yang timbul dalam hal ini. Penggantungan alias pemecatan pegawai berkenaan dan siasatan oleh BPR. Apa yang kena faham kenapa pegawai itu digantung ialah kerana beliau disiasat oleh BPR. Siasatan belum selesai lagi walaupun MB pada suatu masa cuba membela dan melindungi aib pegawai itu dengan mengatakan siasatan sudah selesai dan tidak ada kes.

Teryata siasatan belum selesai lagi dan masih berjalan. Kalau sudah selesai dan pegawai itu tidak bersalah kenapa beliau digantung?

Maka wajar kalau pegawai itu digantung untuk membolehkan siasatan berjalan dengan lancar. Selain itu untuk menjaga integriti Kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak sesuai sangat kalau orang yang disyaki rasuah berada di dalam pejabat sebuah kerajaan bersih dan telus seperti pejabat MB Selangor itu. Keadaan itu samalah pencuri yang berada di bawah ketiak alim ulama.... selanjutnya.

Yahya Saari "Calar" Imej PKR.

atranungkite - [...] Saya tidak mengatakan bahawa Yahya bersalah dalam hal ini.saya juga tidak mengatakan bahawa Yahya telah terlibat dengan rasuah bila saya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh MB Khalid.tetapi jika saya berada ditempat MB Khalid,saya juga akan mengambil tindakan yang serupa.mana-mana penjawat yang disiasat WAJIB digantung dahulu dari menjalankan tugasan.

Langkah ini bagi saya ialah semata-mata untuk memudahkan siasatan & mengelakkan dari "tertuduh" dituduh cuba menghilangkan dokumen atau mengubah dokumen semasa menjalankan tugasan.ini juga dapat mengelakkan dari "tertuduh" dituduh mengganggu tugasan penjawat awam.tinggalkan dahulu pejabat & kerja-kerja rasmi & biarkan BPR melakukan siasatan tanpa gangguan.berani kerana benar,takut kerana salah.

Saya percaya jika langkah ini tidak diambil,pembangkang Selangor akan menimbulkan berbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi suasana & nama baik kerajaan pimpinan PKR.musuh tidak pernah lupa pada kita & mereka sentiasa menunggu kita membuat kesilapan & kadang-kadang kita lupa musuh sentiasa memerhatikan kita & menunggu kita membuat kesilapan.

Pada Yahya & para penyokongnya,suka saya nasihatkan supaya bersabar & bersikap matang.tidak ada gunanya anda mengambil keputusan yang gopoh begini.ingat pada perjuangan anda.anda berjuang untuk rakyat,bukan untuk perut anda.apa ada pada kedudukan,jawatan & pangkat seandainya kepercayaan dari rakyat hilang?

Perbuatan yang tergopoh-gapah & tergesa-gesa begini tak lebih sebagai mencalar imej PKR.waktu berkempen pilihanraya kita bercakap soal "ketuanan rakyat" tetapi bila jadi begini anda lupa pada perjuangan "ketuanan rakyat" yang anda bawa.rakyat melihat keputusan yang anda ambil hari ini bukan kerana membela rakyat,tetapi kerana jawatan anda.

Kalau benar Yahya tak bersalah,terima sahaja penggantungan tersebut & biarkan BPR melakukan siasatan mereka supaya cepat selesai.lebih cepat penyiasatan selesai,lebih cepat nama anda dapat dibersihkan.ini bukan soal jawatan,kepentingan,jasa anda pada parti atau balasan terhadap jasa anda pada parti...ini soal intergriti,soal kepercayaan rakyat,soal tanggungjawab.perlu berfikir secara rasional bukan emosional.... selanjutnya.

no2umno - wa ingat Hassan Ali kena tarbiah diorang ni satu persatu. Biar senyap sikit, pikir guna otak, bukan guna parti.

Yahya undur, 'tidak yakin Khalid'

malaysiakini - [...] Abdul Khalid pada sebelah pagi mengumumkan penggantungan jawatan Yahya - yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa dua minggu lepas - sebagai pegawai kanannya berkuatkuasa hari ini selama dua bulan.

Abdul Khalid semalam mengirim mesej SMS kepada Yahya memaklumkan tindakan yang bakal diambilnya hari ini bagi mengelakkan pegawainya itu "terperanjat."

Dalam ucapannya di depan hampir 200 penyokong di kediamannya di Seksyen 4 Shah Alam malam ini, Yahya juga mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya sebagai ketua perhubungan PKR Selangor.

Yahya mencadangkan jawatan itu diserahkan kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditemui Malaysiakini selepas ucapannya kira-kira jam 10 malam, Yahya berkata beliau telah bercakap dengan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berhubung tindakan penggantungan terhadapnya dan kedudukannya itu.

Menurutnya, ahli parlimen Permatang Pauh itu mencadangkan beliau bertemu sendiri dengan Anwar.

Beliau dijadual bertemu penasihat parti itu di pejabatnya jam 2 petang esok dan dipercayai akan membawa "beberapa tuntutan."... selanjutnya.

no2umno - Jangan kecohkan keadaan. Baru penggantungan ..... kalau melonjak cam ni, UMNO ketawa puas hati. Masuk perangkap ........ korang baca lapuran terakhir dari MB selangor ...

"Kita tulus, kita kena buat dengan betul. Kalau pegawai itu tidak bersalah maknanya dia akan diambil balik untuk bekerja, kalau bersalah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Abdul Khalid menambah, siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar".
Sejibik cara halimey. Bila tempat Halimey di gantikan, kecoh satu malaya. Sekarang ni ada lagi. Takke haru tu. Semua orang pun tahu. Secalit najis kat muka dan lepas ni nak terus buat kerja. Aduuuhhh.... Kikiskan otak UMNO korang.

Posting terkini

Blog Archive