greenboc - [...] Kedua-dua ahli parlimen berkenaan, Datuk Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan dan Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menafikan mengenai dakwaan bahawa beliau adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat.
Walau apapun riaksi yang diberikan terhadap tulisan GB yang bersifat "spekulatif" semalam, sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang MP berkenaan agak tenang dan lansung tidak menampakkan mereka menggelabah malah menghormati dan memperakui kebebasan blogger seperti yang dinyatakan oleh Datuk Saifuddin dan tersiar di dalam MSTAR
"Beliau bagaimanapun tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel itu kerana menghormati hak sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan masing-masing.
Apa yang dimuatkan di dalam artikel itu, katanya, hanyalah spekulasi politik dan ia tidak mengandungi ungkapan yang memburuk-burukkan beliau secara peribadi."
... selanjutnya.
Jul 3, 2008
Terima kasih kepada semua..
Labels: greenboc, Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 2, 2008
Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP
tranungkite - (...) Sebenarnya isu ini adalah isu yang bersifat lokal yang tidak perlu perdebatan panjang. Menteri Besar Perak berpeluang untuk menghadap Sultan Perak dan mempersembahkan aduannya terhadap perilaku Pengarah berkenaan yang didakwa tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri.
Sekalipun hal ehwal agama Islam adalah tertakluk di bidang kuasa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, namun dari segi perlaksanaannya amatlah janggal untuk sebuah majlis yang tidak memberikan kerjasama kepada sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
Apakah salah dan dosa Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya, YAB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaladdin kepada hal-ehwal agama Islam negeri Perak selama ini yang menyebabkan beliau tidak mendapat kerjasama sewajarnya dari sebuah majlis yang berada di bawah pentadbiran kerajaan pimpinannya sendiri?
Apa hal di majlis sambutan maulud nabi yang lalu, Jabatan Agama Islam Perak menafikan hak Menteri Besar untuk membuat ucapan selaku seorang Menteri Besar? Mengapa di dalam hal-hal sedemikian, Jabatan Agama Islam masih lagi bertaut di dalam kemelut politik balas dendam hanya semata-mata UMNO telah tewas di dalam pilihanraya yang lalu?
Saya amat yakin bahawa Sultan Perak dan baginda Raja Muda Perak juga bukanlah terdiri dari kelompok monarki yang menidakkan hak dan kedaulatan rakyat. Malah di dalam banyak segi rakyat Perak khususnya dan negara amnya telah terhutang budi dengan sikap dan pandangan Sultan Perak dan Raja Muda selama ini yang menyimpang dari sikap dan pandangan kebanyakan raja-raja dan raja muda Melayu. more...
Labels: greenboc, Jaip, PERAK Govt
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 23, 2008
Ahli Parlimen PAS dan Blog
Greenboc - Seringkali seorang wakil rakyat akan menjadikan "kesibukan melawat kawasan" sebagai alasan lantaran tidak mempunyai masa mnengemaskinikan blog. Sedangkan rakyat yang ingin menemuinya di rumah seringkali pula kecewa dan gagal kerana "YB seringkali tidak ada di rumah". Waktu malam pula YB "sibuk dengan ceramah" atau "jangan ganggu, YB baru nak bersama dengan ahli keluarganya atau dengan orang rumah!"
Dengan sebab itu rakyat mengharapkan malah lebih selesa YB-YB ini "ditemui" di blog mereka. Jika tidak kenapa wujudkan blog? - tanya mereka. Dan sementelah lagi jika tidak di blog bagaimana lagi hendak menghubungi YB ini yang sering sahaja sukar untuk di temui di alam nyata?
Yang ingin kita tonjolkan di sini ialah sejauhmana wakil-wakil rakyat yang terpilih terutama ahli-ahli parlimen menggunakan internet sebagai wadah untuk berinteraksi dengan rakyat di kawasannya.
Dan skop pembicaraan di sini hanya kepada ahli parlimen PAS yang 23 orang itu.
Daripada 23 ahli parlimen darpada PAS ini, hanya 8 orang yang mempunyai blog iaitu 34.8%. Dan daripadanya pula hanya dua orang wakil rakyat (8.7%) yang ada mengemaskinikan blog masing-masing iaitu Hj Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan Dr Lo'lo Mohd Ghazali (Titiwangsa) sementara yang lain tidak pun dikemaskini lebih dua bulan.
Mendukacitakan apabila pelayar web mendapati blog Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS (Salehuddin Ayob dan Mahfuz Omar) telah dibiarkan bersawang sejak beberapa tahun lamanya!
Tiada kesungguhan di kalangan ahli parlimen yang telah menang ini untuk memperdalami bidang yang telah memberikan mereka kemenangan!
Jika menteri-menteri dan ahli parlimen parti pemerintah sering dijadikan sasaran kerana buta dan malas pula belajar IT, kita berharap YB-YB dari PAS ini tidak sedemikian sifat dan sikap mereka. more...
diantara blog milik Pakatan Rakyat
Gombak Setia (PAS) - Datuk Dr Hassan Ali
Salor (PAS) - Husam Musa
Cempaka (PAS) - Iskandar Abdul Samad
Bandar Baharu (PAS) - Yaakub Husin
Kubang Rotan (PAS) - Mohd Nasir Mustafa
Subang Jaya (DAP) - Hannah Yeoh
Sikamat (PKR) - Aminuddin Harun
Batu Burok (PAS) - Dr Syed Azman
Paroi (PAS) - Mohd Taufek Abd Ghani
Bukit Lanjan (PKR) - Elizabeth Wong
Seri Andalas (PKR) A.X.Jayakumar
Selat Kelang (PAS) Dr Halimah Ali
Titi Serong (PAS) Drs Khalil Idham Lim
Bukit Gasing (DAP) Edward Lee
Lembah Jaya (PAS) Khasim Abdul Aziz
Pandamaran (DAP) Ronnie Liu
Seri Setia (PKR) Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Hulu Kelang (PAS) Saari Sungip
Bangi (PAS) Dr Shafie Abu Bakar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
