KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 2, 2008

Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP

atranungkite - (...) Sebenarnya isu ini adalah isu yang bersifat lokal yang tidak perlu perdebatan panjang. Menteri Besar Perak berpeluang untuk menghadap Sultan Perak dan mempersembahkan aduannya terhadap perilaku Pengarah berkenaan yang didakwa tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Sekalipun hal ehwal agama Islam adalah tertakluk di bidang kuasa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, namun dari segi perlaksanaannya amatlah janggal untuk sebuah majlis yang tidak memberikan kerjasama kepada sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

Apakah salah dan dosa Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya, YAB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaladdin kepada hal-ehwal agama Islam negeri Perak selama ini yang menyebabkan beliau tidak mendapat kerjasama sewajarnya dari sebuah majlis yang berada di bawah pentadbiran kerajaan pimpinannya sendiri?

Apa hal di majlis sambutan maulud nabi yang lalu, Jabatan Agama Islam Perak menafikan hak Menteri Besar untuk membuat ucapan selaku seorang Menteri Besar? Mengapa di dalam hal-hal sedemikian, Jabatan Agama Islam masih lagi bertaut di dalam kemelut politik balas dendam hanya semata-mata UMNO telah tewas di dalam pilihanraya yang lalu?

Saya amat yakin bahawa Sultan Perak dan baginda Raja Muda Perak juga bukanlah terdiri dari kelompok monarki yang menidakkan hak dan kedaulatan rakyat. Malah di dalam banyak segi rakyat Perak khususnya dan negara amnya telah terhutang budi dengan sikap dan pandangan Sultan Perak dan Raja Muda selama ini yang menyimpang dari sikap dan pandangan kebanyakan raja-raja dan raja muda Melayu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive