KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 5, 2008

ROSUL JANJI PAHALA KALAU UNDI BN

UNDI BN DAPAT PAHALA!!
dppkt.wordpress.com

Februari 2008, Sabtu, Kuala Berang- “Sesiapa yang mengundi dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum nanti akan mendapat pahala, sebaliknya orang yang mengundi calon Pas tidak mendapat sebarang ganjaran.” Kata Rosol Wahid ketika berucap merasmikan Kursus Tahsin Al Quran Peringat Daerah Hulu Terengganu 2008 di perkarangan Masjid Kampung Nasi Dingin.

Ucapan Dato’ Rosul Wahid yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu merupakan ucapan yang serius dan berbaur kesesatan. DPPKT menyeru agar Dato’ Rosul menarik balik ucapannya kerana ia boleh menyesatkan orang awam khususnya rakyat Terengganu. Ucapan tersebut dipercayai bertujuan untuk memancing undi memandangkan Pilihanraya Umum yang akan datang sudah semakin hampir.

Kalau benarlah undi Barisan Nasional mendapat pahala, DPPKT mencabar Rosol selaku Exco Portfolio Islam Hadhari meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Barisan Nasional mendapat pahala.

Setiausaha DPPKT ketika dihubungi meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kenyataan tersebut dengan berkata, ” Bagaimana mungkin mengundi satu parti yang berasaskan semangat dan ideologi kebangsaan, yang selama ini membenar serta menganjurkan program-program maksiat seperti Konsert-konsert yang bercanggah dengan syarak, dan berlaku zalim terhadap rakyat seperti merampas tanah, meroboh masjid dan memecat kakitangan kerajaan, dikatakan mendapat pahala? Ini merupakan ucapan yang sesat dan boleh menyesatkan orang ramai. Saya berharap rakyat tidak tertipu dan terpengaruh dengan ucapan sebegini. Ingat firman Allah subhanahu wa ta’ala yang bermaksud, Dan jangan kamu condong kepada mereka yang berlaku zalim, maka kamu akan disentuh oleh api neraka. Dulu mereka kata kita sesat kerana merasuah syurga kepada pengundi, sekarang sudah terbukti siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik? “

Malaysiakini Election Debate

The Umno factor in Penang politics
Yeow Boon Kiat
khookaypeng

Umno is to be blamed for the present downturn in economy in Penang, charged DAP’s national E-campaign director and popular blogger Jeff Ooi.He added that Umno’s hands were seen in many of the policy initiatives that have to come from the federal level to the state.

Ooi said that although the Penang state government led by Gerakan may have many economic plans to implement, but the foreign direct investment (FDI) flowing into the state was still being filtered by the powerful Economic Planning Unit of the Prime Minister’s Office."Umno has not been very supportive of the Gerakan in terms of allowing more value-added and state of the art companies to come to Penang," he charged during a roundtable discussion organised by Malaysiakini last week.

The discussion, first in a series called Agendakini to be broadcast by Malaysiakini.tv, saw the participation of Ooi, Gerakan’s member of Parliament for Jelutong Lee Kah Choon and independent political analyst Khoo Kay Peng to discuss on the general election.

The discussion was moderated by Malaysiakini’s CEO Premesh Chandran. Elaborating further, Ooi cited several warning signs to show that Penang was being sidelined.He added that the ongoing Visit Malaysia 2007 was not benefiting the state in terms of tourist arrival. He also said that Penang's industry export in 2007 were down by nine percent compared to 2006.

In his final analysis, Ooi, who is expected to contest in Penang’s Bukit Bendera parliamentary seat against Gerakan strongman Chia Kwang Chye, said that if the state wanted to maintain its status as the most progressive state in the country, it was imperative for Umno’s political dominance in the state to be reduced. more...

NASIB MALANG RAKYAT TERENGGANU

Tiga tahun rayu rumah PPRT
hmetro

KUALA TERENGGANU: “Saya puas merayu kepada pihak berkuasa bagi mendapat sebuah rumah tetapi sehingga sekarang masih tidak menerima sebarang jawapan,” kata seorang warga emas, Wahab Awang Him, 67.

Warga emas itu menyifatkan diri malang kerana tidak ada sesiapa yang sudi membantu termasuklah wakil rakyat dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Wahab yang tinggal di Kampung Jambu Bongkok, Marang mendakwa sudah tiga tahun membuat permohonan mendapatkan sebuah rumah melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi masih tiada jawapan.

Menurutnya, dia kecewa kerana sudah beberapa kali berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Berangan, Yahya Katib dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jambul Bongkok, Mohamad Ngah bagi mendapat sokongan, namun jawapannya tetap sama.

“Saya disuruh menunggu sejak tahun 2005 bagi proses kelulusan mendapatkan sebuah rumah PPRT tetapi sehingga hari ini tiada berita mengenainya,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Wahab berkata, dia hairan bagaimana dua rakannya yang tidak memiliki tanah diberikan rumah PPRT yang dibina ditanah milik kerajaan baru-baru ini.

“Saya sudah 15 tahun tinggal di kampung itu dan juga pengundi dalam DUN Pengkalan Berangan dan Parlimen Marang, jadi saya amat berharap agar ada pihak yang dapat membantu,”
katanya.

Menurutnya, dia pernah mengemukan rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mendapatkan sokongan permohonannya pada April tahun 2005.

“Surat itu mendapat maklum balas daripada JPM yang menghantar sepucuk surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh bertarikh 8 Mei 2006.

“Saya turut menerima salinan surat berkenaan yang meminta kerajaan negeri memberikan pertimbangan terhadap permohonan itu, namun hingga hari ini tiada maklum balas,” katanya.

Penyelewengan di bank tempatan

Penyelewengan di bank tempatan, bekas pegawai bank serah bukti pada BPR
Salmiyah Harun
harakahdaily

PUTRAJAYA, 5 Feb (Hrkh) - Bekas Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam, Norhayati Abdullah, 48, menyerahkan bukti-bukti penyelewengan dan rasuah yang membabitkan sebuah bank tempatan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Norhayati yang ditemani Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Rasuah (Gerak) Mohd Ezam Mohd Nor, tampil kepada BPR untuk menyatakan komitmen beliau memperbetulkan kepincangan yang berlaku.

Menurut beliau, penyelewengan yang berlaku termasuklah rasuah dan pecah amanah yang melibatkan sejumlah wang mencecah jutaan ringgit oleh pegawai tinggi sebuah bank.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan jumlah wang yang disalahgunakan sebaliknya menyerahkan kepada BPR untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes itu berlaku sejak 2004 dan sehingga kini melibatkan pegawai yang masih bertugas dan sudah berhenti.

Ditanya mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk melaporkan kepada BPR, beliau menegaskan bukti yang diperlukan tidak mencukupi waktu itu membuatkan beliau menunggu selama dua tahun.

"Saya menunggu selama dua tahun untuk dapatkan bukti ini," katanya kepada media selepas membuat laporan kepada BPR di Putrajaya.

Beliau pernah membuat laporan kepada Bank Negara dan BPR pada Oktober 2005, tetapi tidak ada siasatan daripada mereka.

"Laporan pada 2005 dan hari ini adalah dokumen yang sama, sama ada kepada Bank Negara ataupun BPR, saya mempunyai cukup bukti," tegas beliau.

Beliau juga menafikan penyerahan bukti penyelewengan ini kepada BPR ada kaitan dengan pilihan raya.

"Kalau ada kaitan dengan pilihan raya saya tidak pergi kepada Gerak sebab Gerak adalah sebuah NGO,"katanya.

Norhayati mula berkhidmat di bank terbabit sejak 1993 sehingga 2005 kemudian beliau dipecat kerana cuba menghalang penyelewengan yang berlaku dalam bank berkenaan sebaliknya beliau yang disabitkan bersalah.

Kemudian beliau membuat laporan polis dan membawa perkara ini ke Mahkamah Industri pada 2006. Kini, beliau bekerja sambilan sebagai penterjemah dan penyunting.

Sementara itu, Gerak turut membuat laporan kepada Pengerusi PAC kerana ia akan mencemarkan institusi dan sistem perbankan di Malaysia.

"Kita merasakan satu keperluan untuk sistem yang telus dalam sistem perbankan dan kewangan dalam negara ini," kata Ezam.

Katanya, daripada maklumat yang diperolehi banyak usaha yang dilakukan untuk menutup kes membabitkan pihak berkuasa.

Merujuk kes Norhayati, Ezam berkata, beliau dipecat untuk mengelak daripada kes membabitkan pegawai yang lebih tinggi terbongkar.

Beliau menyerahkan dokumen rasuah itu kepada Ketua Siasatan BPR iaitu Hj Atan dan Alias. - mks.

MUNGKIN ELLA PUN SUDAH MULA PAKAI TEMPE





Lihatkan wajah Ella sekarang. Sudah berubah. Mungkin gara gara tempe. Selepas ini mungkin ramai yang mencuba resepi tempe ala Khir Toyo. Terima kaseh kepada Fuiyoh.

Undilah Parti Pujaan Anda : Barisan Nasional

muhammadkamal

Mengapa ?

1. Indeks jenayah makin meningkat

  • Kes kehilangan dan penculikan anak kecil semakin menjadi-jadi. Contohnya dalam kes kehilangan adik Nurin Jazlin dan yang terbaru adik Sharlinie.
  • Jenayah pembunuhan semakin berleluasa dan melibatkan kes yang berprofil tinggi contohnya dalam kes pembunuhan Altantuya, Cany Ong, dan yang terbaru ialah pimpinan MIC
  • Kes pembuangan anak luar nikah semakin meningkat. Jika Thailanf terkenal dengan sardin dalam tinnya, kini Malaysia bakal mendapat gelaran pengeluar bayi dalam beg ?

2. Gejala sosial dikalangan anak muda semakin teruk. Hiburan yang diterapkan bukan saja melalaikan, bahkan melanggar dan melampaui batas-batas agama. Hasilnya kita dapat dengar berlakunya seks bebas, vandalisme, mabuk dan ‘lalok’

3. Barang-barang keperluan bertambah naik sesuai dengan singkatan BN yang memberi maksud ‘barang naik’. Hari ini harga minyak, beras, tepung, minyak masak dan lain-lain semakin mahal. Alasannya : “harga barang yang dinaikkan sebenrnya masih murah jika nak dibandingkan negara lain”

4. Jenayah politik wang atau rasuah dikalangan pemimpin negara. Statistik juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara yang menduduki ranking teratas

5. Seramai 18 ‘jerung besar’ akan kita dakwa di bawah Akta Rasuah di mahkamah. Itulah janji PM kita di awal sesi pemerintahannya. Namun setelah 4 tahun berlalu ? Apa cerita ?

6. Integriti dan kredibiliti institusi kehakiman yang mencurigakan. Kes V.K Lingam telah membuktikan bahawa adanya ‘hidden agenda’ dikalangan pemimpin dengan institusi kehakiman. Tindakan 400 peguam berdemonstrasi di Putrajaya adalah tindakan yang wajar. Anda bagaimana ?

7. Pembinaan projek mega yang membazir dan pembahagian tender tertumpu kepada kroni sahaja
  • Pihak yang diberikan tender tidak melalui proses tender terbuka
  • Mengishtiharkan kos projek yang tinggi dari kosa yang sepatutnya. Duit lebih masuk poket sendiri.
  • wang lebihan digunakan untuk ‘wang gula-gula’ yang akan diberikan kepada pihak yang meluluskan projek dan memberikan tender.
8. Tiada lagi biasiswa kerajaan dan kini mahasiswa dibebebankan dengan pinjaman wang bagi meneruskan sesi pengajian merera (PTPTN). Di mana kebajikan ?

9. Kes-kes besar seperti kehilangan wang berbilion ringgit dalam Perwaja Still masih tak dapat diketahui siapakah yang menggelapkan wang tersebut. Dalam masa yang sama ramainya ‘ikan-ikan bilis’ yang ditangkap dan dihebohkan. Beli pen sebatang RM 4 dijual dengan harga RM 6 itulah yang ditangkap. Tapi kes menggelapkan duit berbilion ringgit ? Ini bermakna kita semua telah kehilangan dan kerugian berbilion ringgit.

Ke Mana Wang Petronas ?

Penggunaan wang rakyat (Petronas) bagi menampung (bail out) projek mega yang menelan belanja besar
  • Projek MISC milik Mirzan Mahathir, PETRONAS tampung kos sebanyak RM 1.8 bilion
  • Bank Bumiputera rugi sebanyak RM 4 bilion
  • Litar F1 Sepang sebanyak RM 288 juta
  • KLIA Sepang sebanyak RM 10.5 bilion
  • Putrajaya dan MSC sebanyak RM 19 bilion
Jika dilihat, negara tidak akan ‘bankrupt’ jika memberi subsidi minyak untuk rakyat. Namun apa yang terjadi, Malaysia hari ini bakal bankrupt akibat salah guna wang milik rakyat.

Laporan tahunan PETRONAS bagi 2007 menyatakan bahawa PETRONAS memperolehi keuntungan sebanyak RM 118 bilion. Manakala subsidi minyak untuk rakyat hanya sebanyak RM 9.76 bilion sahaja. Ini bermakna, kemungkinan dan kebarangkalian untuk mengalami bankrupt : jika B.N masih diberikan mandat untuk memerintah negara.

Fikir-fikirkanlah….

Polis Sekat Ceramah Anwar di Kelana Jaya

niknazmi.com

Sudah sekian lama Keadilan Bahagian Kelana Jaya bertungkus lumus untuk Ceramah Perdana semalam di Pusat Khidmat Masyarakat kami di Desa Mentari. Permohonan permit polis sudah dibuat, puluhan kain rentang sudah dipasang, ribuan handbill, SMS dan jemputan Facebook sudah dihantar.

Apabila saya tiba di Desa Mentari bersama ibubapa saya kelihatan sudah ramai anggota polis di sana - ada sekurang-kurangnya tiga puluh orang berpakaian seragam (SB wallahualam lah). Pihak UMNO di saat akhir menganjurkan kejohanan futsal remaja betul-betul bertentangan tapak ceramah. Hari sebelumnya MB Selangor Datuk Seri Khir Toyo hadir di Desaria, tidak jauh di Desa Mentari.

Tidak lama kemudian tayangan perhimpunan Bersih 10 November dibuat. Tiba-tiba pihak polis meminta agar tayangan dihentikan ‘kerana mengganggu penduduk setempat’. Kami akur, dan menghentikan tayangan tersebut.

Kehadiran makin bertambah, dengan pelbagai kaum - kira-kira 60% Melayu, 30% India dan 10% Cina. Saudara Halimey, Ketua Angkatan Muda Selangor dan juga Kelana Jaya memulakan majlis dengan meminta hadirin memberi tepukan gemuruh kepada pasukan polis kerana kerjasama mereka. Beliau juga menggesa agar semua bertenang dan menjaga tatatertib meskipun provokasi dari kelompok UMNO di padang futsal.

Tetapi apabila nampak hadirin mencapai kira-kira 3,000 orang pihak polis berubah fikiran. Mereka bertemu pimpinan bahagian dan minta ceramah dihentikan. Speaker yang berada di padang mesti dicabut, dan speaker yang berada di Pusat Khidmat dihalakan ke dalam.

Namun orang ramai tidak takut. Kebanyakan terus berada di padang, dan memberi sambutan hangat sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba sekitar jam 9.45 malam. Selepas berunding dengan polis, mereka membenarkan beliau bercakap hanya di dalam Pusat Khidmat. Walaupun hanya sayup-sayup kedengaran di luar, orang ramai tidak berganjak walaupun seinci.

Seorang anggota Puteri UMNO cuba mendengar ceramah Datuk Seri dengan duduk di depan, dekat dengan premis kami. Beliau menerima baik risalah yang kami berikan. “Buat apalah polis ni ramai-ramai di sini. Kalau cari Sharlinie kan lagi bagus?”

Bagi penduduk Desa Mentari tentu lebih terasa ironi kehadiran polis sebegitu ramai. Sebelum insiden Sharlinie hampir mustahil bertemu polis di kawasan perumahan mereka. Bukannya mereka tak mahu menjaga anak-anak mereka, tetapi kebanyakannya memegang dua kerja untuk menempuhi kenaikan harga. Anak-anak pula lebih suka bermain di atas tanah, memandangkan rumah flat mereka agak sempit dan tidak selesa.

Pada akhir ceramah tersebut,, anggota Puteri UMNO tersebut antara puluhan orang ramai yang mendaftar menjadi ahli KeADILan. Kejohanan futsal tersebut terus berlangsung, walaupun kebanyakan remaja tersebut bersekolah pada hari ini!

Sebaik sahaja naik kereta untuk pulang, bapa saya yang sudah berusia 77 tahun mengeluh, “Apa nak jadi pada negara ini?”

Koyak kalau meluat!

miorisfandy-politics.blogspot


Setelah bosan dan meluat dengan prestasi Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi SPR, Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) telah bertindak mengoyak gambar Rashid di hadapan para media yang dijemput ke sidang akhbar BERSIH pada 1hb Februari yang lalu.

Tindakan ini memberikan pelbagai respon kepada parti politik. PAS / BA tentunya teguh dengan pendirian mereka kerana mereka telah menghantar wakil untuk terus komited dalam agenda BERSIH sejak ia diwujudkan lagi. Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO mendakwa bahawa tindakan itu adalah satu tindakan yang melampau dan tidak ada adab. Beliau juga menggesa sekiranya perkara itu melanggar batas perundangan, ambil tindakan ke atas mereka yang melakukan sedemikian.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 114 (Keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya) (2), ‘Pada melantik ahli ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Yang DiPertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan satu Suruhanjaya Pilihanraya yang mendapat kepercayaan awam’.

Tindakan ini mungkin berpunca dari sikap Rashid yang hilang integriti dan kredibilitinya sebagai seorang Pengerusi yang mesti mendapat kepercayaan awam. Rashid seringkali mengungkapkan beberapa kenyataannya yang mirip menyokong pihak kerajaan atau BN.

Kenyataannya yang berbunyi seperti ini, “Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila (tarikh) pilihan raya umum akan datang. Saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua pihak membuat persediaan,” – UtusanMalaysia, 16 November 2007. Masakan Rashid tahu tarikh pilihanraya sedangkan tarikh itu sehingga ke hari ini pun belum diumumkan oleh PM. Mungkinkah sudah ada pre-counsel dikalangan mereka?

Bagaimana pula ulasan yang dibuat olehnya ketika Hakim Muhamad Kamil Awang telah menolak keputusan pilihanraya di Likas. Apa yang beliau katakan, "Hakim itu sendiri tidak periksa... dalam 'one side', hakim itu sendiri 'bias' (berat sebelah). Hakim itu got frustrated with certain things dan dia gunakan ini untuk pukul kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," "That was a biased penghakiman. Semua orang bersetuju it was biased penghakiman. Dia tidak melibatkan pengundi hantu," Natijahnya, Kerajaan BN telah mengambil peluang meminda Akta Pilihanraya 1958 Seksyen 9A yang menjadikan Daftar Pemilih setelah diwartakan ”tidak lagi tertakluk atau boleh dicabar, dinilai semula di mana-mana mahkamah”.

Banyak lagi tindakan dan ucapan yang dibuat oleh Rashid sehingga boleh membunuh karakternya sebagai Pengerusi SPR. Sebenarnya Rashid sudah lama boleh berehat sebagai pengerusi, sebaliknya tindakan ahli Parlimen BN dengan menggunakan kuasa super-fastnya telah membuat aksi bulldozer dengan meminda Perkara 114 (1), Keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur enam puluh lima tahun atau apabila hilang kelayakan dibawah Fasal (4) dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang DiPertuan Agong. Akhirnya, Rashid boleh meneruskan khidmatnya sebagai pengerusi apabila Parlimen bersetuju untuk meminda usia persaraan pengerusi dari 55 ke 56 tahun.

Sama-samalah kita saksikan bagaimana hebatnya SPR pada kali ini mengurus tadbir PRU ke-12 dengan disaratkan lagi dengan isu-isu yang panas dan menekan BN yang berkuasa selama 50 tahun di Malaysia. Kita juga akan lihat, samada tuntutan BERSIH juga akan dilayan oleh SPR atau dibuang sahaja ke dalam laut. SPR hanya berpendapat, PRU yang telus dan bersih adalah HANYA menggunakan peti undi lutsinar sebanyak lebih 50 ribu unit. Difahamkan juga, peti undi itu berharga RM 350 seunit!!

Adakah ini yang dikatakan bersih, telus dan adil! Cukuplah RASHID!

Polis Halang Ceramah Anwar

riwayathayat.blogspot

Semalam saya bersama beberapa orang teman sekampus ikut serta menghadiri majlis ceramah yang dianjurkan oleh PKR-PAS di kawasan flat Desa Mentari, berdekatan dengan Sunway Pyramid, Subang Jaya. Kami bertolak dari Bangi sekitar jam 8.30 malam dan tiba setengah jam kemudian.

Sepanjang jalan menuju ke lokasi majlis, kelihatan bendera-bendera PAS dan PKR berkibaran. Sebuah tanah lapang di mana letaknya lokasi bilik gerakan UMNO-BN kelihatan sepi dan malap, meski pun bendera-bendera parti kelihatan menghiasi di sekeliling kawasan tersebut. Kami turut melintasi sebuah gelanggang futsal yang khabarnya dibina beberapa bulan lalu sebagai 'gula-gula' pilihanraya bagi memancing perhatian generasi muda kawasan terbabit. Kelihatannya seperti sebuah pertandingan sedang berlangsung.

Setibanya kami di lokasi majlis, aktivis PKR sedang memberikan taklimat berhubung dengan beberapa isu. Hadirin yang memenuhi kawasan ceramah dianggarkan sekitar 500 orang pada waktu itu. Turut kelihatan ialah sekumpulan pegawai polis yang memantau keadaan. Begitu pun, sekitar jam 9.15 malam, sebaik majlis mahu dimulakan, seorang pegawai polis yang mendakwa dirinya sebagai Ketua Polis Petaling Jaya mencapai mikrofon di podium dan mengumumkan bahawa majlis ceramah tersebut tidak mendapat permit dan meminta semua hadirin bersurai.

Suasana mulai menjadi riuh-rendah dengan rungutan tidak puas hati dari para hadirin yang membantah pengumuman polis tersebut. Rundingan dilakukan dengan pihak polis pun demikian kelihatannya seakan-akan polis tidak mahu berkompromi. Khabarnya ada arahan dari 'pihak atas' yang tidak mahu majlis tersebut diadakan. Kata pihak polis, "kami hanya menjalankan arahan".

Jam 9.40 malam, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan disambut oleh sorakan semangat para hadirin yang semakin ramai. Dianggarkan hampir 1000 orang berkumpul di luar bilik gerakan PKR-PAS untuk mendengar ucapan Datuk Seri Anwar. Podium yang pada mulanya diletakkan di perkarangan bilik gerakan dialih oleh pihak polis ke dalam. Datuk Seri Anwar seterusnya berunding dengan pihak polis agar dibenarkan berucap. Suasana riuh kedengaran dari luar. Masing-masing yang hadir mencemuh dan mencela sikap bacul polis dalam menghalang majlis tersebut.

Rundingan berjaya, Datuk Seri Anwar kemudiannya memulakan ucapan. Hanya 20 minit sahaja yang dibenarkan untuk beliau. Dalam masa sesingkat itu, beliau menyentuh pelbagai isu merangkumi spekulasi kenaikan harga minyak, tuntutan gaji minimum, skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan MCA, skandal pembelian kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi yang melibatkan seorang menteri kabinet, juga perkembangan tentang siasatan pita video Lingam.

Apa yang dikesali, sepanjang Datuk Seri Anwar berucap, pihak polis tidak membenarkan speaker di luar bilik gerakan daripada dihidupkan. Speaker yang terletak didalam bilik gerakan pula dihalakan ke arah dalam oleh pihak polis. Kesannya, hadirin yang berada di luar bilik gerakan tidak dapat mendengar dengan jelas inti ucapan Anwar. Ini ditambah pula dengan gangguan yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda, disyaki sebagai 'perkakas' UMNO yang diupah untuk membuat bising dengan meniup sejenis semboyan yang mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi katak. Cukup menjengkelkan!

Tepat jam 10.25 malam, pihak polis mengisyaratkan agar Datuk Seri Anwar menghentikan ucapannya. Datuk Seri Anwar, dengan penuh hemah akur sambil menyatakan kepada semua agar memberikan kerjasama kepada pihak polis. Ketika mahu meninggalkan majlis, ratusan penyokong menyerbu ke arah beliau untuk bersalaman dan memeluknya. Tempikan "reformasi", "hidup Anwar" dan "hidup rakyat" bergema memecah lautan penyokong yang dianggarkan mencecah 1500 orang.

Hadirin kemudiannya bersurai meninggalkan majlis. Ada yang mengikuti majlis seterusnya yang berlangsung di Kampung Sungai Kayu Ara di Damansara Utama. Saya bersama teman-teman menjenguk-jenguk gerai buku yang dibuka di dalam bilik gerakan. Kami kemudiannya ke restoran berhampiran untuk minum. Seorang teman yang baru pertama kali menghadiri ceramah Anwar nyata terkejut dengan apa yang berlaku. Keluh beliau, jika beginilah layanan terhadap majlis-majlis yang diadakan oleh parti pembangkang, bagaimanalah pula agaknya layanan SPR terhadap mereka dalam Pilihanraya Umum akan datang ini.

Demikianlah secebis kisah demokrasi di Malaysia. Jika di media, pimpinan kerajaan sibuk mencanangkan bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak diterima rakyat, sudah tidak relevan lagi. Apa yang pasti, semakin kuat mereka berkempen untuk menjatuhkan beliau, semakin hebat sokongan yang diterimanya daripada rakyat. Ketakutan dan keresahan pimpinan UMNO-BN negeri Selangor jelas terlihat malam semalam apabila mereka menggunakan polis untuk menghalang majlis ceramah tersebut.

Jika Anwar Ibrahim sudah tidak relevan, apa yang perlu dibimbangkan? Biarkan sahaja beliau bercakap. Usahlah menjatuhkan maruah dengan bertindak bacul memperalatkan polis untuk menjadi 'perkakas' politik kalian!

Posting terkini

Blog Archive