KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 5, 2008

NASIB MALANG RAKYAT TERENGGANU

Tiga tahun rayu rumah PPRT
hmetro

KUALA TERENGGANU: “Saya puas merayu kepada pihak berkuasa bagi mendapat sebuah rumah tetapi sehingga sekarang masih tidak menerima sebarang jawapan,” kata seorang warga emas, Wahab Awang Him, 67.

Warga emas itu menyifatkan diri malang kerana tidak ada sesiapa yang sudi membantu termasuklah wakil rakyat dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Wahab yang tinggal di Kampung Jambu Bongkok, Marang mendakwa sudah tiga tahun membuat permohonan mendapatkan sebuah rumah melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi masih tiada jawapan.

Menurutnya, dia kecewa kerana sudah beberapa kali berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Berangan, Yahya Katib dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jambul Bongkok, Mohamad Ngah bagi mendapat sokongan, namun jawapannya tetap sama.

“Saya disuruh menunggu sejak tahun 2005 bagi proses kelulusan mendapatkan sebuah rumah PPRT tetapi sehingga hari ini tiada berita mengenainya,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Wahab berkata, dia hairan bagaimana dua rakannya yang tidak memiliki tanah diberikan rumah PPRT yang dibina ditanah milik kerajaan baru-baru ini.

“Saya sudah 15 tahun tinggal di kampung itu dan juga pengundi dalam DUN Pengkalan Berangan dan Parlimen Marang, jadi saya amat berharap agar ada pihak yang dapat membantu,”
katanya.

Menurutnya, dia pernah mengemukan rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mendapatkan sokongan permohonannya pada April tahun 2005.

“Surat itu mendapat maklum balas daripada JPM yang menghantar sepucuk surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh bertarikh 8 Mei 2006.

“Saya turut menerima salinan surat berkenaan yang meminta kerajaan negeri memberikan pertimbangan terhadap permohonan itu, namun hingga hari ini tiada maklum balas,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive