KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 5, 2008

SURUHANJAYA SEMAKIN MENGADA NGADA


Peguam Anwar keluar daripada inkuiri video Lingam
mstar.com.my

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa keluar daripada inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja apabila suruhanjaya itu menarik balik hak Anwar untuk memberikan keterangan dalam prosiding berkenaan.

Anggota suruhanjaya Tan Sri Steve Shim Lip Kiong mengumumkan keputusan itu berikutan keengganan Anwar memohon maaf kepada suruhanjaya dan menarik balik kenyataannya mengenai panel itu yang disiarkan menerusi artikel yang disiarkan dalam Internet.

Shim berkata artikel berkenaan mengandungi tuduhan serius terhadap suruhanjaya dan ia terpaksa mengarahkan supaya hak Anwar untuk memberikan keterangan dalam prosiding berkenaan ditarik balik.

Kesemua empat peguam Anwar adalah M. Puravelan, Mohd Yusmadi Yusof, Oh Choong Ghe dan Ravi Nekko.

Sementara itu, seorang lagi anggota suruhanjaya yang terhadap klip video Lingam, Datuk Mahadev Shanker berkata para peguam Anwar boleh mengikuti prosiding inkuiri itu tetapi hanya sebagai pemerhati.

Inkuiri itu antara lain bertujuan menentukan kesahihan klip video yang memaparkan seorang lelaki sedang berbual menerusi telefon, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu mahu Anwar dan badan bukan kerajaan, Aliran, mengemukakan permohonan maaf dan tanpa syarat terhadap kenyataan mereka bahawa suruhanjaya itu dimanipulasi oleh `tangan ghaib'.

Artikel itu antara lain mengulas keputusan suruhanjaya pada 28 Jan bahawa Anwar, Naib Presiden PKR R. Sivarasa dan Penyelaras PKR Sim Tze Tsin tidak perlu dipanggil sebagai saksi dalam siasatan itu.

Suruhanjaya itu berkata cadangan bukti ketiga-tiga mereka tidak berkaitan langsung dengan inkuiri berkenaan dan mereka tidak mempunyai hubungan dengan perkara yang disiasat dalam inkuiri itu.

No2umnO - Apa yang dok dilayan lagi suruhanjaya tu.... Memang dah tak betul. Buat macam mana pun memang dah tak betul. Semua dah bertuhankan UMNO dan BN. Cakap banyak pun tak guna. Tengok muka si Haidar tu pun dah meluat. Labelkan sahaja mereka sebagai PENGKHIANAT KEPADA RAKYAT. Habis cerita. Peduli taik sama dia.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive