KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 12, 2008

Dr Koh forced to move


DAP: Dr Koh forced to move
Tuesday, 12 February 2008

PENANG: Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon's hand was clearly forced when he announced his preference to move to a federal post and thus give up the Penang Chief Minister post, DAP secretary-general Lim Guan Eng claimed.

In a press statement, Lim said Dr Koh's announcement came only after Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said he would decide for him if Dr Koh was unable to make up his mind whether to contest a state or parliamentary seat.

Speaking to reporters in Johor Baru last night, Koh denied that he had been forced to make the decision to contest a parliamentary seat. (Star)

LUAHAN RASA DATUK AZIZ SATAR

Datuk Aziz Sattar - Wawancara Khas oleh Mahaguru58


Ikutilah wawancara khas Mahaguru58 dengan seniman legenda komedi filem Melayu tanahair, Datuk Abdul Aziz bin Sattar.

video (Klik)

Semoga dengan wawancara ini akan terhurailah segala persoalan yang mengaitkan nama Datuk Aziz Sattar dan perselisehan faham dengan pimpinan Karyawan.

Daun sireh dikunyah Mustapa,
Mari dikunyah bersama si-nyonya,
Jasa seorang seniman usah dilupa,
Kalau dilupa buruk padahnya!

Mari belayar ke Pulau Pinang,
Singgah berlabuh di Tanjong Sepat,
Adat dijunjung, pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup berpakat.

UMNO TUTUP NAMA CALUN RASUAH

Beberapa calon di Selangor gagal lepasi semakan BPR

SHAH ALAM: Sebahagian daripada 200 bakal calon Barisan Nasional (BN) Selangor gagal melepasi proses semakan Badan Pencegah Rasuah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini.

Beliau berkata BN negeri mengemukakan senarai calon kepada BPR terlebih dahulu untuk semakan sebelum menghantarnya kepada polis, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk tujuan serupa.

"Ada beberapa nama tetapi kami mencapai persetujuan dengan BPR untuk merahsiakannya.

"Kami tidak boleh (membiarkan sesiapa) membuat spekulasi... apabila anda menuding jari kepada seseorang, maka anda akan hadapi masalah. Namun jumlahnya tidaklah banyak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan dan agensi kerajaan di sini.

Ditanya sama ada itu bermakna terdapat kalangan mereka yang tidak "bersih", Dr Mohamad Khir berkata mereka yang tidak terpilih, mungkin menghadapi masalah terutamanya yang namanya disenaraipendek buat kali pertama sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

"Kita akan hantar semakan pada polis... mungkin ada yang tak bayar saman trafik dan sebagainya," katanya.

"Langkah ini diambil bagi memastikan calon BN bersih daripada rasuah, jenayah, muflis selain memastikan mereka menjelaskan cukai pendapatan," katanya.

Terdahulu semasa berucap, Dr Mohamad Khir berkata kerajaan negeri merancang dengan rapi strategi ekonominya agar rakyat tidak terjejas oleh inflasi atau kenaikan harga barang keperluan, dengan membenarkan lebih banyak pasar raya hiper beroperasi di negeri ini.

No2umnO - Di dalam keadaan dan undang undang yang tidak telus penguatkuasaannya, masih ada yang terpalit dengan kegiatan rasuah dan penyalagunaan kuasa. Kalau undang undang tidak memihak pada sesiapa, mungkin UMNO tiada langsung calun di Selangor. Termasuklah Khir Toyo sendiri. Sudah terbabit dari Rasuah pun masih di bantu oleh Pihak UMNO sendiri dari ketahuan umum. Gila UMNO nihhhh...

Nelayan cedera diserang pirana

JERANTUT 11 Feb. – Seorang nelayan cedera di kaki akibat diserang sejenis ikan yang didakwanya daripada spesies pirana di Sungai Tembeling dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika Adanan Nipah, 54, hendak melepaskan ikan tersebut yang terperangkap dalam jaring yang dipasangnya di sungai itu di Kampung Tempan, Hulu Tembeling dekat Kuala Tahan kira-kira pukul 10 malam.

Dia mendakwa ikan sepanjang 25 sentimeter itu menggigit kaki kanannya sebanyak tujuh kali ketika dia mahu melepaskan ikan berkenaan daripada jaring.

‘‘Ikan pirana itu menggigit kaki kanan saya secara tiba-tiba ketika saya hendak melepaskannya daripada jaring menyebabkan kaki saya luka dan bengkak.

‘‘Saya bertindak pantas mengambil penyauk ikan untuk menangkapnya dan memasukkan ikan itu ke dalam bekas polistirena,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, HARIS FADILAH AHMAD.

Adanan juga terkejut kerana beberapa ekor ikan spesies yang sama di dalam sungai itu kemudian bertindak menerjah bahagian badan bot gentian kaca miliknya.

‘‘Saya sungguh hairan bagaimana pirana itu tiba-tiba bertindak ganas kerana sebelum ini belum pernah terdengar kejadian serangan ikan itu terhadap nelayan di Sungai Tembeling,” katanya.

Dia percaya pembenihan spesies pirana sejak dua tahun lalu di kawasan perlindungan Jabatan Perikanan di Jeram Panjang, Dedari, Lubuk Katak dan Kampung Pagi di sini telah menyebabkan spesies ikan itu membiak di Sungai Tembeling.

‘‘Ikan pirana itu mungkin terlepas dari kolam ternakan berdekatan Sungai Tembeling dan Sungai Pahang ketika banjir melanda kawasan ini Disember lalu,” katanya.

Adanan melahirkan kebimbangan spesies Pirana itu akan mengancam pembiakan ikan air tawar yang lain.

Dia yang menjadi nelayan sungai sejak 30 tahun lalu berkata, ikan Pirana boleh dimakan tetapi rasanya tidak sedap kerana ia bukan berasal dari sungai air tawar negara ini.

Katanya, ikan tersebut juga kurang mendapat permintaan di pusat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan dan pasar bandar Jerantut apabila ia dijual dengan harga hanya RM2 hingga RM4 sekilogram.

BN GABRA ... ANCAM MAHASISWA

Amaran kepada mahasiswa

PUTRAJAYA 11 Feb. - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana mahasiswa yang terlibat dalam kempen pilihan raya umum ke-12 termasuk menarik balik biasiswa mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ketika ini pihaknya sedang menyiasat penglibatan segelintir mahasiswa dalam politik kepartian dan mereka bakal diambil tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

''Peraturan dalam AUKU jelas menegah pelajar universiti terlibat secara langsung dalam politik dan tindakan tegas berasaskan tahap kesalahan mereka boleh diambil termasuk digantung pengajian.

''Begitupun untuk membuang undi dalam pilihan raya umum itu adalah hak mereka, saya hanya minta mereka turun mengundi dan buat pilihan yang terbaik,'' katanya.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN BABI

Kes Penggadaian Tanah Premier UM:
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi?
puteramalaysia

Pada pertengahan Jun 2007, komuniti prihatin Malaysia digemparkan dengan kisah sebuah pemaju hartanah berura-ura membangunkan Kampus Induk Universiti Malaya(UM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, menjadi kawasan kediaman mewah yang memakan kos RM10 billion. Sebagai gantinya, universiti itu akan dipindahkan ke Sepang.

Pada 16 Jun 2007, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dipetik oleh Bernama sebagai mengarahkan kampus Induk Universiti Malaya (UM) itu dikekalkan di lokasinya ketika ini.

Pada hari yang sama, Utusan Malaysia pula menyiarkan reaksi bekas Naib Canselor UM, Profesor Diraja Ungku Aziz, yang menyifatkan cadangan itu sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.”

Kini, hanya kira-kira tujuh bulan sesudah kegemparan di atas, timbul pula kisah laporan blog bigdogdotcom.wordpress.com pada 10 Februari 2008, dengan jodol Kroni PM “Flip-Flop” Gadai 27 Ekar Tanah UM.

Menurut blog tersebut, kroni Abdullah bernama Datuk Panglima Annuar Zaini “telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah bernilai tinggi dalam kawasan kampus UM kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.”

Blog itu melaporkan: “Annuar adalah Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya. Dia juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat universiti berkenaan. Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

“Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00 satu kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 satu kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja. Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 satu kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.” – bigdogdotcom.wordpress.

Oleh itu, apa kata komuniti prihatin Malaysia mengenai perkembangan terbaru membabitkan UM kali ini? Mungkinkah Profesor Diraja Ungku Aziz akan menyifatkan cadangan ini sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.” Mungkinkah Alumni UM akan membantah? Mungkinkah BPR akan segera menyiasat? Mungkinkah Kementerian Pendidikan Tinggi akan membuat siasatan terperinci? Mungkinkah Abdullah akan mengeluarkan arahan supaya penggadaian ini dibatalkan segera? Mungkinkah Abdullah akan membiarkan sahaja perkembangan ini berlaku kerana ia membabitkan kroninnya sendiri? Atau, mungkinkah Abdullah akan merestui kata-kata hikmat: harapkan pagar, pagar makan padi! – Ruhanie Ahmad

Pengetua asyik berpolitik, pelajar perempuan bertumbuk

buletinonline

Dungun, 11 Feb - Usaha untuk memartabatkan pendidikan dan sahsiah pelajar tidak akan tercapai sekiranya pihak sekolah khususnya pengetua atau guru besar mementingkan kedudukan dalam politik.

Akibat terlalu asyik berpolitik dan mencari tempat untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 nanti, seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini tidak mengambil berat disiplin pelajar.

Pengetua yang dikatakan melobi untuk menjadi calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura itu telah mengabaikan tanggungjawab sejak dahulu lagi.

Buletin Online dimaklumkan, banyak masa yang digunakan oleh pengetua berkenaan menghadiri perjumpaan atau program Umno yang tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran sekolah.

Sekolah tersebut yang sebelum ini dilihat banyak mencetuskan suasana tidak sejahtera kepada para pelajar, sejak kebelakangan ini pula wujud gangsterisme di kalangan pelajar perempuan.

Dengan berlatar belakangkan pengetua yang mengutamakan politik daripada karier, masalah tersebut semakin membarah apabila ada di kalangan pelajar berkenaan bertumbuk sesama sendiri di kawasan sekolah.

Buletin Online difahamkan, walaupun kes itu tidak dilaporkan kepada polis, namun ianya bukan perkara pelik yang melibatkan pelajar sekolah menengah berkenaan.

Walaupun kes yang membabitkan pelajar di beberapa buah sekolah menengah di bandar ini sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan, namun insiden pelajar wanita bertumbuk di kawasan sekolah adalah sesuatu yang baru berlaku.

Apapun, masyarakat melihat itulah hasil daripada sistem pendidikan yang ada sekarang yang gagal membentuk peribadi pelajar, tambahan pula dengan sikap pengetua yang bermain politik untuk mencari tempat dalam Umno.

INI MUNGKIN JADI PADA KITA

kosmo
Biskut lumpur

Meskipun mengetahui lumpur mengandungi toksin atau parasit yang boleh membawa maut, namun masyarakat miskin di Haiti terpaksa meneruskan kehidupan dengan tanah lembik yang dikeringkan itu.

Ya, biskut lumpur. Bukan kerana rasanya yang enak tetapi sebab terpaksa. Inilah yang dilalui oleh Charlene Dumas dan keluarganya yang merupakan sebahagian penduduk di Port-Au-Prince.

Dengan kenaikan harga makanan, masyarakat paling miskin di Haiti tidak mampu membeli sepinggan nasi apatah lagi mengisi perut yang lapar dengan makanan berkhasiat. Keadaan ini memaksa mereka mengambil langkah yang mungkin anda tidak dapat bayangkan semata-mata untuk mengalas perut.

Charlene, 16, bersama bayi lelakinya yang baru berusia sebulan, terpaksa bergantung kepada sejenis penawar kelaparan tradisional masyarakat Haiti iaitu biskut yang diperbuat daripada lumpur kuning yang dikeringkan.

SEORANG penduduk merasai biskut sebelum membelinya.

Sejak sekian lama, lumpur telah digunakan oleh wanita-wanita hamil dan kanak-kanak sebagai antasid dan sumber kalsium. Namun, di kawasan seperti Cite Soleil iaitu penempatan orang miskin di mana Charlene berkongsi rumah dua bilik dengan bayinya, lima orang adik-beradik dan kedua ibu bapanya yang menganggur, biskut-biskut yang diperbuat daripada kotoran atau lumpur, garam dan lemak sayuran itu sudah menjadi hidangan biasa.

“Apabila ibu saya tidak memasak, saya terpaksa makan biskut ini tiga kali sehari,” kata Charlene.

Anaknya, Woodson yang berbaring statik di atas pahanya kelihatan lebih kurus berbanding beratnya yang mencecah enam paun sewaktu lahir.

Meskipun dia menyukai rasa biskut lumpur yang masin dan sedikit berlemak, Charlene memberitahu, biskut-biskut tersebut menyebabkan perutnya berasa tidak selesa.

“Apabila saya menyusukan Woodson, bayi saya adakalanya kelihatan tidak selesa kerana perutnya memulas-mulas,” katanya.

HARGA lumpur untuk menghasilkan 100 keping biskut kini bernilai RM16.

Harga barangan di seluruh dunia telah meningkat ekoran kenaikan harga minyak di samping permintaan terhadap keperluan baja, pengangkutan dan perparitan.

Harga untuk bahan-bahan asas seperti jagung dan gandum juga meningkat secara mendadak dan permintaan global terhadap petrol bio yang lebih tinggi turut memberi kesan kepada pasaran makanan.

Masalah tersebut lebih dahsyat di Caribbean. Penduduk kepulauan itu bergantung hidup kepada barangan import dan harga barangan pula meningkat sebanyak 40 peratus.

Kenaikan harga barangan global ditambah pula dengan masalah banjir dan kemusnahan hasil tanaman ekoran musim ribut pada tahun lalu telah menggesa Agensi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan darurat di Haiti dan beberapa negara di Caribbean.

Pemimpin-pemimpin Caribbean menganjurkan satu persidangan mengejut pada bulan Disember lalu untuk membincangkan isu pengurangan cukai makanan dan mewujudkan ladang-ladang serantau yang lebih besar bagi mengurangkan pergantungan terhadap hasil import.

Di pasar kawasan orang miskin La Saline, dua cawan nasi dijual pada harga 60 sen. Harga tersebut telah dinaikkan sebanyak 10 sen sejak bulan Disember lalu dan ini merupakan peningkatan mencecah 50 sen berbanding tahun sebelumnya.

Harga kekacang, susu sejat dan buah-buahan juga meningkat pada kadar yang sama. Malah, harga untuk tanah liat yang boleh dimakan turut mengalami peningkatan yang hampir mencecah RM4.85 dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pembuat biskut, harga lumpur untuk menghasilkan 100 keping biskut kini bernilai sekitar RM16.

Itu pun pada harga sekitar lima sen sekeping, biskut lumpur masih menjadi rebutan berbanding makanan-makanan ruji. Kira-kira 80 peratus warga Haiti menjalani kehidupan kurang daripada RM6.40 sehari perolehan pendapatan.

Trak-trak pedagang akan membawa bertong-tong lumpur ke pasar La Saline dari pusat bandar Hinche dan akan kelihatan puluhan wanita berebut membeli bahan tersebut untuk diproses menjadi biskut.

Dengan mengangkat beberapa tong lumpur dan air sambil menaiki anak tangga menuju ke bahagian bumbung sebuah bekas penjara, batu-batuan dan ketulan-ketulan lumpur pada sehelai kertas diasingkan sebelum bahan-bahan tadi digaul bersama sedikit garam.

Adunan itu kemudiannya dibentuk menjadi biskut bulat dan dibiarkan kering di bawah sinaran matahari terik. Biskut-biskut yang telah siap dimasukkan ke dalam tong untuk dijual di pasar atau tepi-tepi jalanan.

Seorang wartawan yang mencuba sekeping biskut tersebut mendapati ia memiliki tahap ketebalan yang licin dan sebaik sahaja terkena lidah, ia mampu menyerap semua lembapan dalam mulut. Beberapa jam kemudian, rasa lumpur yang kurang enak terserlah.

Lumpur mengandungi toksin atau parasit yang boleh membawa maut. Namun, menurut seorang profesor imunologi dari Universiti State Colorado yang mengkaji pemakanan lumpur, Gerald N. Callahan menjelaskan, lumpur juga berpotensi memperkuatkan tahap imun janin dalam rahim terhadap sesetengah jenis penyakit.

BISKUT perlu dikeringkan di bawah sinaran matahari terik.

Para doktor di Haiti pula berkata, mereka yang bergantung kepada biskut-biskut tersebut untuk zat makanan sebenarnya terdedah kepada risiko malnutrisi.

“Percayalah, jika saya terlihat orang makan biskut-biskut itu saya akan melarangnya,” kata Dr. Gabriel Thimothee, seorang pengarah eksekutif di Kementerian Kesihatan Haiti.

Seorang ibu, Marie Noel, 40, yang menjual biskut-biskut tersebut di pasar menampung kehidupan tujuh orang anaknya berkata, seluruh keluarganya bergantung kepada biskut berkenaan sebagai sumber makanan.

“Saya harap suatu hari nanti, saya mempunyai makanan yang mencukupi dan tidak lagi perlu makan benda-benda ini. Saya tahu ini tidak menyihatkan,” katanya. – AP

BEST VIDEO TODAY

Battle colours!



Semua Penduduk Kedah Menjadi Jutawan Kerana UMNO



The battle has begun

Posting terkini

Blog Archive