KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 15, 2008

JKM TOLAK PERMOHONAN





KM ohhh JKM
darigaunghati

Zaid 23, dan Nurul Shahirah 4, keduanya menjadi mangsa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Barisan Nasional, JKM gagal berikan bantuan kepada keduanya kerana alasan tidak munasabah. Keduanya sangat memerlukan bantuan, kepada siapa nak mengadu? kepada YB?, Nurul dah jumpa YB, YB beri RM10, pastu hina keluarga Nurul sebab tak berusaha dan sebagainya. Kasihanlah Nurul, ayah dia Orang kurang upaya (OKT), Zaid pula ibunya, ibu tunggal hidup diatas pencen arwah suami. Kena tanggung juga anak yang lain. Dua adik zaid berjaya masuk IPTA.

Sesiapa ingin membantu mereka ini sila hulurkan sumbangan melalui PAS Pahang, untuk makluman lanjut, telefon 09-2965143, untuk dapatkan no akaun Tabung Kebajikan PAS Pahang

Tan Sri MUHD TAIB Tendang Aziz Shamsuddin Dari SHAH ALAM?


Sanggahtoksago
By TARMIZI MOHD JAM

CALON PAS 2004, Ir. Abdul Khalid Samad yang juga sepupu Menteri Pelajaran, Hisyamuddin Husin disebut-sebut terus mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya kali ini.

Mantan Menteri Besar Selangor yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Muhamad Muhd Taib pula disebut-sebut akan "menendang" Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin yang kini Ahli Parlimen Shah Alam.

Dalam pilihan raya lalu, Ir. Khalid kalah ditangan Abdul Aziz tetapi beliau dijangka akan bertanding sekali lagi bagi merebut kerusi yang dikatakan sudah dilanda angin perubahan itu.

Ir. Khalid adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dan adik kepada Ahli Parlimen Johor Bharu yang juga mantan Menteri Kebajikan Masyarakat, Datuk Shahril Abdul Samad.

2 HARI BERITA BERNAMA BODEK BN

Berikut adalah bukti SAH BERNAMA menjadi BARUA kepada Barisan Nasional. Mula pada 12/2/2004 sehingga 15/2/2008, hari DUA berita tentang pembangkang. BERNAMA BARUA ....Memang SAH....

  • Puteri UMNO Harap Datuk Noraini Dicalonkan
  • Kerajaan Sentiasa Memartabatkan Islam Dalam Pembangunannya, Kata Najib
  • Pengerusi MIC Johor Nafi Spekulasi Tentang Anaknya Dan Anak Samy Vellu
  • Jangan Guna Isu Sensitif Ketika Berkempen - Polis
  • 2008 Tahun Merawat Kelantan Bagi BN - Najib
  • Konsep Negara Kebajikan Tidak Produktif, Tidak Logik
  • Muka Baru Suntik Semangat Baru Kepada MIC, Kata Samy Vellu
  • Brunei Mampu Letak Harga Bahan Api Murah Kerana Saiz Penduduk Kecil
  • PPP Minta MCA, Gerakan Dan MIC Bersikap gentleman
  • Penyandang Dari MIC Berdepan Dengan Risiko Kena Gugur
  • Tiga MB Harap Dicalonkan Semula Tanding DUN
  • Tempoh Kempen Pilihan Raya Kali Ini Tidak Terlalu Panjang - Najib
  • BN Sarawak Cari Formula Selesai Krisis PRS
  • Parti Politk Terkejut Dengan Langkah SPR Beri Tempoh Berkempen Yang Lebih Lama
  • Perdana Menteri Menghadap Sultan Johor Dipercayai Mengenai Kedudukan Ghani
  • Bertanding Di Kepala Batas Tanda Hadi Tidak Yakin, Kata PM
  • Jangan Cuba Bangkitkan Isu Gugat Keselamatan Negara, Musa
  • Tiada Masalah Parti Mahu Bertukar Kerusi - Abdullah
  • KSN Ingatkan Kakitangan Awam Laksana Tugas Seperti Biasa Dalam Hadapi Pilihan Raya
  • 13 Hari Cukup Untuk Semua Pihak Berkempen
  • Abdullah Enggan Hurai Kedudukan Beberapa Tokoh BN
  • Indeks Jenayah Yang Meningkat Cabaran Utama PDRM , Kata Musa
  • RTM World Akan Mula Bersiaran Pada April Ini
  • Tempoh Berkempen 13 Hari Mencukupi, Kata SPR
  • Hanya Yang Mampu Berkhidmat Akan Dicalonkan - PM
  • MCA Serah Senarai Calon Kepada PM Dua Hari Lagi
  • TPM Lawat Kelantan Esok
  • Rakyat Perlu Terus Bantu Dan Sokong Barisan Nasional Dalam Bangunkan Negara
  • Keng Yaik Ucap Selamat Tinggal Kepada Rakan Kabinet
  • Kerajaan Komited Bangunkan Kebudayaan Tempatan - Abdullah
  • Parti Pembangkang Banyak Berbohong - Najib
  • Najib Yakin BN Akan Capai Majoriti Lebih Dua Pertiga
  • PAS Usaha Menang Sekurang-kurang 40 Kerusi Parlimen
  • Abdul Hadi Sedia Cabar Abdullah Di Kepala Batas
  • BN Kelantan Tunggu Masa Umum Manifesto
  • Sekumpulan Wartawan Gagalkan Cubaan Ragut
  • MCA Telah Tentukan Lebih 90 Peratus Senarai Calon
  • Pengumuman Pilihan Raya Beri Reaksi Tindak Balas Spontan Kepada Bursa Malaysia
  • SPR Tentukan Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12 Khamis
  • BPM Sedia Ke Peringkat Global Dalam Masa Empat Tahun
  • Pade Doh, Pakat Kelik Ngundi, Strategi Pemuda BN Tawan Kelantan
  • SPR Tetapkan Tarikh Pencalonan, Pengundian Pilihan Raya Umum Khamis
  • Parlimen Bubar Hari Ini Untuk Pilihan Raya Umum Ke-12
Mana parti yang hebat seperti Pendekar? UMNO ada gaya. Angkat keris konon. Tapi benar benarkah mereka parti pendekar atau sekadar lakunan sotong yang lemah gemalai? Mereka sebenarnya parti paling PENAKUT di dunia apabila bimbang untuk bertempur secara adil. Sudah lah dikawal TV kerajaan dan swasta, malah mereka monopoli berita akhbar harian di Malaysia. Inikah parti yang kononnya mahu mempertahankan hak rakyat?

Kalau betul betul anak jantan, cukup sekadar benarkan PERMIT edaran akhbar parti pembangkang harian. Baru tau dunia tinggi atau rendah. Takkan berani kerana BN adalah parti yang terkenal BACUL dan PENGECUTnya. Pendekar kononnnnnn.....

Badawi says ” Why should I attend ” ?

rockinsince86

Roses will be the symbolic medium used to appeal for Abdullah to heed the demands. Two letters have been submitted to the prime minister’s office last month, inviting the premier to receive the roses.

Abdullah however have denied receiving any invitations and said that he will not attend any Hindraf event.

“What for? Why should I attend any Hindraf event?” he said when asked by a reporter at a press conference held after chairing Umno’s Supreme Council meeting on election preparations yesterday.

Commenting on this, Manickavsagam said that even though Abdullah cannot attend, he should send a representative to receive the roses. In the meantime, Manickavasagam said that they are expecting that the police to obtain a restriction order to prevent them from gathering and also to give the police rights to arrest participants.

“We expect arrests tomorrow but we are prepared. As far as we are concerned, arresting us in front of the children will only tarnish their reputation nationally, and internationally,” he commented.


Apart from the 18-point demands, Hindraf is also seeking the release of its leaders and legal advisers who have been detained under the Internal Security Act since Dec 13 last year. Among them are Waythamoorthy’s brother, Uthayakumar.

by Malaysiakini

KAYVEAS MENGAMUK KERANA BN TENDANG KESANA KEMARI


Jangan tendang sana, sini'
hmetro

KUALA LUMPUR: "Lebih baik saya berhenti sahaja daripada politik ini kalau satu penggal tendang sana tendang sini, tak boleh la macam ini, PPP (Parti Progresif Penduduk) pun ada maruah.

"Jangan jadikan kita seperti anak angkat, saya tak boleh tahan lagi, kalau saya jadi presiden PPP dua tiga tahun mungkin tak apa, tapi saya dah jadi presiden 15 tahun.

"Lima tahun lagi orang kata saya sudah lama dan minta turun dari jawatan," kata Presiden PPP, Datuk M Kayveas, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan parti itu bagi membincangkan persiapan pilihan raya umum (PRU), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi PPP akan diberikan satu kerusi Parlimen, tetapi mungkin bukan di Taiping yang dimenangi Kayveas pada PRU 2004.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau perlu bertanding di Taiping kerana semua persiapan sudah diatur di kawasan berkenaan termasuk membuka bilik gerakan, poster dan sebagainya.

REMAJA HILANG TAK DITEMUI


Berdasar laporan orang hilang yang didedahkan laman web PDRM, lebih 80 peratus daripada 194 individu dilaporkan hilang sejak 2005 terdiri daripada gadis berusia bawah 25 tahun.

Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, seramai 38 gadis hilang sepanjang tahun lalu yang dimasukkan ke laman web itu masih hilang hingga kini, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya.

Menurutnya, dalam kebanyakan kes sebelum ini, siasatan mendapati kebanyakan punca gadis melarikan diri dari rumah kerana faktor pujukan kekasih, pengaruh kawan dan gelojak jiwa yang inginkan kebebasan.

Difahamkan, polis menerima 6,270 laporan kes kehilangan gadis sejak 2004 hingga Mei tahun lalu dengan peringkat usia 14 hingga 17 tahun penyumbang statistik utama iaitu 4,097 orang.

Berdasarkan laman web PDRM yang sentiasa dikemas kini itu, antara individu yang dilaporkan hilang ialah Siti Balkhiah Ahmad Anas, 15, yang lari dari rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Kedah, pada 25 Oktober lalu.

ARTIS BARU SINGKIR ARTIS LAMA


Karyawan bertindak
Oleh Mohd Nasif Badruddin
hmetro

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sebulat suara mengambil tindakan melucutkan keahlian Datuk Aziz Sattar, Zieman (Fauziah Johar), Betty Banafe dan Yang Jamil kerana mencemarkan kredibiliti dan nama baik persatuan.

Keputusan berkenaan dicapai pada Mesyuarat AJK Karyawan yang diadakan pada 11 Februari lalu.

Menurut presidennya, Freddie Fernandez, tindakan sedemikian sah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 8(1)(b) Perlembagaan Karyawan.

"AJK Karyawan merasakan bahawa tindakan mereka yang dinamakan (empat nama di atas) mencemarkan nama baik dan reputasi Karyawan. AJK juga memanggil mereka untuk membela diri atau memberikan tunjuk sebab kenapa keahlian mereka tidak harus digugurkan.

"Akibat daripada kegagalan untuk hadir, AJK secara majoriti bersetuju untuk menggugurkan keahlian mereka," katanya ketika sidang media di Pejabat Karyawan, di sini semalam.

Tambahnya lagi, empat hari sebelum mesyuarat, beliau menelefon mereka tetapi tidak mendapat respon. Dua hari kemudian, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi juga tidak mendapat maklum balas kecuali Zieman yang mengatakan 'OK' dan tidak kisah.

Sementara Aziz menerusi kenyataan di media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Karyawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 5 Februari lalu berkata, beliau tidak kisah dilucutkan keahlian dan sanggup keluar dari Karyawan. Manakala Betty dan Yang Jamil masih tidak memberi sebarang respon.

"Walaupun bukan ahli lagi, Aziz terus akan menerima pencen Karyawan setiap bulan dengan syarat dia harus datang sendiri ke pejabat Karyawan untuk mengambil cek pencen itu pada setiap 28 haribulan.

"Ini diadakan kerana sebelum ini bayaran dibuat secara automatik ke dalam akaunnya, tetapi dia sendiri mempertikaikannya dan membuat kenyataan tidak tahu sama ada menerima atau tidak wang itu kerana tiada apa-apa surat dikeluarkan Karyawan," katanya.

Freddie juga berkata, pihaknya masih mengkaji sama ada akan menyaman Aziz dan tiga lagi bekas ahlinya atau tidak atas alasan mencemarkan nama baik Karyawan selain dikenakan tindakan digugurkan keahlian.

Aziz sebelum ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 17 Januari lalu selepas timbul perasaan tidak puas hati dan mengesyaki wujud penyelewengan kuasa dan dana oleh individu tertentu dalam Karyawan.

Beliau juga dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Putrajaya pada 22 Januari lalu.

NAJIB RAZAK BOLEH MASUK LAWAKING

BN isytihar 2008 sebagai "Tahun Merawat Kelantan

" KOTA BAHARU: Jika PAS sebelum ini mengisytiharkan 2008 sebagai Tahun Melawat Kelantan, Barisan Nasional (BN) pula mahu menjadikannya sebagai "Tahun Merawat Kelantan" bagi menyembuhkan keadaan ekonomi dan sosial rakyat Kelantan secara total, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

No2umnO - UMNO nak rawat Kelantan ...... BUkan kah UMNO dan BN perlu dirawat. Kahhhh....Kah....keehh....kaakkk..... Aiiiiigggtttt tuiiiiiii. Aku ketawa sampai nak terkencing kencing. Lebih lawak dari Lawaking dan senario.

UMNO Dun BOTA Bercelaru, Peluang BA CERAH Di Parit!


Jentera Umno Parit kini berkempen kononnya Datuk Zaim akan dipilih menjadi MB Perak, menggantikan Tajol Rosli selepas pilihan raya ini.
sanggahtoksago
By TARMIZI MOHD JAM

CAWANGAN-CAWANGAN Umno dalam Dun Bota, Parlimen Parit dikatakan sedang "bergolak" ekoran pemilihan calon pilihan raya bagi Dun itu yang kian kontroversi.

Mantan Setiausaha Umno Bahagian, Yusuf Nordin dari Kg. Lambor Kiri dikatakan akan bertindak membubar atau mengajak penyokong Umno di beberapa cawangan mengundi pembangkang dalam pilihan raya akan datang sekiranya beliau tidak terpilih menjadi calon kali ini.

Nama Yusuf sudah diwar-warkan sebagai calon Dun Bota sejak pilihan raya umum 1999 dan 2004 yang lalu. Beliau yang juga mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian itu dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat sekitar Kg. Pasir Sena, Kg. Lambor Kiri, Kg. Bakong, Kg. Kuchai, Kg. Teluk Kepayang, Kg. Ekor Bota dan Kg. Bota Kiri.

Dalam perkembangan lain, dari tinjauan rambang yang dibuat oleh petugas pilihan raya Dun Bota, mendapati para penyokong Adun Bota sekarang, Datuk Che Ri Daud juga, akan bertindak mengundi pembangkang seperti pilihan raya umum 1999 sekiranya Adun tersebut digugurkan dalam pilihan raya kali ini.

"Kami mahu dia (Datuk Che Ri) sepenggal lagi. Bagilah dia dua penggal. Jangan ikut sedap nak gugur. Kalau gugur, kami akan pastikan rakan kami dari PKR yang tanding di sini menang kali ini, " tegas seorang aktivis Umno Kg. Tua Batu 16.

Adalah dipercayai, Umno Cawangan Kg. Teluk Bedayung, Kg Lambor Kanan, Kg. Tua Batu 16, Kg Teluk Bakong, Kg Padang Marhum, Kg. Padang Changkat dan Pekan Bota akan beralih angin jika pemimpin proksi mereka, Che Ri digugurkan.

Di Dun Blanja lain pula yang terjadi. Adun Blanja yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zaim Abu Hassan dikatakan makin mantap kedudukannya sejak isu kononnya beliau akan dipilih menjadi Menteri Besar Perak menggantikan Tajol Rosli selepas pilihan raya ini, dimainkan oleh jentera pilihan raya BN.

Zaim yang memang dikenali sebagai peramah, pemurah dan mudah mesra itu telah disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar dan ini mempengaruhi para pengundi di Dun ini untuk menyokong beliau.

Menurut pemerhati politik tempatan, peluang BA di Dun Bota cerah ekoran krisis yang melanda di cawangan-cawangan Umno di Dun ini. Kata sumber itu, jika Yusuf Nordin tidak terpilih, ramai penyokongnya akan mengundi calon BA.

Dan jika Datuk Che Ri Daud digugurkan, ramai juga penyokongnya akan mengundi BA.

Untuk pengetahuan umum, pengundi dalam Parlimen Parit memang dikenali cukup terbuka dan sentiasa bersedia bukan sahaja untuk mengundi calon import tetapi boleh menukar selera sekiranya ada yang tidak kena kepada mereka.

Posting terkini

Blog Archive