KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 22, 2008

Suasana Di Kediaman MB Perak Kecoh: Ahli Umno Tak Puas Hati

OLEH: JOHARI JAAFAR

IPOH: 22 Feb. (hrkh) - Suasana di perkarangan kediaman Menteri Besar Perak kecoh malam tadi ekoran ahli-ahli Umno dan penyokong pemimpin Umno tertentu tidak puas hati dengan senarai calon-calon BN yang telah diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Datuk Tajul Rosli Ghazali.
Mereka telah bertindak menampal poster poster di pintu masuk kediaman rasmi MB Perak.

Mereka berhimpun di dalam dan di luar kediaman MB Perak tersebut sehingga larut malam dan mereka mendesak MB Perak mengubah beberapa senarai calon yang pada pendapat mereka tidak sesuai dan tidak mengikut kehendak ahli bawahan di bahagian tersebut.

Sehingga jam 9.00 pagi pagi kediaman rumah MB Perak menjadi perhatian. Kelihatan banyak kereta yang masuk ke perkarangan kediaman MB. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di kawasan perkarangan kediaman MB Perak tersewbut.

Seorang ahli Umno yang ditemui di luar kediaman tersebut dengan perasaan marah tidak bersetuju dengan calon BN untuk kerusi Tualang Sekah dalam Parlimen Kampar.

"Budak beringus hendak diletakkan menjadi calon, kenapa tidak dipilih orang yang telah lama berkhidmat dalam Umno bahagian, yang banyak berjasa" ujarnya.
Semalam Tajol Rosli telah mengumumkan senarai calon-calon Umno yang mewakili BN bertanding bagi 11 kerusi Parlimen dan 34 kerusi Dun.

Adun Tualang Sekah sebelum ini, Datuk Mohamed Radhi Manan menepati ramalan telah digurgurkan tetapi nama calon yang diumumkan untuk merebut kerusi itu tidak disenangi oleh banyak pihak terutama `musuh politik' Radhi Manan.

Nolee Ashilin Mohamed Radzi adalah anak kepada Datuk Radzi Manan, Sedangkan calon yang disebut-sebut untuk bertanding di kerusi itu Naib Ketua Umno bahagian tersebut, Yusof Alang Ahmad.

Penyokong-penyokong Yusof tidak berpuas hati dan mereka adalah antara yang berkumpul di perkarangan kediaman MB Perak.

"Kami akan desak MB supaya mengubah kembali calon Dun Tualang Sekah, kami tidak mahu budak yang beringus' dipilih sebagai calon," ujar seorang ahli Umno yang dipercayai penyokong kuat Yusof.

Sekumpulan ahli Umno bahagian Pasir Salah juga dilihat berada di kawasan tersebuit. Mereka memprotes nama calon yang telah diumumkan untuk kerusi Parlimen Pasir Salah.

Nama calon yang telah diumumkan itu ialah Datuk Tajudin Abdul Rahman yang sebelum ini menjadi DUN Kampung Gajah tetapi kali ini beliau disenaraikan sebagai calon untuk kerusi Parlimen Pasir Salak. Ahli Parlimen kawasan itu sebelum ini Tan Sri Ramli Ngah Talib telah digugurkan.

"Kami tidak suka Tajudin dicalonkan untuk kerusi Parlimen Pasir Salak," ujar seorang Umno yang ditemui di situ.

Akibat mahu tutup skandal, bekas YB gelabah beli semua Harakah!



Azamin Amin
harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Gombak, Dato' Dr Rahman Ismail telah mengarahkan wakil dan agennya membeli sejumlah lebih 1,000 naskhah Harakah yang menyiarkan gambar berdua-duaan beliau dengan Senator Dato' Norhayati Onn yang juga seorang Ahli Exco Wanita Umno Malaysia.

ImageGelabah dengan isu skandal dan gambar itu, pembelian secara borong Harakah itu dilakukan pada Khamis 14 Februari lalu untuk memastikan berita skandal tersebut tidak diketahui umum.

Ramai pembeli tetap Harakah turut membuat aduan bahawa akhbar terbabit sudah tidak dijual di beberapa kedai dan ketika ditanya kepada para pekedai sekitar sini, semua memaklumkan bahawa beberapa wakil BN datang membeli Harakah secara borong, setelah diselidiki ianya atas arahan Rahman.

Demikian adalah petikan berita daripada risalah Kempen yang dijual RM2.00 telah diedarkan ke seluruh negara untuk pembaca yang dahagakan informasi tepat mengenai suara alternatif dalam demam pilihan raya umum ke-12.

Antara yang isu menarik dalam Kempen ini ialah analisis semasa mengenai isu penyelewengan pilihan raya, isu negara berkebajikan, isu kegagalan pengurusan ekonomi, skandal anak menantu Perdana Menteri termasuk pendedahan Rahman Ismail yang membeli semua naskhah Harakah tersebut.

"Selain Kempen berharga RM2.00, kami juga menerbitkan Kempen 1, Kempen 2, Kempen 3 secara percuma dan diedarkan melalui PAS Negeri masing-masing," ujar Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.

Edisi khas Kempen sudah berada di pasaran hari ini dan bagi yang berminat untuk memiliki edisi ini boleh mendapatkannya terus di Pejabat Urusan Harakah, Jalan Pahang Barat atau menelefon ke nombor (03-40213343). - mks.

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong BN persoal laporan PM


Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Ruhanie Ahmad mempersoalkan, adakah pengundi di kampung-kampung faham dan mengambil peduli apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kad laporannya kepada rakyat.

Beliau juga membangkitkan tentang merebaknya presepsi bahawa kerajaan pimpinan Abdullah seolah-olah menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing, dipercayai Singapura.

Begitu juga dengan soal keterlanjuran menantu Abdullah (Khairy Jamaludin) yang kian menghantui pemikiran rakyat.

"Hebat. Memang cukup hebat. Ini bermakna seolah-olah era Abdullah jauh lebih baik daripada era Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini bermakna seolah-olah Abdullah adalah Perdana Menteri yang amat cemerlang prestasinya," kata beliau, yang dilihat sebagai menyindir Perdana Menteri.

"Soalnya, adakah pengundi di kampung-kampung yang menjadi pendukung setia Barisan Nasional (BN) sejak merdeka, faham hakikat di atas? Adakah mereka pedulikan seluruh perangkaan tersebut? Tidak mungkinkah mereka akan bertanya, kalau prestasi kerajaan Abdullah mencecah trillion ringgit, kenapakah harga barang mahal? Kenapa harga petrol naik? Kenapa duit mereka seolah-olah semakin menguncup nilainya?" beliau mempersoalkan.

Menurut Ruhanie, beliau mengemukakan soalan tersebut kerana itulah persoalan orang-orang kampung sejak akhir-akhir ini.

"Sepatah kata orang Jawa di kampung saya, mereka masih lagi memikirkan soal “sandang-pangan” atau soal pakaian dan makanan. Mudahnya, soal kehidupan yang asas – soal perut!"

Pada waktu yang sama, katanya lagi, adakah para pengundi di kawasan bandar terpesona dengan laporan di atas?

"Mereka akan mengungkit, indeks rasuah negara bagaimana? Soal kemiskinan di bandar di mana tahapnya? Mereka akan menghujjah, soal kredibiliti kerajaan ketika ini di mana tarafnya?

"Soal presepsi bahawa kerajaan mutakhir seolah-olah menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing mengapa kian merebak? Soal kronisme mengapa terlalu rancak dipolemikkan?

"Dan, soal keterlanjuran menantu Abdullah mengapa kian menghantui pemikiran rakyat?" bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu mempersoalkan.

Golongan idealis pula, katanya, akan bersuara sudahkah Abdullah memberikan semangat, roh dan jiwa kepada kata-kata beliau yang termaktub di dalam puisi Damai Abadi yang menghiasi Manifesto BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.

"Dan, sudahkah propaganda puitis Abdullah yang kononnya beliau mahu mencari “Al-Ghazali dan Al-Shafie” kerana beliau pemimpin yang berpedomankan “rahsia kitab suci” dan berpandukan “sunnah nabi,” menjadi realiti?"

Sebenarnya, kata Ruhanie lagi, senarai persoalannya amat panjang sekali.

"Bagaimanapun, seluruh persoalan di atas sewajarnya menginsafkan Abdullah bahawa kesejahteraan hidup rakyat jelata yang sedang diraihkan sokongannya ketika ini bukan hanya berpaksikan kepada perangkaan trillion ringgit nilainya," beliau mengingatkan.

Kesejahteraan total rakyat ketika ini, katanya lagi, sewajarnya merangkumi soal perut, roh dan jiwa; sewajarnya meliputi soal prinsip dan integriti; sewajarnya mencakupi soal minda, akal, budi dan kredibiliti, semestinya memfokus kepada soal maruah, jatidiri dan kedaulatan negara-bangsa.

Boleh jalanlah air mata buaya hampa!

penarikbeca.blogspot.com

Sekiranya Barisan Nasional menang lagi di Taiping, Lenggong dan Sungai Siput, saya tidak tahu apa lagi hendak dikatakan kepada orang-orang Umno di kawasan itu.

Sebelum ini, saya sakit hati betul dengan orang-orang Umno Sungai Siput (jangan lupa ratib sakti Datuk Seri S Samy Vellu, "Umno jiwa saya! Umno nadi saya!") dan Bukit Gantang. Kalau saya berjumpa dengan mereka, hati saya pedih!

Hati saya pedih walaupun saya tidak memusuhi mereka.

Saya yakin, orang-orang India (Makkal Sakti!) dan orang-orang Cina yang bermaruah di Sungai Siput tidak akan memberikan undi kepada Samy Vellu.

Mereka ada maruah dan harga diri. Begitu juga orang-orang Melayu yang bermaruah. Tetapi, orang-orang Umno... entahlah!

Saya tidak mampu memusuhi ahli-ahli Umno di mana-mana pun kerana mereka adalah saudara saya di dalam Islam. Malah, ramai orang-orang Umno yang dekat di hati saya.

Tak mungkin saya balik ke kampung saya di Matang, Taiping dan berkelahi serta memaki-hamun orang-orang Umno kawasan Bukit Gantang. Matang berada dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Tak mungkin saya memaki hamun adik-beradik saya di Sungai Siput yang menyokong Umno serta kembang-kempis hidung mereka apabila disebut nama Samy Vellu.

Sungai Siput menghantar nostalgia tersendiri dalam kenangan saya. Kecil-kecil dulu, Sungai Siputlah tempat saya "berjalan". Rumah Allahyarham abang emak saya di situ. Samy Vellu kenal Allahyarham Cik Gu Hamzah kerana beliau bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Sungai Siput.

Ahh, saya dah menyentuh bapa saudara yang sangat-sangat saya kasihi...

Apa pun, jika Samy Vellu menang lagi di Sungai Siput, orang-orang Umno Sungai Siputlah yang sebenarnya menjadikan sakit hati orang-orang India lebih parah dan berdarah.

Jika Kayveas menang lagi di Taiping, orang-orang Umno Taipinglah yang memerah air mata rakan-rakan mereka, ahli-ahli Umno di Lenggong dan Gerik. Lenggong dan Gerik... Ramai adik-beradik saya di sana, juga tempat saya "berjalan" kecil-kecil dahulu.

Jika Kayveas menang lagi di Taiping, orang-orang Umno Taipinglah yang yang menafikan pembangunan yang menyeluruh di Taiping kerana Hasrul Halid mendedahkan, pembangunan di Taiping "untuk 'ras' tertentu sahaja".

Lebih dari itu, jika Barisan Nasional menang lagi di Lenggong, izinkanlan saya katakan kepada orang-orang Umno Lenggong termasuk adik-beradik saya, "boleh jalanlah air mata buaya hampa!"

Malaysian Newspaper Forced to Shut Up

A tycoon snaps up Malaysia’s last independent daily newspaper
the-malaysian.blogspot.

By Jed Yoong

With national elections nearing, independent daily newspapering in Malaysia appears to be an endangered species with the recent purchase of the only unfettered English-language daily, The Sun, by tycoon Vincent Tan, who reportedly has already begun to make distressing changes. Outspoken political editor Zainon Ahmad has been relegated to “consultant editor” and a new editor-in-chief, Chong Cheng Hai, replaced the respected Ho Kay Tat.

As an indication of how endangered the press is in Malaysia, the Bangkok-based Southeast Asian Press Alliance issued a statement on February 21 noting that two newspapers regarded as more critical than other mainstream media have not yet had their annual licenses renewed approved. Citing local sources, SEAPA said the two “have had to show a different slant after Parliament was dissolved on 13 February to make way for a general election on 8 March.”

Like all newspapers in Malaysia, the two, the Tamil-language Makkal Osai and the Chinese Oriental Daily, risk losing their licenses if they criticize the government too strongly. "We are concerned that the requirement for a publication permit has been effective in silencing critical voices and controlling any attempt for editorial independence,” SEAPA said in its statement.

A local political blog, Screenshots, edited by Jeff Ooi, reported that at a dinner on the eve of the Lunar New Year attended by Selangor Chief Minister Khir Toyo, a representative of the new owners of the Sun told staff that all criticism of Khir and his government had to stop, including instances of poor governance in Selangor State, the territory surrounding the Kuala Lumpur federal territory, and notably the suburbs of Petaling Jaya, Ampang Jaya and Subang Jaya.

The Sun’s deputy news editor and columnist R Nadeswaran told Asia Sentinel in a telephone interview: “No one is going to boss me around,” adding that as far as he knows there has been no change in editorial policy. However, he acknowledged that in a meeting with Khir, “accusations were thrown around” but declined to elaborate. He also said he has no plans to leave the paper.

Tan, a longtime crony of former Prime Minister Mahathir Mohamad, heads Berjaya Group, a corporate empire that includes a lottery and property development. Tan himself is at the center of Malaysia’s biggest judicial scandal since independence, in which a prominent lawyer, V K Lingam, was videotaped in conversation with the country’s third-highest ranking judge seeking to fix judicial appointees favorable to Tan. According to testimony at a Royal Commission looking into the scandal, Lingam also personally wrote a RM$10 million libel judgment in Tan’s favor and had it delivered to the judge who read it in court. The Sun has reported fully on that issue as well, a least until now

Tan bought the paper from Tong Kooi Ong, a businessman who founded and built one of the country’s most successful and innovative banks, PhileoAllied Bank. Tong retained control of The Edge, a business daily and weekly, and Ho remains editor of that publication. Tong is also regarded as a close associate of former deputy premier and finance minister Anwar Ibrahim, now the de facto leader of the country’s umbrella of opposition parties.

Since it changed hands, the tone of the paper, which has a daily circulation of about 265,000 copies, has become more mainstream. A recent front-page featured the embattled and scandal-scarred Malaysian Indian Congress (MIC) leader S. Samy Vellu, who is also Public Works Minister and has been in the Malaysian cabinet for decades.

Media freedom in Malaysia has been a myth at least since former premier Mahathir Mohamed temporarily revoked the licenses of The Star and the leading Chinese daily, Sin Chew Jit Poh, in 1987. From then, the industry has toed the government line and shied away from reporting controversial issues. Publishers are caught in a tight spot because of the annual license renewal by the Ministry of Home Affairs. The Printing Presses and Publications Act also has draconian regulations on sedition that can be broadly interpreted. Generally, licenses can be revoked without room for review, and have been.

All of Malaysia’s mainstream media companies are controlled by components of the Barisan Nasional, the ruling coalition of ethnic political parties, either directly or through proxies. The United Malays National Organisation, the country’s largest party, which represents ethnic Malays and leads the coalition, owns the New Straits Times Press stable of newspapers through Media Prima Bhd. This includes the English-language New Straits Times and two Malay-language papers, Berita Harian and Harian Metro, and television stations TV3 and NTV7. The Malaysian Chinese Association (MCA) owns the English-language Star and the Chinese-language Sin Chew Jit Poh through its investment arm, Huaren. The Malaysian Indian Congress owns the Tamil-language Nesan.

Under such a repressive environment, it’s a feat that The Sun rocked the boat at all. Nadeswaran exposed a series of dubious transactions inside the Selangor state government and a RM4.6 billion (US$1.42 billion) Port Klang Free Zone scandal, which implicated Transport Minister and MCA deputy president Chan Kong Choy as well as UMNO personalities. The paper has also given significant coverage to opposition parties, something they don’t get in the government-controlled press.

When Tan took control of the paper a few weeks ago, no one really blinked. Most expected the good times to end, especially with a general election set for March 8. The only good side is that this time the government used cash instead of harsh laws like the Internal Security Act, which allows persons deemed to be a threat to national security to be detained without trial. The act is often used to silence political dissidents. Put it this way, Nadeswaran is still a free man, although on leave till March 2.

Under Abdullah Badawi, the media has been more vocal than under Mahathir although still constrained by political masters. As a result, blogs and internet media have flourished. Online news portal Malaysiakini led the way in 1999 in the wake of the reformasi movement sparked by Anwar’s abrupt sacking and subsequent jailing on charges of sexual perversion and corruption, which were widely viewed as trumped up.

Information Minister Zainuddin Maidin frequently warns bloggers or attempts to discredit them. One, Nathaniel Tan, has been arrested and charged. After Tan was taken into police custody, friends and families could not contact or locate him for about seven hours. Two others are being sued for defamation by the NST and its editors. Although mostly a personal spat, some see the civil suit as intimidation aimed at silencing freedom of speech. (Asia Sentinel)

***** For every bottom licker like Vincent Tan there is a courageous fighter for freedom like R. Nadeswaran. But things could have been worse. At least Dr Mahathir is still not in power. Be thankful for small mercies.

SIAPA PILIH WAKIL RAKYAT? RAKYAT ATAU PEMIMPIN

Wakil Rakyat UMNO Dilantik atau Dipilih Rakyat
zulhairy-jalaluddin

Sekarang orang sibuk cakap pasal calon pilihanraya, jadi saya nak discuss macam mana wakil rakyat UMNO dipilih oleh rakyat. Jawapannya, mereka dipilih oleh pengundi melalui proses pilihanraya. Tapi macam mana calon UMNO itu dilantik bagi mewakili Barisan Nasional. Amalan sekarang Presiden partilah yang melantik mereka setelah menerima perakuan Pengerusi UMNO Negeri.

Pertama, macam mana Presiden parti nak lantik calon yang layak ? Apakah benchmark yang digunakannya. Sudah tentu jawapannya, prestasi yang baik, bekerja untuk rakyat, dedikasi, tidak rasuah, berilmu, rekod perkhidmatan yang cemerlang, sentiasa menyokong dasar dan kepimpinannya, diterima baik diperingkat pimpinan parti akar-umbi dan pengundi dan banyak lagi. Betul ke ? Kalau betul apa sumber maklumat beliau. Cukup ke dari mulut Pengerusi UMNO Negeri. Tidak, sudah tentu ada sumber-sumber lain.

Kedua, apa pula kriteria Pengerusi UMNO Negeri untuk dia melantik atau memperakukan seseorang itu sebagai calon wakil rakyat UMNO ? Jawapan yang akan diberi sudah tentu konsisten dengan tanda-aras Presiden ditambah dengan seseorang itu mesti menyokong kepimpinannya untuk mempertahankan kepimpinannya di negeri.

Tan Sri Muhammad bin Taib, Ketua Penerangan UMNO yang bekerja tak kira masa. Walaupun tanpa sebarang jawatan kerajaan namun semua orang UMNO tahu taatnya beliau kepada parti. Betapa dia dipandang sebagai pemimpin berjiwa besar apabila memberi teladan yang baik kepada ahli UMNO. Walaupun tidak dicalon dalam pilihanraya 2004, dia tidak langsung menunjukkan rasa keciwa tetapi sebaliknya terus memberi inspirasi kepada ahli UMNO supaya fikirkan apa yang boleh disumbangkan kepada parti daripada memikirkan sebaliknya. Dalam pilihanraya 2004, dia tidak dicalonkan juga walaupun telah dijanjikan. Memang dia tidak keciwa, tetapi ramai orang yang mencintai UMNO sebagai parti yang memertabatkan bangsa Melayu seperti saya sangat keciwa. Sebab saya yakin Tan Sri Muhammmad Muhd Taib mampu mengangkat mertabat orang Melayu jika dia diberi peluang, berbanding dengan sebahagian mereka yang dilantik oleh Presiden dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Dato Zainal Abidin Hj Sakom bekas wakil rakyat N07 Batang Kali juga tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya ke 12. Semua pengundi dan pimpinan UMNO tahu bagaimana dia bekerja berkhidmat untuk parti dan rakyat. Tanya orang Cina dan India di kawasannya, mereka akan membenarkan kenyataan saya ini. Apatah lagi menjelajah ke seluruh negara membawa gagasan Presiden tentang Islam Hadhari. Saya selalu bersama beliau ke merata pelusuk kawasan. Siapa sahaja yang menjemput beliau walau di mana dia akan tetap sampai. Tanya siapa sahaja yang mengikuti ceramah beliau akan berpuas hati dengan penjelasannya. Sampai sekarang saya masih tak faham apa kekurangan dan kesalahan dia yang menyebabkan dia tidak dicalonkan semula. Kalau ditanya siapa sahaja pengundi di kawasannya atau pemerhati mereka pasti memilih Dato Zainal Abidin Hj Sakom sebagai calon BN di N07 Batang Kali. Tapi apa boleh buat sebab calon dilantik oleh Presiden dan Pengerusi UMNO Negeri bukan oleh rakyat.

Kita kena memilih calon yang tepat. Tapi macam mana nak pilih bila kita tidak diberi pilihan. Atau Presiden dan Pengerusi UMNO Negeri melantik calon UMNO bukan berdasarkan kriteria yang dinyatakan. Rakyat selalu disumbatkan kenyataan retorik supaya berfikir rasional, akur dengan kepimpinan dan sentiasa keletakkan kepentingan parti melebihi dari segalanya. Tapi pemimpin dia cakap ikut sedap mulut je. Bila dia buat keputusan rasional ke ? Ada kah mereka ni dengar rintihan rakyat ? Atau keputusan mereka adalah kepentingan parti atau pentingkan diri je.

Sebenarnya, saya berpendapat Presiden dan Pengerusi UMNO je yang memilih wakil rakyat UMNO ni bukan pengundi.

Gelora politik di Langkawi


pkrlangkawi
Oleh Syed Azwan Syed Ali
Khamis, 21 Februari 2008

KL: Umno di Langkawi seolah-olah "bergelora" sejak seminggu lalu apabila Datuk Mukhriz Tun Mahathir menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen di situ.

Persoalan siapa bakal menjadi calon tiba-tiba menjadi topik hangat apabila dua kumpulan kepimpinan pulau lagenda itu mengeluarkan kenyataan berbeza sama ada menyokong Mukhriz, 44, atau penyandang Datuk Paduka Abu Bakar Taib, 65. Satu pihak dilihat memihak kepada Mukhriz manakala satu lagi menolaknya dengan alasan beliau bukan anak tempatan seperti Abu Bakar yang telah berkhidmat di kawasan itu sejak 17 tahun lepas atau tiga penggal pilihan raya umum. Bagaimanapun, pemerhati politik Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin melihat kemelut Umno Langkawi itu sebagai satu fenomena "politik personaliti" antara dua calon. "Saya lihat apa yang berlaku di Langkawi bukannya politik Umno tetapi politik personaliti. Ini terjadi berikutan konflik yang wujud rentetan daripada kritikan terbuka Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) suatu ketika dulu.

"Ia menjalar ke peringkat bawah dan diterjemahkan dalam penolakan Mukhriz tetapi dalam sudut lain, ia adalah perkembangan yang positif.

Dalam jangka panjang jika Mukhriz dicalonkan ia diharap dapat mewujudkan perdamaian antara Dr Mahathir dan Abdullah," kata Shamsul Amri yang juga Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik UKM kepada Bernama. Setiausaha Umno Bahagian Langkawi Mohd Saiful Mustafa, Isnin lepas, berkata Umno bahagian itu menolak Mukhriz kerana beliau bukan anak tempatan dan mendakwa 85 daripada 91 cawangan Umno mahu Abu Bakar dikekalkan. Bagaimanapun, Pengerusi Tetap Umno Bahagian Langkawi Johari Bulat berkata 33 daripada 91 cawangan parti telah menandatangani kenyataan sokongan terhadap Mukhriz yang dilihat mampu membawa pembaharuan dan pembangunan kepada lebih 40,000 penduduk Langkawi.

"Ini menunjukkan Mukhriz mendapat sambutan baik di Parlimen Langkawi," katanya pada sidang akhbar Rabu yang turut dihadiri beberapa pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) antaranya pengerusi veteran Umno Langkawi Bakar Ahmad, Ketua MCA Langkawi Datuk Chew Liau Weng dan Ketua MIC Langkawi Manogaran Thopasamy.

Ramai pemerhati politik tempatan berpendapat kedua-dua calon, Abu Bakar atau Mukhriz, mampu untuk memikul tanggungjawab menjadi wakil rakyat BN kerana keduaduanya mempunyai ciri-ciri kepimpinan mesra rakyat, rendah diri dan berwibawa dengan latar belakang yang berbeza.

Bakar dilihat sebagai pemimpin kelahiran tempatan yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang sebagai kakitangan kerajaan, manakala Mukhriz dikenali melalui peranan aktif beliau dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO), Aman Malaysia, selain merupakan ahli perniagaan berjaya. Terbaru, Muhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan NGO Pemuda Umno dan Penyelaras Aman Malaysia mengetuai pasukan misi kemanusiaan menghantar ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Palestin di Gaza pada minggu lepas. "Saya berpendapat kedua-dua pihak itu seharusnya mengutamakan sokongan kepada calon yang akan dipilih. Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Ini bukan masanya nak bergaduh sesama sendiri atau mencari salah. "Kena fikir apa yang terbaik untuk Umno, BN dan pengundi.

Namun yang pasti kata putus ada di tangan Pak Lah (Abdullah) selaku presiden parti. Apa yang penting sokong calon yang dipilih," kata Shamsul Amri. Abu Bakar yang menewaskan pencabarnya, Zubir Ahmad (PAs) dengan majoriti 10,772 undi dalam pilihan raya umum 2004 dilaporkan akhbar tempatan sebagai berkata beliau bersedia memberi laluan kepada Mukhriz.

"Kenyataan Abu Bakar yang akan akur kepada apa jua keputusan pucuk pimpinan itu sebenarnya satu "endorsement" yang kuat. Apa lagi yang nak dipersoalkan, kita tunggu dan lihat siapa yang dipilih," kata Shamsul Amri. Pemerhati politik menjangkakan Mukhriz tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk memenangi kerusi parlimen itu jika dipilih berdasarkan legasi sumbangan bapanya yang merintis pembangunan di pulau legenda itu. Dr Mahathir yang pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor kira-kira 50 tahun lepas, bertekad untuk mengubah "Sumpah Mahsuri Tujuh Keturunan" menjadi pulau bebas cukai (status itu diperoleh pada 1987) dan pulau destinasi pelancongan bertaraf dunia. Dengan pekan Kuah sebagai pusat pentadbirannya, Langkawi yang terdiri daripada 104 gugusan pulau, mempunyai lebih 80 peratus pengundi Melayu dengan selebihnya adalah pengundi cina, India dan lain-lain.

Shahidan: Umno Arau mulakan protes besar-besaran

Oleh Rosli Ismail
penpasksgb.blogspot.com

JENTERA pilihanraya UMNO kawasan parlimen Arau,Perlis lumpuh samasekali berikutan perletakan jawatan beramai-ramai pimpinannya diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Senator Datuk Ismail Kassim .Ia dikatakan makin merebak ke kawasan parlimen Kangar dan Padang Besar.

Ismail yang juga adik kepada Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim telah mengadakan sidang akhbar di Kangar jam 4 pagi (Jumaat) untuk mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.Beliau disertai oleh sebilangan pemimpin UMNO Bahagian itu.

Ini kerana rasa tidak puashati pemilihan calon-calon yang dakwannya tidak ikut cadangan bahagian dan kebanyakannya calon 'orang luar’ yakni bukan ahli bahagian itu.
Ismail yang dihubungi Agendadaily jam 5.30 pagi (Jumaat) berkata mereka melihat langkah memilih calon-calon berkenaan adalah tanda tiada kepercayaan pucuk pimpinan kepada cadangan bahagian.

Menjawab satu soalan beliau mendakwa keadaannya seolah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad ‘menguasai’ UMNO Perlis.

Ditanya lagi adakah Menteri Besar selaku Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Pemuda bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Datuk Rozabil Abdul Rahman juga Setiausaha Politik Shahidan mengambil pendirian sama dengan mereka,Ismail berkata, “ hal itu kena tanya sendiri kepada mereka.”

Beliau memberitahu pada waktu tengahari Khamis kira-kira 10,000 orang telah berkumpul di kediaman Menteri Besar sebagai tanda sokongan kepada Shahidan dalam ' kemelut pemilihan calon ' UMNO Perlis.

Katanya pada sebelah malam pun ramai datang berkumpul di sebuah dewan di Kangar.

Ismail menegaskan tindakannya bukan tanda derhaka kepada parti.Katanya beliau tetap membantu kempen tetapi sebagai ahli biasa sahaja dan harap calon BN menang.

"Saya tak keluar parti...saya masih ahli parti yang setia...kami akan bantu kempen tapi bukan sebagai jentera ..cuma sebagai ahli biasa,"katanya.

Kepada soalan lain katanya pertandingan bagi kerusi Parlimen Arau dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan berkenaan menghadapi saingan sengit PAS khususnya dengan penyertaan Datuk Haron Din sebagai calon.

“Persaingan kami di Arau boleh dikatakan sengit macam di Kelantan,”katanya.

Dalam pada itu difahamkan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar dan Ketua Wanita Bahagian Padang Besar juga letak jawatan kerana sebab yang sama.

SEHINGGA AWAL PAGI JUMAAT ini difahamkan Shahidan dicalonkan bertanding kerusi parlimen Arau manakala Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid pula sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri di Padang Besar.Belum pasti kedudukan Radzi.

Pihak Istana Perlis juga dikatakan ada campurtangan dalam kemelut ini.

Kemelut dalam isu calon negeri itu mula disedari ramai pihak bila Shahidan yang dijadual mengadakan sidang akhbar jam 3 petang Khamis untuk umum senarai calon Perlis telah membatalkannya.

Ini kerana Menteri Besar itu masih berada di Putrajaya.

Suasana politik Perlis baru-baru ini dihangatkan oleh kontroversi bila Radzi membuat kenyataan terbuka mempersoalkan kepimpinan Shahidan.

Malah beliau berkata Azmi layak menjadi Menteri Besar Perlis yang baru.
Shahidan telah menafikan segala dakwaan Radzi.

Bagaimanapun dalam pengundian yang dijalankan oleh pimpinan UMNO Bahagian Kangar untuk memilih calon kerusi parlimen Radzi mendapat tempat ketiga.

Nombor satu disandang oleh Ketua Bahagian Bakri Datuk Ali dan Timbalan Ketua bahagian Datuk Hashim Subuh manakala seorang lagi dapat undi sama banyak dengan Radzi di nombor ketiga iaitu Ketua Wanita Azihani Datuk Ali.

Di Padang Besar, Azmi dapat ‘nombor jauh kebelakang’ dan nombor satu ialah Ketua UMNO Bahagian Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Begitu juga halnya bagi Datuk Syed Razlan Jamalulail di Arau.Di situ Ismail mendapat undi terbanyak.

Para pemerhati politik berkata adalah diketahui umum Shahidan mempunyai sokongan grassroot yakni kalangan ahli UMNO dan orang kebanyakan yang kuat di negeri itu.

Sebaliknya Radzi dan Azmi tidak mempunyai grip sekalipun di bahagian masing-masing. Agendadaily.com

Bantahan orang UMNO terhadap Calon YB

ahlifikir2.blogspot.com

Kejadian orang-orang UMNO bertindak berpiket , seterusnya menghantar memo ke Menteri Besar , meluahkan persaan tak puas hati terhadap calon kawasan masing-masing yang berlaku di Ipoh ( Adun BOTA ) , seluruh Perlis , menunjukkan kepada rakyat sifat sebenar perjuangan mereka iaitu untuk kepentigan tembolok masing-masing. Perjuangan mereka lebih bersifatkan kepentingan individu dan juga kepentingan kebendaan dan juga pagkat serta jawatan.Barisan Alternatif jangan pula leka dan terlena dengan drama mereka ini. Mereka mempunyai senjata SPR yang boleh digunakan bila-bila masa sahaja.Kealpaan kelekaan petugas-petugas ketika pengundian akan membawa padah buruk. Pengundi hantu dan juga pengundi berkali-kali harus dijaga dan dipantau.
UNDILAH BARISAN ALTERNATIF..

Posting terkini

Blog Archive