tranungkite - Nampaknya Najib telah mula menunjukkan kuku dan taringnya serta seakan telah bersedia menerkam Pak LAh tidak lama lagi demi mengambil-alih singgahsana Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Seolah-olah cita-cita dan mimpi indah Najib hampir menjadi kenyataan!
Najib dalam kenyataan ringkas semalam-Isnin menyatakan bahawa beliau tidak berhajat pulang ke Malaysia dari Mesir. Adakah kebetulan pula DrM hari ini-Selasa berlepas ke Tokyo menghadiri satu persidangan? Umum tentunya masih ingat bahawa sekitar awal 2005 selepas DrM tengah galak menghentam PM atas isu jambatan bengkok, Najib diberitakan ada menemui DrM di Tokyo! Najib menafikan berjumpa DrM di Tokyo namun mengakui menginap di hotel yang sama. Wah! Versinya lebih kurang sama seperti percutian VK Lingam dengan bekas ketua hakim Eusoff Chin di New Zealand..semuanya kebetulan. Atau pengarahnya sama?
Komen Najib tentang DrM keluar Umno juga agak menarik. Beliau menyingkap tentang betapa besarnya jasa-jasa DrM pada parti Umno dan negara...beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan PM tentang usaha pengukuhan (pereputan?) Umno dan pelan peralihan kuasa. Nah! Najib dengan perlahan-lahan telah membuka langkah silat yang diperturunkan oleh mahagurunya-DrM. Apa kaitannya pengukuhan parti dengan pelan peralihan kuasa? Najib sedaya mahunya cuba mengheret Pak LAh kembali membicara isu peralihan kuasa yang cuba diperapkan oleh Pak LAh semenjak-duamenjak ini.... selanjutnya.
May 22, 2008
Guling Pak LAh: Najib jumpa DrM di Luar Negara
Labels: Belit Mahathir, Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BERSIH akan buat laporan polis dalam isu dakwat kekal esok
tranungkite - [...]
Jemputan Media
21 Mei 2008
Kepada Ketua Pengarang,
SIDANG MEDIA BERSIH: Laporan Polis Terhadap Komplot Isu Dakwat Kekal
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dengan laporan-laporan media mengenai percanggahan kenyataan mengenai penggunaan dakwat kekal semasa Pilihanraya Umum 8 Mac yang lalu di antara Perdana Menteri, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Berikut adalah butiran sidang media:
Tarikh : 22 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 11 pagi
Tempat : Balai Polis Dang Wangi, bersebelahan Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Diharapkan Tuan dapat menghantar wartawan/jurugambar untuk membuat liputan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat Faisal Mustaffa 019-2232002 atau Medaline Chang 012-2192010.
Sekian, terima kasih
... selanjutnya.
Labels: Belit SPR Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ramai Lagi ahli UMNO dijangka keluar parti
buletinonline - Ramai lagi ahli UMNO khususnya di Kedah akan keluar UMNO beramai-ramai apabila bekas Ahli Parlimen Kota Setar Dr Abdul Hadi Derani, mengikuti jejak langkah Mahathir, mengisytiharkan keluar dari UMNO
Akhbar The Star melaporkan, sebelum itu seramai 300 ahli-ahli UMNO cawangan di Bahagian Merbok telah mengikut jejak langkah Mokhzani mengisytiharkan keluar UMNO beramai-ramai.
UMNO Cawangan Kampung Sri Tanjung termasuk nenghadapi kemungkinan dibubarkan apabila seramai 250 ahli bersama 20 orang jawatankuasa cawangan telah keluar UMNO beramai-ramai. Ketua Cawangan tersebut Baharudin Mahmood telah membuat perisytiharan keluar beramai-ramai pada malam kelmarin.... selanjutnya.
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Elaun: 20,000 ibu tunggal mahu Selangor tunai janji
utusmeloya - [...] Beliau berkata, perkara itu sudah diuar-uarkan sejak pilihan raya umum lalu dan sudah tentu para ibu tunggal tertunggu-tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan negeri mengenai pelaksanaannya.
"Kami harap perkara ini dapat dilaksana secepat mungkin memandangkan keadaan hidup sekarang yang semakin mendesak.
"Saya sendiri mahu berjumpa orang dari pejabat kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengenai perkara ini untuk mengetahui prosedur permohonan bagi lebih 20,000 ibu tunggal yang berdaftar di Selangor," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Selain elaun ibu tunggal, antara tawaran lain yang dibuat oleh pakatan pembangkang negeri Selangor dalam manifesto pilihan raya umum lalu adalah elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak kecil; membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak yang baru lahir; RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak; RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan prapersekolahan dan RM1,000 bagi setiap anak yang memulakan pengajian peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini.... selanjutnya.
Labels: Belit media, Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pengguna Internet wajar mendaftar
utusmeloya - Setiap pengguna Internet wajar mendaftar identiti diri mereka sebelum dibenarkan menggunakan rangkaian itu,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif MOL Access Portal, Ganesh Kumar Bangah.
Beliau berkata, langkah itu demi keselamatan, keyakinan dan melindungi semua pengguna Internet dan orang ramai.
‘‘Keterbukaan dan demokrasi di Internet masa ini boleh menjadi ancaman terutamanya kepada aspek sosial dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, justeru, ia perlu dikawal,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pembentangan kertas kerja bertajuk Masa Depan Internet sempena Kongres Teknologi Maklumat Sedunia (WCIT) 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.... selanjutnya.
Labels: Blogger
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ucapan menteri gambarkan BN selama ini lakukan banyak kesilapan
harakahdaily - Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) menyifatkan ucapan Menteri Kerjaraya, Dato' Ir Mohd Zin Mohd sebagai menunjukkan kesilapan yang selama ini dilakukan kerajaan BN dalam mengendalikan urusan pembinaan jalan raya.
"Ucapan menteri menggambarkan kelemahan BN sebelum ini adalah natijah daripada tindakan yang salah seperti kontraktor yang menipu, JKR tidak boleh diharap, dan sebagainya.
"Ini hal yang serius, adakah sistem yang ada cukup korup? Dan adakah penjelasan menteri mengenai penyelesaian terhadap masalah pembinaan jalan raya di tanah gambut suatu penemuan baru kepada BN?" ujarnya.
Namun persoalan tersebut dinafikan oleh Mohd Zin untuk meneruskan penjelasan ekoran pada pandangannya ia merupakan anggapan Khalid menggunakan kesempatan tersebut untuk membuat persepsi.
"Kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati, saya sedia untuk berdebat secara terbuka dengan Yang Berhormat selepas ini di luar," tegasnya. ... selanjutnya.
Labels: Sidang DUN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Syarikat kaya-raya dapat gas subsidi
malaysiakini - [...] Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu.
Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi."
"Penjualan gas kepada IPP adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.
"Harga gas yang rendah ini membolehkan IPP mengaut keuntungan yang tinggi dan kementerian bersetuju untuk memastikan IPP tidak mengaut keuntungan yang berlebihan," katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Shahziman berkata, sekarang masa terbaik memastikan subsidi yang diberikan kerajaan benar-benar diterima oleh kumpulan sasar yakni rakyat berpendapatan rendah.
"Pembetulan ini akan dilakukan dengan mengambil kira tiga perkara iaitu harga gas, menyeimbangkan keuntungan IPP dan memastikan rakyat tidak terjejas daripada kenaikan tarif elektrik," katanya.... selanjutnya.
Labels: Kroni, Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
How BN finished RM500k in less than 60 days
Bagaimana kerajaan BN menghabiskan RM500 juta di dalam 2 bulan .... buktinya ada di blog ini .....
wengsan.blogspot.com
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sultan tegur Adun BN boros
malaysiakini - [...] "Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan (seorang) ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor hari ini."Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.
"Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos,” titah baginda lagi.
Sultan Selangor dipercayai merujuk laporan seorang wakil rakyat BN yang membelanjakan RM500,000 tidak sampai 60 hari hingga Februari lalu untuk beberapa projek di kawasan DUN Kampung Tunku.... selanjutnya.
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
