KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 22, 2008

Khairy ... orang Permatang Pauh suka kat hang

khairy jamaluddin umno bn permatang pauh by election campaign 210808 01Shhhh .... aku nak buat trick sikit.

Hangpa ingat ka ... PRU Mac lepaih, kita semua ingat Kelantan akan jatuh ke tangan BN. Awang Adek ...calun DUN Bachok dulu memang ok gak oghang dia. Pendiam, tak banyak cakap dan oghang kampung pun suka. TG nik Aziz pun risau. Dia buat sembahyang hajat ramai ramai minta doa Kelantan tak jatuh ke tangan BN. Kalau BN jajah Kelantan, punah lah oghang kat sana. Cek Mek moleh bakal hancus ... budak budak bakal hancoq masa depan kerana gejala sosial memang haru biru.

Bila Khairy turun ke sana dan bawa 'bala balaci' Pade Doh .... Dia dok maki hamun TG Nik Aziz sampai oghang Kelantan menyampah kat dia. Mulut budak sekoq ni memang celupaq sikit. Bukan sikit .... tapi banyak.

Bila pilihanraya .... keputusannya PAS menang besaq.

Aku pun pi ka Kelantan lepaih pilihanraya dan tanya oghang sana. Depa kata .... Oghang Kelantan pada awey nya memang nak undi Awang Adek....lepaih Khairy turun bagi ceramah, depa patah ati, sakit hati dan menyampah kat mangkok sekoq tu.

Depa pun ramai ramai pakat undi PAS.

Semuanya kerana Khairy turun Kelantan. Mulut budak sekoq ni memang tak dak insuran. Cakap main lepaih ja. Bila BN kalah kat Kelantan. Dia terus sengap, tak dak cerita. 'Padeh Doh' ntah kemana, BN pun ntah kemana.

So.... kita nak main reverse psychology. Kali ni kita jemput dia ke Permatang Pauh. Biaq orang sana tolak BN pulak ...Kalau di dok maki hamun Anwar, oghang kampung sana mesti maghah. Anwar oghang Pematang pauh dan siapa budak hinguih ni?

So ghamai ghamai kita pakat jemput Khairy tughun ke Permatang Pauh. Biaq dia maki hamun Anwar berguni guni. ....Hangpa semua habaq kat dia tau !!!

Hangpa ingat oghang suka ka kat dia ... hangpa baca artikel SINI dan SINI

Pesanan rengkas dari TG NIK AZIZ

Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau

RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Penjenayah tak selamat di P. Pauh sehingga 26 Ogos 2008 ini

suarasakti |

[...] Nasihat aku kepada geng penyamun,perompak dan seangkatan dengannya semua jangan menghampiri kawasan permatang pauh. Rasanya tempat lain lebih selamat malah amat selamat untuk penyamun-penyamun bergerak, ini kerana hampir seluruh polis di Malaysia telah dikerahkan ke Permatang Pauh.

Jadi kalau nak merompak, merompak la dekat kawasan lain kerana kawasan-kawasan selain Permatang Pauh dah kekurangan Polis. Maka tak hairan la dadah dalam simpan di balai polis di johor pun boleh hilang. Agaknya polis dekat balai itu pun terpaksa bertugas dekat Permatang Pauh sampai penyamun pun boleh samun dalam Balai Polis.

Bukan saja ruang darat permatang pauh tidak selamat kepada penyamun,perompak dan seangkatan dengannya. Ruang udara Permatang Pauh pun sudah tidak selamat kepada golongan anda. Ini kerana helikopter polis sentiasa berlegar - legar di ruang udara Permatang Pauh terutama pada waktu malam bagi memantau ceramah-ceramah dari pakatan rakyat.... selanjutnya.

Chong Wei .... memang lu punya ONG la.



Kalau ikut pada perjanjian, Chong wei tak dapat apa apa. Lepas dia nangis kat China tempoh hari, mukanya patut masam macam cuka setiba di tanah air. Tapi budak ni 'terkejut beruk' dengan tindakan kerajaan yang menyambut macam wira. Sambutan dah macam dapat pingat emas.

Dah lah disambut meriah, dapat duit dan dapat pencen lagi. ............ Dapat 'Dato' lagi !!!
Itu belum janji janji di belakang.

Nasib baik Chong wei tidak pulang sebelum penamaan, jika ya ...... mungkin dia di pilih jadi calun BN. Siapa tau? Dengan BN .... semuanya berkemungkinan.

Apa apa pun, tahniah 2 kali kepada Chong wei kerana dapat pingak perak pada sukan Olimpik dan kepulangannya tepat pada waktu ... Lu memang ada Ong la.

Macamana dengan jurutlatih nya si MISBUN ..... takkan tak dapat apa apa? Hah .... Jawapannya, Misbun Orang Selangor dan di Selangor tiada pilihanraya. Kalau ada mungkin MISBUN pun dapat apa yang CHONG WEI dapat
.... kelakar kan?

Artikel berkaitan di SINI

Harga minyak tak turun

Terima kaseh Shahrir ... samaada bangang atau muslihat, itu tolak tepi. Tapi kenyataan tentang tiadanya penurunan harga minyak sehingga hujung tahun, memberikan keputusan mudah di buat oleh Pengundi Permatang pauh.

Hehehe .... mudah ... aku tak tau, siapa di dalam BN yang bengang dengan kenyataan Shahrir ni nanti. Najib? Arif?



baca artikel berkaitan No change in pump prices after all - Permatang Pauh kicks BN out ASAP

Sah ...risalah kabinet memang kerja UMNO

Dah sampai 3 versi risalah kabinet di edarkan kepada penduduk Permatang pauh. Satu soalan cepumas ... kalau kawasan Perlimen pun dah beredar, maknanya memang orang yang biasa dengan soal Keselamatan di Parlimen. Kalau setakat pembangkang nak bawa risalah, korang ingat guard tak perasan ke?

Itu... sifir mudah selesai masalah risalah Kabinet.

Ini berita hari ini ......

Sekurang-kurangnya tiga versi senarai muncul di Permatang Pauh sejak kelmarin - hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi tersebut.

Masing-masing parti utama yang bertanding menafikan bertanggungjawab menyebarkan risalah sedemikian.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah hari ini menafikan ia dilakukan oleh BN.

Ia didapati turut diedarkan kepada pekerja-pekerja pilihan raya BN di Seberang Jaya.

Anwar juga menimbulkan taktik tersebut pada sidang media di Permatang Pauh pagi semalam.

Pengarah Strategik Pilihan Raya Kebangsaan PKR, Saifuddin Nasution sambil menyifatkannya sebagai taktik politik kotor Umno dan BN berkata, terdapat beberapa versi senarai yang diedarkan sejak semalam.

"Terdapt versi khas untuk kawasan penduduk Cina, dan terdapat versi lain untuk penduduk kawasan Melayu," kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Dalam versi bagi penduduk Melayu, Perdana Menterinya ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Anwar sebagai Menteri Mentor manakala versi bagi penduduk Cina menyebut Perdana Menteri diberikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Anwar kekal sebagai Menteri Mentor. - MStar

BPR bagi alasan

Apabila kena orang dia...mereka bising
Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan Khamis jawab balik para pemimpin parti pembangkang bising pasal penahanan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat kerana didyaki terlibat rasuah.

Beliau dengan nada kesal mempersoalkan sikap mereka yang hanya bising bila ahli parti mereka yang kena tetapi tidak bila orang lain kena.

Antaranya mereka mendakwa seolah BPR berkonspirasi dengan kerajaan rancang untuk jatuhkan imej pembangkang menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.

‘Apabila tangkap orang dia, mereka bising. Mereka janji nak hapus rasuah, sepatutnya bantulah kita, bukan tuduh perkara yang negatif.

“Banyak tangkapan sebelum ini tapi tidak ada yang komen, apabila tangkap Exco Perak, mereka tuduh macam-macam,” katanya.... selanjutnya.
Itu kata Pengarang BPR .... Dia kena baca blog dan internet macamana nak bezakan bising dengan tak bising. Bila buat tangkapan pada musim pilihanraya ... kita akan tuduh dia sepakat dengan SPR. Tambah tambah lagi, kenyataan dari BPR Perak, si Shamsiah tu mengelirukan. Weyyy .... buat kerja tu biar lah pro sikit.

I'm no EVIL

Pak lah kata orang yang pasang bendera Malaysia terbalik di panggil EVIL.
Nasib baik bukan aku......



Mari kita terbalikkan bendera PAS dan KEADILAN .....?????

http://www.marangdaily.com/01/images/topics/pas.jpg

keADILan

Hang Temberang apa Dollah?

Hangpa baca kenyataan dari PM hangpa ....

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kini sudah sampai masanya pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada calon yang tinggal tetap di kawasan ini untuk mewakili mereka di Parlimen.

Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh ini sudah lama diberikan kepada orang yang tidak tinggal tetap di kawasan ini.

"Dulu bagi presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dia dah tak mau, dia bagi kat suami dia (Anwar). La ni kena ambille," katanya semasa melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Permatang Ara di sini malam ini. - Bernama
Dollah .... Hang ceghita apa? Kalau nak buat contoh, hang ambik la Kepala Bateh ....

Wakil Parlimen dia nun duduk kat Putrajaya. Napa Ahli Parlimen Kepala Bateh tak duduk kat kampung?
Hish ... hang ni loqlaq la Dollah ... Ketegoq apa ka?

Posting terkini

Blog Archive