KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 13, 2008

Takeover plan on track - Tian Chua

Star | ...Two PKR leaders who set off for Taiwan claim that Pakatan Rakyat’s plan to take over the Government on Sept 16 is on track.

Information chief Tian Chua said that what remained was ironing out technicalities to ensure a peaceful transition. He also said they were not heading to Taiwan for fear that the supposed detractors would change their mind.

“We have the numbers already. We are just going there to have coffee and spend time with them and also learn about agriculture from Taiwan so that we do not get left behind when Pakatan Rakyat takes over.”

Tian Chua, who is also Batu MP, is leading a group of five PKR leaders to Taiwan and was met by reporters at the KL International Airport before boarding a 2.20pm China Airlines flight to Taiwan yesterday.... selanjutnya.

Guan Eng Minta Kerajaan Dan Polis Bebaskan Wartawan Dan Teresa Kok

bernama | Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta supaya kerajaan dan polis membebaskan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Anggota Parlimen DAP, Teresa Kok yang ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, tindakan menahan mereka dilihat seolah-olah kerajaan dalam keadaan terdesak terutamanya menjelang tarikh 16 Sept ini, tarikh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengambil alih pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

"Sementara pemberita berkenaan hanya menjalankan tugasnya dan tidak sepatutnya beliau dipersalahkan," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.

Sehubungan itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti itu akan membincangkan mengenai perkara tersebut pada mesyuarat parti hari ini di Kuala Lumpur.

Kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9.30 malam sebaik sahaja mengetahui mengenai penahanan Tan oleh polis Bukit Aman di rumahnya di Bukit Mertajam pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Beberapa pemimpin PAS juga dilihat berada di kawasan itu.

Keadaan di situ terkawal dan anggota polis Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat turut berada di bahagian dalam IPK untuk mengawal keadaan.

"Hoon Cheng Acted Professionally"

Sinchew | .... According to Hoon Cheng's sister-in-law, only Hoon Cheng's parents, herself and her nephew were at home at that time.

"Only one female officer was in her uniform out of the ten police officers. They asked Hoon Cheng to open the door through the gate, but Hoon Cheng requested them to produce the arrest warrant."

"One of the officers claimed that they were form Bukit Aman, and said they wanted to bring Hoon Cheng away. Hong Cheng did not open the door, and told them she needed to make a few phone calls."

"Before taking her away, the female officer informed Hoon Cheng that the police were investigating one of her reports under Internal Security Act. She has also asked Hoon Cheng whether she wrote the article. After that, the female officer verified Hoon Cheng's IC and telephone number. The officers were also checking her room as well."

Before they whisked her away, the female officer assured of her personal safety, and if there was any development they would contact her family. ... selanjutnya.

MPs coming home sooner from Taiwan

Star | The backbenchers who flew to Taiwan on Monday for an agricultural study trip are coming back sooner than expected.

However, Backbenchers Club chairman Datuk Seri Tiong King Sing claimed this was not due to the presence of PKR leaders who themselves flew out to Taiwan on Friday afternoon.

“Our study trip was scheduled to end on Sept 13 or 14. It is now up to the MPs to decide whether they want to extend their stay in Taiwan, go home to Malaysia or go elsewhere. “In fact, on Sept 9, 11 MPs went back to Malaysia. The trip was never meant to last until Sept 17,” he said when contacted in Taiwan.

Tiong said the original dates of Sept 7 to 19 for the study trip only indicated a “window of opportunity” for the MPs’ journey.

“I know the PKR members will say that we are running away from them because we won’t be here when they get into Taiwan.

“But this is not true. Our schedule was fixed from Day One and at that time, we didn’t know they would be here.

“In fact, it is a childish move for PKR to send their members here. They should not be so arrogant and look down on us,” he said.... selanjutnya.

Jika Muhyiddin tidak puas hati, letak jawatan - Zaid

MStar | Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan Kabinet... ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)... tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

"Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.

Rabu lepas, Muhyiddin, yang juga Naib Presiden Umno berkata pelan peralihan yang dipersetujui Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas, hendaklah dipercepatkan memandangkan keadaan politik yang tidak stabil di negara dan tempoh itu terlalu lama.... selanjutnya.

Majlis Peguam mahu Raja Petra dibebas

MSTar | Majlis Peguam terkejut dan prihatin dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) dan mahu beliau dibebaskan segera.

Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata ISA tidak sepatutnya dilaksanakan di bawah sebarang keadaan sekali pun.

Majlis Peguam turut prihatin bahawa tiga akhbar telah diberi surat tunjuk sebab berkaitan liputan berita mereka, katanya dalam satu kenyataan.

"Perkara ini beserta penahanan Raja Petra boleh dianggap sebagai mesej menakutkan bahawa kebebasan asas kita adalah tidak selamat," katanya.

Tiga akhbar berkenaan ialah The Sun, Sin Chew Daily dan Suara Keadilan.

Ambiga berkata jika sesuatu kesalahan telah dilakukan, indivdu terbabit perlu didakwa di mahkamah dan diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) turut prihatin dengan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri kepada tiga akhbar berkenaan.... selanjutnya.

PM minta jangan dibangkit lagi, Najib serah pada bahagian putuskan

MSTar | Tiada kewajaran pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan timbalannya dibangkitkan lagi kerana segala usaha sepatutnya ditumpukan kepada soal memenuhi kemahuan rakyat iaitu pembangunan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, sekiranya pelan peralihan kuasa itu dibangkitkan lagi, ia akan menimbulkan pelbagai cerita dan kempen.

"Ada yang akan gesa supaya pelan itu dilaksanakan mengikut jadual... ada yang akan gesa (tempoh peralihan) dipendekkan," katanya kepada para pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin kanan Khazanah Nasional di Kementerian Kewangan, di sini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau (Najib) menyerahkan kepada anggota Umno untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa itu.

Najib pula menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta agar tempoh peralihan pada 2010 itu difikirkan semula kerana ia terlalu lama....seterusnya.

Gerakan ISA ketika pembangkang mahu ambil alih kuasa

raja petra to police station on burma doctor sd 040908 04Malaysiakini |

Polis telah menahan seorang ahli politik pembangkang, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan dalam satu operasi mengejut ketika pihak pembangkang merancang untuk mengambil alih kuasa.

Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, yang turut digunakan sebelum ini, ke atas mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Para pemerhati politik berkata, mereka bimbang Barisan Nasional - yang dimalukan dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu dan kini diancam pula dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kuasa - merancang untuk melancarkan gerakan penahanan sepertimana pada tahun 1987.

"Apakah Malaysia kini dicengkam satu lagi kegilaan ISA, sepertimana Operasi Lalang 21 tahun lalu apabila ramai yang ditahan di bawah ISA dan tiga akhbar ditutup?" kata ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang turut ditahan dalam operasi tahun 1987 itu.

Blogger terkemuka Malaysia dan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merupakan yang pertama ditahan di bawah ISA tengahari semalam.... selanjutnya.

Operasi ISA: Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew ditahan dalam 12 jam

MStar|

KUALA LUMPUR: Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.

Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, yang ditahan tengah hari tadi.

Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu.

Lewat malam tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan.

Setiausaha Publisiti DAP itu ditahan kira-kira pukul 11.18 malam ketika dalam perjalanan pulang ke kondominiumnya di sini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya berkata, Teresa, 44, ditahan oleh seramai 10 anggota polis ketika memasuki kondominiumnya selepas menghadiri sambutan mooncake di kawasan pilihan rayanya.

Tan, 33, ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi.

Jurucakap Sin Chew ketika dihubungi mengesahkan Tan ditahan di bawah ISA tetapi enggan mengulas lanjut.

Turut mengesahkan penahanan mereka ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Raja Petra, pengendali dan penulis blog yang kontroversi tanah air, ditahan buat kali kedua di bawah ISA dalam tempoh tujuh tahun.

Penahanan Raja Petra juga disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah. Kenyataan polis yang dikeluarkan malam ini juga mengesahkan perkara tersebut.

Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari.

"Kira-kira pukul 1.10 tengah hari tadi, seramai 10 anggota polis datang ke rumah kami dan membawa dia (Raja Petra) keluar pada pukul 1.50 tengah hari.

"Mereka juga membawa bersama beberapa dokumen dari rumah kami," kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun mereka tidak memaklumkan ke mana Raja Petra dibawa, kata Marina.

"Sampai sekarang saya tiada maklumat tentang di mana Raja Petra ditahan... saya tidak berpeluang menemui beliau,": katanya sambil menambah, beliau akan menghubungi peguamnya esok.

Tambahnya, polis turut merampas beberapa pita dan sebuah komputer dari bilik suaminya.

Kata Marina, pihaknya akan memfailkan permohonan habeas corpus untuk membebaskan Raja Petra, Isnin ini.

Sebelum ini, Raja Petra pernah ditahan menikut ISA pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kemunting, Taiping.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Hamid Albar yang dihubungi mStar Online berkata, tindakan tersebut diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya, namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.

Semalam, kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk Malaysia Today berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Shaziman berkata, langkah itu diputuskan oleh Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Raja Petra mengundang kemarahan umat Islam berikutan ulasan artikelnya bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" yang menggunakan ayatayat yang menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW) untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.

Laporan polis telah dibuat oleh beberapa pertubuhan Islam antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengenai perkara tersebut.

Raja Petra juga kini berhadapan dengan beberapa kes mahkamah.

Posting terkini

Blog Archive