Bernama | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu sebelum persidangan perwakilan bahagian bermula pada 9 Oktober ini.Juga boleh di andaikan sekiranya tarikh tersebut untuk Pak Lah umumkan perletakan jawatan juga. Eh mmmmmm ..... amacam, siapa nak jadi PM? Mana yang nak jawatan tu .. untuk sedap sedapkan hati, boleh lah fikir yang syok syok. Cuma jangan kecewa kalau Pak Lah nak teruskan kuasa .... pegang jawatan. Sebab sakit gila kuasa ni memang penyakit yang kritikal.
Perdana Menteri bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.
Sep 26, 2008
Abdullah akan umum keputusan pertahankan jawatan Presiden UMNO sebelum 9 Oktober
Labels: Dollah gila kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Anwar di Hong Kong .... LIVE !!!
Datuk Seri Anwar Ibrahim “live” dari Hong Kong
Tempat : CLSA, Hong Kong
Masa : 12.15
Sila klik disini untuk menonton siaran langsung tersebut
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Orang beruban ni nak jadi Ketua Pemuda
Khir mahu jadi Ketua Pemuda?
umnoreform | Khir Toyo laung hasrat untuk menjadi Ketua Pemuda. Khir Toyo yang membawa Selangor tumbang kepada Parti Keadilan Rakyat pada PRU 12 baru-baru ini kini mahu menerajui Ketua Pemuda pula. Mana agaknya arus Pemuda UMNO mahu beliau bawa. Bukankah rakyat Selangor menolak kerajaan Selangor kepimpinan Khir Toyo yang gah – menjerit Setinggan Sifar dan pembangkang Sifar. Adakah salah kalau kita katakan kekalahan Selangor adalah kerana pengemudinya lupa bahawa rumah peneroka kota yang dirobohkan pada bulan Syawal, tak kala anak-anak kecil kala itu sedang menghadapi peperiksaan adalah satu dosa yang mencemar kepimpinan beliau. Hari ini mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO – sedang UMNO Selangor di himpit trauma kekalahan.... selanjutnya.
Labels: Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pak Lah tahu - dakwaan Anwar mengenai peralihan kerajaan BENAR?
umnoreform | Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan hari ini. Ramai yang menjangkakan sesuatu keputusan penting mengenai peralihan kuasa akan diperbincangkan hari ini. Ada yang telah membuat spekulasi bahawa memang ada pertemuan antara wakil PKR dan wakil Pak Lah mengenai peralihan KERAJAAN dan bukan peralihan kuasa antara Pak Lah dengan Najib.
Spekulasi bahawa Pak Lah sudah tahu mengenai BENAR ada peralihan kerajaan timbul dan mesyuarat ini adalah untuk mencari daya dan melakukan tindakan susulan mengenai cara yang terbaik untuk menghalang Pakatan Rakyat dari memerintah. Berita Harian hari ini mengatakan bahawa mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan peralihan kepimpinan UMNO di samping hasrat menangguhkan pemilihan parti tetapi sumber turut mengatakan bahawa ini bukan mengenai hal ehwal UMNO tetapi lebih kepada perubahan kuasa dan Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat.... selanjutnya.
Labels: Alahai Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hamid Albar sah BODOH
“Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.Sah Hamid Albar bodoh
“Biro menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana saya boleh lakukan tugas saya jika saya tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain,” soal beliau di sini semalam.
“Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,” katanya selepas melawat SJK (T) Batu Ampat di Jalan Kota Raya di sini. - MStar
Aku malas nak komen
Korang komen la .... tapi pastikan komen korang setuju bahawa Hamid Albar Bodoh.
Kalau korang kata Hamid ALbar tu masih pandai... aku tak nak siarkan
Wakakakakaka
Labels: Belit Hamid Lebar
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Sidang akhbar Dollah jam 12.00 tgh ... agak je
bhairan | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengadakan sidang akhbarnya kira-kira jam 12 tengah hari bagi mengumumkan hasil mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Mesyuarat khas yang kini sedang berlangsung difahamkan bagi membincangkan isu mempercepatkan peralihan kuasa serta syor penangguhan pemilihan parti ke tahun depan.
Mesyuarat yang dipengerusikan Abdullah itu bermula kira-kira jam 10 pagi tadi di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.... selanjutnya.
Labels: UMNO bergolak, UMNO MT
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khairy dakwa disekat temui ahli Pemuda
Utusan | Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, hari ini mendedahkan beliau disekat daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan itu.
Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda berkata, situasi itu berlaku di beberapa kawasan yang dihadirinya.
“Saya mempunyai bukti, ada yang memang nak datang tetapi mendapat arahan supaya jangan hadir.
“Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana saya sendiri tidak pernah menyekat mana-mana ahli Pemuda daripada berjumpa dengan pemimpin yang bakal bertanding,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan anjuran bersama Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Kelantan dan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh di sini malam ini.... selanjutnya.
Labels: Belit Khairy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dapatkah Abdullah tekan MT ikut kehendaknya?
Harakah | .... Berdasarkan laporan , semua cara dirancang akan digunakan supaya kehendak Abdullah itu menjadi kenyataan.
Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad melaporkan dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com, cadangan Abdullah untuk menangguhkan mesyuarat agung perwakilan Bahagian dan PAU ke tahun hadapan malah dibangkang dan ditentang oleh timbalannya sendiri yang dilihat dan sentiasa dilaporkan begitu setia.
Menurut sumber Seri Perdana, Abdullah telah memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi kelmarin untuk membincangkan isu-isu parti.
Dalam pertemuan tersebut, Presiden Umno itu telah mencadangkan supaya Mesyuarat Bahagian dan PAU ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.
Bagaimanapun Abdullah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan kehendaknya itu dalam mesyuarat hari ini.
Ruhanie memetik laporan dalam laman web penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz, mykmu.net ... selanjutnya.
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PM, Najib adakan pertemuan empat mata pagi ini
malaysiakini | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam sebelum Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno bermula di ibupejabat Umno di ibunegara pagi ini.
Bertemuan itu berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11 pagi. Mesyuarat MT bermula sejurus kemudian.
Ekoran itu timbul desas-desus yang mengatakan kedua-dua pemimpin tersebut telah memuktamadkan tarikh sebenar peralihan kuasa.
Mesyuarat hari ini, menjadi tumpuan ramai kerana ia dijangka menetapkan tarikh sebenar dan lebih awal peralihan kuasa dalam parti itu dan kerajaan.
Sebelum ini, Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.
Sehubungan itu, Abdullah mencadangkan agar tiada pertandingan bagi jawatan presiden yang disandangnya dan jawatan timbalan presiden.
Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan banyak yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.... selanjutnya.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
