KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 29, 2008

Kronologi 29 Jun: Tuduhan keatas Anwar berniat jahat

suarakeadilan

2.30 pagi: Ahli Parlimen Machang Saifudin Nasation membuat kenyataan media bahawa tuduhan keatas Anwar adalah berniat jahat.

2.15 pagi: Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim

1.15 pagi: Sidang Media tergempar oleh Naib Presiden KeADILan, R SIvarasa yang membacakan teks kenyataan Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan berkenaan Anwar berkata beliau mempunyai bukti kukuh tentang pembabitan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara mengenai kes berkenaan pada tahun 1998.

Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh barisan peguam serta kepimpinan tertinggi KeADILan.

10.00 malam (28jUN): Sekurang-kurangnya 1000 orang berkumpul di perkarangan Hotel Quality setelah tersebar dakwaan seorang pemuda yang menuduh secara jahat bahawa Anwar telah mencabul beliau.

Fitnah Sodomi Cubaan Cemar Maruah Bakal PM Anwar Ibrahim

suarakeadilan - Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyanggah fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sebagai tindakan terdesak dan bertujuan mencemar maruah pemimpin reformasi itu.

“Tuduhan ini jelas satu cubaan jahat dari pihak-pihak yang terdesak mahu menjatuhkan Ketua Umum Anwar Ibrahim, ketika Pakatan Rakyat semakin hampir membentuk kerajaan rakyat,” tegas Tian Chua.

Sekitar jam 5 petang tadi, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Brickfields terhadap Anwar Ibrahim. Menurut Ketua Polis Wilayah Persekutuan, pengadu menuduh Anwar Ibrahim meliwat setiausaha peribadinya.

Ini adalah kali kedua tuduhan sedemikian dibuat. Pada tahun 1998, tuduhan yang sama dilempar terhadap Anwar Ibrahim sebagai asas kepada pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pemecatan Anwar Ibrahim membawa kepada kebangkitan ‘Reformasi’ - terdiri dari jutaan rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan berunsur politik itu.

Mahkamah menggugurkan tuduhan tersebut pada 6 November 2006. Hakim Nursinah Adzmi membebaskan Anwar Ibrahim dan Sukma Dermawan Sasmitad Madja selepas Peguam Negara Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah kerajaan tidak mempunyai bukti membuktikan perilaku sumbang itu pernah berlaku.

“KeADILan kesal pihak-pihak tertentu masih menggunakan fitnah jahat ini. Anwar Ibrahim telah dibuktikan tidak bersalah, dan Mahkamah akan membuktikan tuduhan terbaru ini juga tidak berasas sama-sekali,” kata Tian Chua.

Fitnah II: Kenyataan Akhbar Anwar Ibrahim

— PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —

June 29, 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.

The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.

I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.

My fellow Malaysians - we took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all of our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.

ANWAR IBRAHIM

Laporan polis hanya rekaan semata-mata - Anwar

malaysiakini - [...] PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.... selanjutnya.

ANWAR DI FTINAH LAGI?

Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
malaysiakini - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.... selanjutnya.

no2umno - pada waktu ini jam 2.34 pagi perkarangan Quality Hotel dipenuhi oleh ramai orang yang berkumpul menanti perkembangan mesyuarat yang sedang di jalankan.

Jun 28, 2008

Tahanan “Peace Walk” dakwa didera Polis

Geramm - [...] Dalam laporan berkaitan, beberapa peserta yang ditahan mendakwa telah didera oleh polis dengan kesan lebam dan bengkak yang ketara. Gambar-gambar sempat dihantar kepada pihak media GERAMM sebagai membuktikan kekejaman polis dalam menangani peserta “perjalanan aman”




.... selanjutnya.

Himpunan Berita hari ini [28-June-2008/Sabtu]

MCA Selangor minta kadar tol dikurangkan atau dihapuskan [um]
Hentikan debat dengan Anwar [um]
Locals featured in Segamat sex videos [star]
Selangor water tariffs may be raised soon [nst]
Business not as good as before, say traders [nst]
Action against blogger if statement is false [nst]
Funding 'is duty of govt' [nst]
Unisel V-C shown the door [star]
PAS leader slams Khalid and Guan Eng [star]
Actress: Woman's flirting got to me [nst]
Army Colonel ti sue RPK for defamation [rockybru]
Palsu kad kuasa: Dua polis antara 15 ditahan [UM]
Adik Anwar nafi masuk KDEB [UM]
Budu turut mahal [kosmo]
Colok, tulang haiwan ganti duit [kosmo]
Kantin tidak dibenarkan naik harga [kosmo]
500,000 belum tuntut rebat [kosmo]
Kerja 'orang dalam' [kosmo]
‘BNBBC boleh hukum saya’ [UM]
Pemuda MIC Kedah bantah Samy Vellu [UM]
Tajol Rosli dakwa 60,000 rakyat dijanjikan geran [BH]
'Ramli tak isytihar ruang pejabat, saham 2 syarikat' [BH]
'Wang ATM Wisma Tani Putrajaya bukan dicuri' [BH]
300 penduduk tunggu hak milik tanah [UM]
Kontraktor bumiputera bimbang terjejas [UM]
Karpal: Ambil tindakan terhadap Hakim Chin [UM]
MB tidak puas hati prestasi Razali [UM]
Boikot Utusan Malaysia rugikan Melayu [UM]
Pengilang digesa tetapkan kadar gaji munasabah [UM]

'Candle Light' untuk tahanan malam ini

Imagegeramm

Anda semua dijemput utk menyertai “Candle Light” untuk peserta Peace Walk Geramm Yang ditahan tegahari tadi, yang dijadualkan pada malam ini (28 jun 2008)

Butir-butir program :

Masa : 8/9 pm
Tempat : Balai Polis Dang Wangi(Depan Stadium Merdeka)
Tema : Merah (Pakaian berwarna MERAH)

The not so peaceful walk

joyce-tedoen

A member of GERAMM (www.geramm.org) was arrested after the supposedly peace walk.

lagi gambar menarik

Posting terkini

Blog Archive