KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 19, 2008

Siapa Bebaskan Michael Chia?

malaysiatoday | ...Seorang warganegara Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Hong Kong, Mr V @ Ngui yang dianggap sebagai 'Taiko Tai' (Abang Besar) bagi pembalak di Sabah memainkan peranan penting membayar jaminan dan mengemukakan dua orang penjamin tempatan setelah akaun bersama Michael Chia dan Musa Aman dibekukan serta merta dan wang yang diseludup keluar dirampas.

Mr V menjadi pakar rujuk bagi warganegara Malaysia di Hong Kong kerana sikapnya yang peramah dan banyak membantu pembalak (halal dan haram) mendapatkan pendahuluan tunai atau pinjaman tanpa cagaran dan hanya memotong pinjaman berkenaan setelah pembalak mengeksport kayu balak kepadanya.

Antara taukeh balak yang pernah mendapatkan pinjaman khas daripada Mr V termasuklah Datuk Admund Looi, Andrew Lim dan John Nip.

Pembebasan Michael Chia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan memberi kata kunci kepada BPR untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana pasport yang berada di dalam tangan BPR boleh terlepas kepada Michael Chia yang amat dikehendaki oleh polis Hong Kong dan Interpol?... selanjutnya.

India dan China nak sokong BN atau UMNO?

Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak made a plea to the Chinese and Indian communities in Permatang Pauh - come back to the Barisan Nasional’s fold. - malaysianindian
Hari ini dengan nama BN, Najib meminta bangsa Cina dan India memberikan sokongan untuk memenangi pilihanraya Permatang Pauh.

Cukup hebat ... bila cerita pasal isu bangsa Melayu, pemimpin UMNO akan menggunakan UMNO pula.

Sampai bila kita nak kena tipu?

Umno takut pada bayang bayangnya

http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/cover_lead/pic_nasir_sudin/pilihan%20raya_ijok1.jpg
[gambar samseng IJOK 2007]

Jika anda bersama sama berkempen di Ijok tahun lepas, pasti dapat menyaksikan betapa keganasan puak UMNO berdepan dengan pembangkang. Di sebabkan ketika itu terlalu ramai penyokong dan terlalu banyak dana yang melimpah, maka UMNO berubah dari manusia kepada haiwan.

Jalan di halang, penyokong Pakatan Rakyat di ugut malah .... ada yang di belasah. Banyak kenderaan turut menjadi korban. Dr Hatta turut menjadi mangsa dan banyak kampung yang disekat untuk di lalui. Dengan alasan, kampung itu milik UMNO. Jika anda masih ingat ......

Memandangkan Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR, maka UMNO bimbang berlaku perkara sebaliknya. Kerana itu maka, ada jentera puteri dan pemuda UMNO yang terpaksa bertukar baju dan lambang, demi untuk sampai ke Permatang Pauh dengan selamat.

Apa yang UMNO takut adalah bayang bayang keganasan mereka sendiri. Kalau lah guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari. Lebih baik jangan gi sekolah kalau takut kencing.

Rujuk berita ini.

Petugas jentera Pergerakan Pemuda Umno yang melakukan kerja memasang poster dan bendera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh terpaksa berdepan dengan risiko berikutan tindakan agresif penyokong parti lawan.

Antara cabaran yang terpaksa dilalui termasuk bendera dan poster yang sudah dipasang diturunkan serta dihalau.

Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Azmi Md Iman, berkata bagaimanapun petugas Pemuda diingatkan supaya tidak melayan kerenah parti lawan dan sentiasa menjaga tingkah laku. - Hmetro

Dari Permatang Pauh



Elizabeth Wong [dibetulkan] sedang mengedarkan phamplet kepada calun UMNO, Arif Shah Omar Shah..... saksikan galeri imej terbaru dari Pinkturtle.

Ramlang Porigi adalah Ahli UMNO

a

tranungkite | Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.

Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.

a

Sila klik untuk pembesaran imej.

Awas provokasi UMNO

Baru dapat lapuran bahawa kaedah kaedah keselamatan terhadap DS Anwar Ibrahim akan di pertingkatkan di dalam masa terdekat. Ini dibuat berikutan khabar khabar angin yang kurang di senangi di perolehi dari peringkat bawahan.

Dalam pada itu, teman teman yang sedang berada di Permatang Pauh memberitahu bahawa provokasi provokasi kecil telah di buat oleh beberapa orang yang memakai t shirt Pakatan Rakyat dan bertopeng kertas 'anwar ibrahim'.

Di harap penduduk dan jentera Pakatan Rakyat yang berada di Permatang Pauh, lebih berwaspada dengan perkara ini dan lapurkan ke pondok Pakatan Rakyat yang terdekat sekiranya terdapat kemungkinan ancaman atau gangguan dari pihak yang tidak di kenal pasti.

Harap maklum.

Yong Teck Lee bantah guna wang Sabah untuk Permatang Pauh

Presiden SAPP membantah pembaziran wang negeri Sabah digunakan untuk pilihanraya Permatang pauh. Kenyataan bertulis ini di keluarkan berikutan lapuran yang diterimanya bahawa perbelanjaan tersebut melebihi jumlah RM50 juta yang akan digunakan untuk membenteras pendatang haram.

Katanya lagi, ribuan jentera dari Sabah telah di kerah untuk berkempen di Permatang pauh. Ikuti berita lanjut dari kamaltalksmalaysia

BN has sent in thousands of campaigners, according to Yong. He added that knowing the extent and extravagance of BN’s campaigning - especially since he was Sabah’s BN chief minister before - the total bill will rise to tens of millions of ringgit.
Sabah BN alone has pledged hundreds of campaigners for Permatang Pauh.

Umno Sabah's various wings and BN component parties like PBS are keen to impress federal leaders, Yong said.

For many Umno divisional delegates, a trip to Permatang Pauh is a joy trip associated with the on-going party divisional election, he suggested....readmore.

Helikopter polis ganggu ceramah Anwar

Berita ini di keluarkan oleh dinmerican. Gangguan helikopter ketika ceramah Anwar di Permatang Pauh.
Setiap kali kehadiran helikopter di tempat ceramah akan disambut dengan teriakan oleh mereka yang hadir. Ikuti lapuran dari blog dinmerican,

anwar ibrahim tengiri market permatang pauh by election 180808 01On Monday - for the third night straight - a police helicopter circled Taman Ciku in Bukit Mertajam where a Pakatan Rakyat rally was in progress. There were some 800 persons in the crowd that night.

Police have confirmed the one hour episode as routine surveillance patrol, but residents have said that they are not used to aerial incursions.

On Saturday night at a large rally in Permatang Pasir - in the midst of PKR candidate Anwar Ibrahim’s speech - a police helicopter showed up. Allaying fear in the crowd, Anwar asked the crowd to enjoy the chopper’s antics since “it’s not always we have a helicopter flying over us in Permatang Pasir.”

Each time helicopters have been passing over these rallies, crowds have cheered them on excitedly - somehow adding to the general ambience of evening events.

Yet PKR supporters are convinced this is a fear tactic, and consistent with Barisan Nasional’s intent to move votes by all means possible.... seterusnya.

Sampai kiamat pun tak der lompat parti?

Kerana tak tahan dengan cerita cerita pihak PKR tentang 13 adun yang akan lompat parti, Bung Mokhtar bercadang membuat laporan polis tentang perkara itu ...

"Saya minta Dr. Jeffrey berhenti meyebarkan desas-desus mengenai ahli parlimen dari Sabah akan menyertai pembangkang.

"Tidak ada seorang pun yang akan melompat parti. Sampai kiamat pun tidak ada," katanya.

Tambahnya, pembangkang hanya berbohong mengenai 13 orang ahli Parlimen yang akan melompat parti.

"13 orang? Satu orang pun tidak mempunyai keinginan untuk menyertai pembangkang," katanya. - MStar
Kenyataan 'sampai kiamat' yang di nyatakan oleh Bung Mokhtar dah sama macam sumpah Sayfool, "Keturunannya akan di lakhnat sampai hari kiamat".

Posting terkini

Blog Archive