Orang tua kata .... 'Untung Sabut timbul, untung batu tenggelam.'
Dan kita tahu bahawa sifat azali 'sabut' adalah ringan kerana terdapat ruangan udara di dalamnya. Menyebabkan ianya mudah untuk timbul di persekitaran takungan air dan ruangan udara seperti itu tidak terdapat di dalam batu sehingga menyebabkan batu pula mudah untuk tenggelam.
Apa yang cuba di sampai kan di dalam bidalan atau perumpaan itu adalah, batu untung kalau tenggelam dan sabut untung kalau timbul.
Jika Sabut tenggelam atau batu timbul ... ianya di kira tidak bernasib baik. Dan sekiranya terdapat dua perkara pelik itu ... terutama BATU YANG TIMBUL ... maka ia mungkin sukar di perolehi sehingga boleh di buat ubat.
Apa yang cuba wak sampai adalah, pada 8hb October yang lepas, Malaysiakini, website yang terkenal dengan berita politik tanah air telah menyiarkan berita tentang batu ...
Tajuknya .... Batu terapung boleh sembuh penyakit.
Patutnya cerita seperti di atas di masukkan di dalam ruangan cerita majalah MASTIKA.
Dan yang pasti, berita tersebut di siarkan pada selang sehari sebelum kenyataan di buat oleh Pak Lah tentang keenganannya untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO pada Mac akan datang.
Mungkin kah ada message yang ingin di sampai kan atau memang hari itu terlalu kurang berita sehingga Malaysiakini terpaksa memasukkan berita tersebut untuk santapan pelayar website terkenal itu.
Seterusnya korang pikir sendiri.
Wak saja nak bagi korang pikir .... sebab wak dah malas nak pikir. Sampai hari ini wak masih bingung. Bukan pasal batu, tapi tentang perubahan Malaysiakini.
Kalau korang nak imej imej pelik tentang batu ... KLIK
Batu bergerak sendiri ..... SINI
Batu yang seimbang ... SINI
Batu menjadi pemimpin .... SINI
Oct 9, 2008
Malaysiakini tiba tiba jadi pelik
Labels: Malaysiakini
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO terus gunakan sekolah untuk politik
MACHANG: Pemuda Umno Bahagian Machang hari ini mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Mac depan.Bangang betul UMNO ni ... masih cam dulu. Tak reti undang undang atau tak reti bahasa ???
Pada persidangan perwakilannya yang dihadiri di Sekolah Menengah Sains di sini yang dihadiri 337 anggota daripada 125 cawangan, Khairy mendapat 96 undi dan Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memperoleh 78 undi manakala anggota perwakilan lain tidak mengundi. - Bernama
Labels: Barua UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Pendakwaan Ingin Teliti Semula Pertuduhan?
bernama | Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes hasutan membabitkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin kepada Isnin depan bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti dan mempertimbang semula pertuduhan berikutan percanggahan yang dibangkitkan pihak pembelaan berhubung keaslian artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas peguam bela Gobind Singh Deo mendapati artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan tidak sama dengan artikel sebenar yang diterbitkan pada 25 April lalu.
Gobind turut membandingkan dua artikel terbabit yang mana tiada sebarang tajuk tertera dalam artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan seperti mana yang tertulis dalam artikel sebenar iaitu "Let's Send the Altantuya Murderers to Hell."
"Berdasarkan lampiran artikel itu, terdapat beberapa perkara yang bercanggah antaranya, kandungan artikel telah ditaip semula dan gambar Raja Petra disalin semula, bukannya yang asli," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Mat Nor membantah supaya tiada sebarang soalan berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu ditanya secara terperinci memandangkan kes terbabit masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Soalan kepada saksi perlu menjurus kepada pertuduhan bukan kisah pembunuhan wanita Mongolia itu berikutan ia boleh menjejaskan kes terbabit yang masih belum selesai," katanya.... selanjutnya.
no2umno - teliti semula pertuduhan .? macam pernah dengar masa kes Anwar tahun 1998.
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Hakim tarik balik arahan ketepi afidavit Anwar.
suarakeadilan | Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan arahan untuk menegenepikan permohonan pendakwaan bagi menghalang pihak media menyiarkan eksibit yang terkandung dalam afidavit peguam Anwar ditarik balik.
Afidavit tersebut mengandungi laporan Polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Peguam Negara, Gani Patail terhadap dakwaan terlibat mereka bukti dan keterangan kes beliau di pukul ketika dalam tahanan Polis 1998.
Selain itu, eksibit 7 perkara dalam afidavit itu juga mengandungi keratan akhbar yang disiarkan oleh Bernama, International Herald Tribune dan New Strait Times yang melaporkan Perdana Menteri menyatakan pihak peguam negara tidak akan terlibat dengan pertuduhan terhadap Anwar.
Hakim S.M Komathy membuat keputusan tersebut berdasarkan peruntukan 41 peraturan 5 (2) peraturan dari mahkamah Tinggi yang menyatakan afidavit dibenarkan dibacakan dalam perbicaraan interlocutari yang bukan merupakan perbicaraan penuh.
Komathy merujuk keputusan hakim dalam kes perbicaraan Wasli Mohd Said melawan Sulong Matjeraie yang dibuat di mahkamah TInggi Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, Komathy membuat keputusan penghujahan kedua-dua pihak pembela dan pendakwa terhadap permohonan pendakwa bagi memindahkan kes berkenaan ke mahkamah Tinggi disambung pada 31 Oktober ini.
Penangguhan tersebuat bagi membolehkan tertuduh, Anwar Ibrahim menghadiri sidang parlimen yang akan bermula 13 Oktober depan.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Are we C4-ed?
eugeneyong | .... Abdullah we all know as he has shown- is sleepy, not so bright and never really brought around changes he promised.
Najib, on the other hand, never really was a popular man with the people on the streets has his credibility tainted by his association with the Altantunya murder case which refuses to go away- until RPK was taken into the draconian ISA.
If Najib does become PM in March, he's got a lot of shit to sort out. Our economy is on the brink of being in tethers if nothing is done. Evidently, nothing is being done now. Is he qualified enough? Never really saw him as an economist. Then again who is?
And what has happened to the Other PM in waiting? Probably lying low while UMNO sorts out which goon heads the country, then plotting his next step closer to Putrajaya.
916 may have passed and the trail seem to have gone cold but never discount anything from the man.... selanjutnya.
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
What reform? Lame Duck PM and Tainted DPM
charlessantiago | Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi had announced his decision to relinquish power next March as the besieged ruling Barisan Nasional coalition struggles to face an emboldened opposition.
It is clear the premier had been pressurized to step down despite a planned transition of power to his deputy, Najib Tun Razak in 2010. It also takes very little to sum up that Abdullah was aware he would not get the mandatory 58 divisional nominations to contest his presidency at the party’s internal election next March.
UMNO leaders have evidently tightened the noose on Abdullah in a desperate bid to restore the party’s marred image. It is as if Abdullah is shown the exit and a new prime minister would magically regain the confidence of the people.
A changing of guards would not help UMNO win support from people. Its leaders must be committed to reforms within the government, wiping out corruption and putting in place an accountable and transparent government including ending cronyism in the party. ... selanjutnya.
Labels: peralihan kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TPM Najib Razak akan teruskan agenda PM ‘Flip-Flop’ Abdullah
bigdogdotcom | Timbalan Presiden UMNO TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan membuat kenyataan media petang ini berkenaan kenyataan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membuat pengumuman tidak bertanding jawatan Presiden UMNO semalam.
Dalam kenyataan ini, TPM Najib akan mengumumkan bahawa semua reform yang cuba dilakukan oleh PM ‘Flip-Flop’ Abdullah seperti Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Suruhanjaya Anti Rasuah, Suruhanjaya Khas Integriti dan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional untuk membaiki hubungan antara kaum dan ugama akan diteruskan.... selanjutnya.
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pilihan raya kampus dipengaruhi kesan pilihan raya umum?
Mstar | Perubahan persekitaran politik negara ketika pilihan raya umum tujuh bulan lalu lalu bakal membawa kesan ke atas pilihan raya kampus atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini?
Pilihan raya kampus, yang sebelum Aidilfitri dikatakan akan diadakan minggu depan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, kini telah diubah tarikh ke Disember ataupun awal tahun depan.
mStar Onlineketika menghubungi beberapa wakil pelajar memaklumkan bahawa persiapan sedang dilakukan untuk mengadakan pilihan raya pertengahan bulan ini iaitu minggu depan.
Bagaimanapun maklumat terkini, diperoleh semalam, ia kini ditunda ke hujung tahun ataupun awal Januari.
Pun begitu, perubahan aliran pemikiran pemimpin mahasiswa di universiti-universiti tempatan dilihat berkemungkinan didorong oleh pentadbiran kerajaan negeri khususnya bagi negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat iaitu di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Jurucakap Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Afandy Sutrisno Tanjung bersetuju bahawa arus politik perdana sedikit sebanyak akan mempengaruhi suasana politik kampus pada pilihan raya kampus nanti.
"Saya tak nafikan pilihan raya umum lalu memberi impak kepada mahasiswa dalam kampus terutamanya dari segi corak pemikiran.
"Boleh dikatakan mahasiswa pada hari ini mahukan trend perubahan yang baru," katanya ketika dihubungi mStar Online.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Politik universiti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Strategi BN sembunyi pilihan raya kampus dikesan
harakah | ...Ianya dipercayai merupakan salah satu daripada strategi untuk menyembunyikan PRK daripada pengetahuan media dan rakyat negara ini.
"Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.
"Sepatah kata Dato� Idris �Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!� demikian menurut sumber tersebut.
Sungguhpun begitu beberapa Majlis Perwakilan Pelajar telah dibubarkan termasuk Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa pada 2 Oktober lalu.
Menurut sumber dalaman kedua-dua kampus itu pula, tarikh penamaan dijangka pada 13 Oktober dengan 17 Oktober merupakan tarikh pembuangan undi.
Meskipun notis pembubaran dinaikkan tetapi ianya tidak menyatakan tarikh penamaan dan pengundian.
Harakah sebelum ini telah mengeluarkan satu maklumat mengenai pelaksanaan pengundian secara berperingkat dengan membahagikannya kepada Zon Pantai Timur dan Pantai Barat... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments