KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 24, 2008

TERENGGANU DIDIK JUDI DARI SEKOLAH LAGI

Jual nombor ekor depan sekolah

Oleh nurul amalina
berita@kosmo.com.my


Seorang budak dipercayai pelajar meninggalkan sebuah kedai menjual nombor ekor di Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU - Biasanya kedai judi haram dibuka di tempat-tempat yang tersorok daripada penglihatan orang ramai dan pihak berkuasa.

Namun, seorang peniaga judi nombor ekor bersikap selamba apabila menjalankan aktiviti haramnya itu betul- betul di hadapan sebuah sekolah menengah di sini.

Paling membimbangkan, kedai tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan kaki judi dewasa, malah ketagihan membeli nombor mula melanda golongan pelajar sekolah.

Intipan di kedai tersebut membuktikan senario tersebut apabila antara lima hingga enam pelajar masuk ke dalam kedai kayu itu dipercayai untuk membeli nombor.

Malah, lebih mengejutkan, ada juga yang berani dengan 'berurus niaga' menerusi tingkap berjaring di depan kedai seolah-olah membeli makanan ringan dari kedai runcit.

Maklumat dakwaan seorang penduduk di situ bernama Abu (nama samaran), benar-benar mengejutkan kerana kedai yang terletak hanya 25 meter dari pagar sekolah itu telah beroperasi sejak 12 tahun lalu.

Katanya, setiap hari ia semakin mendapat sambutan daripada penduduk dan orang luar.

"Dulu tak ramai yang singgah dan para pelajar memang tak ada. Tetapi sekarang makin menjadi, sampaikan pelajar pun dah pandai beli nombor ekor di situ," katanya kepada KOSMO! semalam.

Menurut Abu, kedai berkenaan difahamkan pernah diserbu pihak polis, namun pemiliknya seakan tidak serik dan kembali menjalankan perniagaan haram itu.

"Kena serbu, tutup sekejap, lepas itu dia buka semula," katanya.

Kebimbangan turut dilahirkan seorang guru sekolah berkenaan yang berkata, lokasi kedai yang terletak bersebelahan kedai gunting rambut dan kedai basikal itu, amat hampir dengan sekolah.

"Budak-budak sekolah pun dah mula berani beli nombor. Dulu hanya penduduk di sekitar yang masuk ke kedai itu," katanya yang enggan dikenali.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive