KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 22, 2008

Mufti Perlis: Saya bukan ulama 'Kakak Tua'!

mstar - [...] Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

"Cukuplah... kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.

"Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri," jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.

Menurut Dr Asri, kehadiran beliau dalam forum majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang mendapat sambutan hangat semalam, tidak ada kena mengena dengan fahaman politik ataupun penyertaan beliau dalam PKR.

"Itu tanggungjawab saya. Kalau orang Umno panggilpun saya pergi. Sebagai Mufti saya tidak boleh berpolitik dan berpihak pada mana-mana parti politik. A Mufti should be non-partisan. Saya perlu bebas menyatakan kebenaran dan fakta tentang Islam tanpa mengira fahaman politik atau di mana majlispun saya berada," katanya.

Dr Asri juga menyangkal dakwaan yang beliau menentang kerajaan pusat.

“Apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive