kosmo | Sudah jatuh ditimpa tangga.
Harapan 12 anak peneroka Felda Belara di sini, yang mahukan rumah baru bertukar tragedi apabila rintihan mereka menerusi akhbar semalam, dibalas dengan hukuman arahan berpindah dari rumah sewa mereka.
Arahan itu dikeluarkan pihak pengurusan Felda dengan alasan rumah yang disewa sejak tujuh tahun lalu dengan bayaran RM50 sebulan itu, adalah rumah lupus dan wajar dirobohkan.
Ekoran arahan itu, para penduduk yang dulunya berharap mendapat kemudahan lebih baik kini terpaksa menanggung derita lebih parah apabila 'dihalau' keluar dari rumah berkenaan.
Seorang penduduk, Nordin Hassan, 41, mendakwa, dia terkedu apabila diberitahu status rumah tersebut dan tidak terdaya berbuat apa-apa walaupun telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit semalam.
"Saya hanya mempertahankan hak untuk mendapatkan bantuan rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang sekian lama saya tunggu.
"Malangnya, sudahlah rumah itu tak dapat, rumah sedia ada pula akan dirobohkan," dakwanya kepada Kosmo!
Semalam, akhbar ini melaporkan 12 anak peneroka felda terbabit dalam dilema kerana terpaksa hidup 'merempat' di tempat sendiri.
Akibatnya, mereka sanggup menyewa rumah yang tiada bekalan air dan elektrik semata-mata mahu mencari tempat berteduh selepas gagal mendapat rumah PPRT.
Seorang lagi penduduk, Affendi Ismail, 36, berkata, dia tidak tahu ke mana mahu pergi kerana arahan tersebut dibuat dalam masa yang singkat.
Namun katanya, jika terpaksa duduk di dalam khemah sebagai tempat berlindung bagi keluarganya sekalipun, dia tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian.
"Sementara waktu ini saya tunggu notis arahan dulu dan apabila dapat saya akan keluar dari sini. Saya tidak menyesal kerana dihalau," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Memotong Getah (PMG) Felda Belara, Ismail Yusof, 62, berkata, rumah tersebut sebelum ini telah diserahkan kepada pihaknya dan diberi sewaan atas alasan belas kasihan.
Katanya, rumah tersebut sudah tidak boleh diduduki dan perlu dilupuskan tetapi kerana ada rayuan oleh anak-anak peneroka akibat kekurangan rumah, ia belum dirobohkan sehingga kini.
KALAU DIN JADI PM... MEMANG NAYA LA KAKITANGAN AWAM
36 minutes ago
1 comments:
Asmlkm,
Brother,Saya ingat orang yang paling layak untuk mengadu hal ehwal orang FELDA ni ialah Najib.
Sebabnya:
1.Dia bermegah dgn kejayaan FELDA,tumpang nama Bapak dia ..jadi bila orang FELDA susah mestilah dia yang patut tempat mengadu.
2.Dia memang suke dengor keluhan rakyat,kalu tak sempat kat opis dia jumpe kat umah dia.Kalu pekara kecil seperti lubang anu rakyat tu pun dia jaga..tentulah pekara sebesar macam ni dia akan lebih amik hal.
3. Najib berjiwa sensitif ,jadi kalu orang FELDA nak datang bawaklah sekali kes kes dadah yg banyak di felda dan kes kes rogol,kes lakonan sex video dsb .Bawa satu bas park depan rumah dia..tentu dia terima.
\
KALAHARI
Post a Comment