KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 6, 2008

Protes Minyak ... apa impaknya?

“Jika kerajaan tidak menurunkan harga minyak, kami akan membuat satu lagi protes dan ia bukannya di stadium tetapi di jalanan!” kata seorang wanita yang turut hadir sewaktu perhimpunan itu berlangsung. - voy.fzone
Ucapan tahniah kepada penganjur perhimpunan pada hari ini tapi sebenarnya aku tidak berapa bersetuju dengan perhimpunan berbentuk sebegini, walaupun ianya di lihat lebih selamat kepada peserta dan penganjur tapi impaknya kurang berbanding perhimpunan yang dibuat dilokasi lebih terbuka dengan jerita dan lauangan yang boleh di dengar oleh penonton dan orang ramai. Gua ambil contoh perhimpunan, REFORMASI, BERSIH dan HINDRAF. Risiko memang ada, tapi berbaloi. Jadi ingatan dan kenangan yang kekal abadi.

Kedudukan perhimpunan yang diadakan kali ini adalah di ceruk dunia, tidak disedari oleh ramai orang. Kalau bukan kerana bantuan orang ramai dan internet, mungkin orang tak tau. Kalau bukan kerana pakaian merah yang melata di sekitar Kelana Jaya selepas dan ketika perhimpunan , orang mungkin tak sedar perhimpunan sedang di adakan. Malah polis turut memberikan bantuan 'promosi percuma' kerana sekatan jalanraya di sepanjang jalan ke sana.

Namun apa yang membanggakan, rakyat yang datang dari pelbagai arah dengan kenaikan yang beranika menunjukkan semangat rakyat untuk membantah tindakan menaikkan harga minyak secara drastik. Manakala, rakyat berbilang bangsa memenuhi sekitar stadium, Melayu, Cina, India, Mat Salleh, lelaki dan perempuan, dewasa dan kanak kanak turut memeriahkan suasana. Wanita Seksi dan bertudung turut bersama. Kedatangan dengan harapan agar, suara rakyat di dengari pemimpin dan tindakan sewajar di ambil. Bukan jalan jalan cari makan.

Perhimpunan tidak mempunyai tempoh masa.....Bermula seawal pagi sehingga lewat petang. Tidak di beritahu waktu klimaks menyebabkan pengunjung dan perserta tidak ramai yang tahu bila kah waktu puncak perhimpunan.

Seawal pagi ada ucapan, jam 2.00 ada hiburan dan seterusnya upacara penutup. Ada yang datang seawal pagi, tengahari dan petang. Bertaburan tak tentu masa menyebabkan jumlah pengunjung, tidak menentu. Ada ketika ramai dan ada ketika berkurangan. Sementara menanti aturcara lain, pengunjung mundar mandir tidak tentu arah, bertebaran kesana dan kemari tanpa arah tujuan. Kalau perhimpunan di adakan pada bukan hari Ahad, mungkin kunjungan kurang, penganjur malu bukan kepalang.

Cuma satu saranan yang cukup baik. "Sekiranya kerajaan tidak menurunkan harga minyak, dengan semangat dan t-shirt yang sama kita penuhi jalanraya." Itu lah yang kami harapkan. Biar semua orang tahu, dan biar dunia tahu bahawa rakyat Malaysia sesungguhnya tidak mahu lagi menanti berbulan atau bertahun lamanya untuk kerajaan turunkan harga minyak. Jawapan dari rakyat adalah ...... TURUNKAN MINYAK SEKARANG!!!.

Tapi penganjur mesti ingat .... rakyat mempunyai tanggung jawab mereka masing masing. Tetapkan tarikh dan waktu, kita berarak dan cuma ambil masa 4 jam paling lewat. Bila selesai, semua orang boleh pulang. Pada yang masih mahu berlegar, biarkan mereka dan pada yang mempunyai agenda lain, mereka terus pulang selepas acara.

Tapi untuk menanti satu lagi perhimpunan, bukan esok atau lusa, tapi mungkin hanya mampu di adakan sebulan atau 2 bulan yang akan datang sebab merancang bukan mudah, perlu usaha dan kerjasama. Jangan buang masa untuk menanti sedangkan kepuasannya tiada. Kita protes untuk paksa pemimpin dengar kata rakyat, tapi kalau setakat syok sendiri dan kerajaan tidak rasa terdesak langsung, baik buat EXPO atau FUNFAIR. Tak payah buang masa. Sapa nak pergi, boleh pergi. Sapa yang malas, duduk rumah tunggu berita.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive