KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 20, 2008

Fitnah kategori apa kah ini?

Geli sungguh lah aku membaca berita seperti ini di muka hadapan akhbar media arus Perdana v6 ...

Amerika perguna Anwar
UTusan | Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).... selanjutnya.
Kenapa lah masih ada berita 'professional' berbentuk begini di siarkan akhbar keseluruh negara. Mungkin kah Utusan bakal menjadi 'pencetus' sekali lagi untuk sebarang tindakan undang undang rimba ? Bagaikan peristiwa baru Teressa Kok bakal berulang.

Dan baca lah tajuk berita yang disiarkan hari ini ... tolong jangan memuntahkan diri

Rakyat tanggung beban perbuatan Anwar
Pecat ahli UMNO Sabah belot wajar
Tanda jalan jawi: Teresa akui bantah

Berharap benar agar kerajaan di tukar dan aku nak saksikan kemanakah arah cerita media mangkuk ayun ini serta bahasa yang akan digunakan nanti.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive