bernama | Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penjelasan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung kenyataan beliau mengenai pelan peralihan kuasa yang dikatakan agak lama.
Mesyuarat MT Umno, yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerima penjelasan Muhyiddin itu.
"Saya ambil kesempatan (dalam MT Umno hari ini) untuk memberitahu tentang kenyataan saya di Singapura dan kenyataan saya tentang parti sejak dulu. Saya jelaskan dan nampak tidak ada apa-apa perbahasan kerana saya jelaskan kenyataan ini adalah dengan niat baik untuk perbetulkan parti," kata Muhyiddin semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno di sini.
"Nampaknya Alhamdulillah... Presiden menerima dan tidak ada rakan-rakan saya yang mengkritik (penjelasan) biarpun sebelum ini ada yang kata macam-macam hal. Saya rasa syukur," katanya.
Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata saranan beliau sebelum ini yang meminta Abdullah untuk menyegerakan proses peralihan kuasa adalah bagi memulihkan parti untuk persiapan pilihan raya akan datang dan mempertahankan kedudukan BN.
"Walaupun saya tegur kepimpinan Presiden, bukan ada tujuan atau muslihat (tertentu) kerana semua ini adalah untuk pastikan supaya Umno khususnya BN terus dipercayai," katanya.
Mengenai proses peralihan kuasa di antara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada Abdullah dan Najib untuk menentukan bilakah ia akan dilaksanakan.
"Tidak ada tarikh khusus, cuma kita beritahu tadi perasaan dan pandangan ahli parti yang di bawah yang mahu proses peralihan dibuat secepat mungkin. Kita beri ruang pada Presiden untuk berbincang dengan Najib," katanya.... selanjutnya.
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment