KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 9, 2008

Pertelingkahan Ahmad-Koh bukan baru

Harakah | Pertelingkahan antara Ketua Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bukan perkara baru dalam arena politik negeri ini bahkan telah lama, cuma ia disembunyikan bimbang berlaku keretakan dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Bila kenyataan Ahmad di ceramahnya sempena Pilihan raya Kecil Permatang Pauh ramai masyarakat terutamanya di bahagian Bukit Bendera tidak hairan beliau bertindak begitu kerana beliau memang celupar ketika melepaskan kata-kata.

Di bahagiannya sendiri ramai tidak suka terhadap sikapnya namun tidak berani melafazkan kata-kata sebab bimbang diperhatikan oleh geng-geng tertentu apatah lagi penduduk setempat lagi takut mengatakan bantahan terhadap projek yang nyata tidak membawa keuntungan kepada mereka.

Harakahdaily sendiri ketika mengadakan tinjauan ke perumahan mewah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kebun Bunga sekitar tahun 1998 bersama Allahyarham Salim Hashim aktivis masyarakat yang dikenali ramai, asyik diperhatikan dari jauh oleh tiga orang pemuda yang bermotosikal. ... selanjutnya.

1 comments:

Putra IJ80 said...

Kalau die baguh sangat kenapa masa pilihanraya Ptg Pauh,ucapannya tidak memberi apa apa kesan pada pengundi di sana.

Sebaliknya ada satu Taiko hanya dengan melambai tangan dari dalam kereta saja,semua perayu ,penyokong parti komponan BN mengubah haluan menyokong PKR pula?

Melayu Mamak ni haanya Tin Kosong saja.

Posting terkini

Blog Archive