KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 23, 2008

Siasat Campurtangan Abdullah Dalam BPR – AMK

suarakeadilan | menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kerana menyalahgunakan kuasanya mengarahkan agensi kerajaan itu menahan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee.

Pada 22 September lalu, bekas Timbalan Presiden SAPP Raymond Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mendedahkan bahawa beliau berjaya merayu kepada Abdullah supaya tidak menahan Yong Teck Lee.

Abdullah pada masa itu Yong ditahan BPR, selepas pemimpin Sabah itu mengepalai usaha undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau. Yong disiasat BPR atas dakwaan rasuah, yang menurut Yong telah lama selesai 15 tahun lalu.

Bercakap dalam satu kenyataan media 23 September lalu, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Timbalan Ketua Menteri BN itu secara langsung menunjukkan campurtangan Abdullah dalam kerja-kerja BPR.

“Pendedahan tersebut, sekiranya didapati benar, pastinya amat mengejutkan rakyat. Ini berikutan sebelum ini Abdullah acapkali menegaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan penyiasatan oleh mana-mana badan penguatkuasa negara malah berusaha untuk menjadikan badan-badan tersebut bebas dari sebarang campurtangan pihak pemerintah,” tegas Shamsul.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive